Adam dan wanita misteri itu masih berlari. Mereka telah masuk jauh ke dalam hutan.
"Okay! Kau boleh lepaskan aku sekarang." Adam memberhentikan lariannya dan menarik kembali lengannya.
Wanita itu memandang Adam. Adam memerhati wajah wanita itu. Ketika itu dia perasan bahawa wanita itu memakai kaca mata.
"Nanti, aku kenal cermin mata kau tu." Adam mendekati wanita tersebut, tetapi wanita itu menjauh.
Dia menanggalkan cermin mata dan hud bajunya, beserta kain yang melitup wajahnya. Adam tergamam. Wanita itu...
"Kau?!" Adam jelas terpempan. Wanita tersebut ialah pustakawan yang memberi dia buku jampi itu.
"Ya. Aku Suria." wanita tersebut memperkenalkan dirinya.
"Tapi macam mana kau..." Adam tidak mampu menghabiskan ayatnya. Dia amat terkejut.
"Sebenarnya, aku beri buku jampi itu pada kau bukan kebetulan. Aku tahu, buku itu telah memilih kau. Kau seorang saja yang dengar dentuman dari buku tu." Adam bingung mendengar penjelasan itu.
"Aku yang letakkan buku itu di situ. Kerana menurut lagenda Negeri Bunian Salju 100 tahun lalu, akan ada tujuh remaja yang bakal merungkai sumpahan ini."
"Sumpahan? Sumpahan apa?" Tanya Adam.
"Sumpahan Diraja." Suria menjawab. Renungannya jelas menyeramkan.
"Sumpahan ini telah terjadi setelah peperangan antara Dayana dengan Kiarani, atau lebih tepat, selepas kemangkatan Raja Elian.
Sumpahan ini menjadikan dia seorang yang bengis dan kejam. Setiap keturunannya akan menjadi begini menjelang umur mereka 18 tahun. Sudah tiga tahun sejak Ratu Linorin jadi begitu, sehinggalah Raja Dylan muncul dan selamatkan keadaan. Dan kini, dia muncul semula." Panjang lebar Suria bercerita tentang sejarah Negeri Bunian Salju.
"Kejap, kejap. Dark Mist ke yang kawal mereka?" Adam bertanya. Suria mengangguk.
"Tapi, bukan ke ia sepatutnya mengawal seorang sahaja?"
"Aku tak pasti tentang tu. Mungkin 'Dark Mist' yang kau katakan ni berbeza dari yang lain."
"Nanti. Raja Elian moyang Lin. Bermakna dia keturunan raja. Aku rasa Dark Mist ni sengaja buat begini untuk merosakkan Negeri Bunian Salju."
"Mungkin. Tapi apa yang pasti, Ratu Linorin perlu diselamatkan, atau rakyat bunian akan sengsara."
"By the way, macam mana kau tahu semua ni? Kau sudah berumur 100 tahun ke?" Adam sengaja menggunakan nada yang sama ketika Suria mengejeknya di perpustakaan. Suria menepuk dahi.
"Bukanlah, otak lembab! Aku ni puak bunian. Aku hanya menyamar saja di sekolah itu. Apa? Muka aku ni tua sangat ke?" Suria mencebik muka.
"Haah. Nampak tua sangat." Adam tergelak kecil.
"Kau ni..." Suria menggenggam sebatang kayu sehingga patah.
"Huh, sudah! Malas nak layan kau. Kita perlu segera ke perkampungan aku untuk berlindung. Ayuh!" Suria menyilang tangannya. Beg sandang diambil. Langkahnya diteruskan.
'Hm, sama saja perangainya. Panas baran.' Adam mengikuti jejak Suria.
Setelah lama berjalan, mereka menjumpai sebuah pintu gerbang untuk masuk ke kampung yang bernama Kampung Bulan Biru.
"Selamat datang ke Kampung Bulan Biru!" Suria menunjukkan Adam suasana kampungnya. Adam melihat dengan kagum kampung tersebut.
Dia menoleh ke kiri. Pelbagai alatan muzik tradisional seperti rebana, gendang dan gong dimainkan oleh penduduk kampung.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...