Chapter 3: Ep 2-Abandoned

16 5 0
                                    

"Kenapa ada Kuasa Cahaya Hijau dekat sini?!" Wawa mendekati Kuasa Cahaya tersebut.

"Hei! Jangan sentuh!" terkejut Wawa mendengar jeritan tersebut. Dia segera menoleh. Matanya membulat besar.

Seorang lelaki sedang bersandar di pintu bilik. Lelaki tersebut berambut panjang paras bahu dan diikat seperti ekor kuda. Bajunya diperbuat dari daun dan kayu serta kain lusuh, berbadan tinggi serta tegap.

"Si-siapa kau?! Jangan dekat!" Wawa memegang erat tombaknya dan dihalakan pada lelaki itu.

"Heh, aku yang patut tanya kau siapa." lelaki itu berhenti menyandarkan dirinya sambil tersengih.

"Aku Zoid. Penjaga Kuasa Cahaya Hijau. Siapa kau? Aku tak benarkan sesiapa masuk bilik ni, walau Darma sekalipun." lelaki itu berbicara tegas.

"Darma? Perempuan yang-"

Prang!!!

Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi benda pecah di bawah.

"Huh? Bunyi apa tu? Dari tadi lagi bunyi bising-" Zoid berpaling semula pada Wawa, namun gadis itu sudah berlari melepasinya, keluar dari bilik itu dan melompat ke bawah. Membulat mata Zoid melihatnya.

'Selamba je minah tu lompat dari tingkat dua ni?' bisik hatinya.

"Haih. Tangga ada, dia main lompat macam tu je." Zoid menuruni anak tangga sambil bersiul tenang.

Di dapur, perlawanan antara Dystopian dan wanita itu masih belum berakhir.

Kelihatan banyak pinggan mangkuk sudah pun pecah dan berterabur di atas lantai. Wawa yang baru tiba, terus tertunduk untuk mengelak pinggan yang datang melayang ke arahnya.

"Fuh, nasib baik." dia menghela nafas lega.

"Hancurlah kalian!"

"Kau lah yang hancur!"

Tiba-tiba, suatu bayang berlari laju melintasi Wawa, menuju ke tengah-tengah perlawanan tersebut sebelum sempat bertembung.

Wawa terpempan. Bayang itu ialah Zoid.

"Berhenti!" Zoid melaung. Laungannya membuatkan debuan habuk di lantai berterbangan dan berjaya menghentikan pertarungan itu. Mereka semua terbatuk-batuk.

"Darma, sudah. Mereka ini adalah orang yang aku ceritakan padamu." Zoid memandang wanita tersebut.

"Baik. Maafkan aku, Zoid." wanita yang bernama Darma itu tertunduk.

Zoid memandang Aiden dan rakan-rakannya dengan wajah tegang. Bulu roma mereka serta-merta naik.

Namun tiba-tiba Zoid tersenyum dan tertawa.

"Hahaha! Aku tidak sangka kamu semua akan sampai secepat ini! Sila, sila! Kita ke ruang tamu." jemputnya, dengan wajah yang ceria.

Mereka semua bingung, namun diturutkan saja langkah Zoid ke ruang tamu.

"Maaf tentang Darma. Dia cuma menjaga rumahnya dari dicerobohi. Dia tidak tahu kalian ialah orang yang aku pernah ceritakan padanya." Zoid bercerita riang. Aiden dan yang lain hanya mendengar.

"Jadi, kau ni..."

"Oh, Haha! Tiada adab pula aku ni." Zoid bingkas bangun dari kerusinya.

"Akulah Zoid. Penjaga Kuasa Cahaya Hijau. Kalian semua mesti Dystopian yang Sharja beritahu aku tu kan? Persahabatan sejati?"

"Ya, ia kami. Aku Aiden. Ini semua rakan-rakan aku. Wawa, Adam, Isya, Mia, Arin dan Rina." Aiden menunding satu persatu rakan-rakannya.

"Oh, jadi kaulah Wawa? Budak yang masuk bilik aku tadi?" Zoid tersenyum pada Wawa.

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now