"Selamat pagi!" sergahan Suria membuatkan Adam yang sedang menuruni anak tangga terperanjat. Mujur dia tidak jatuh.
"Ish, terkejut aku!" Adam mengurut dadanya. Suria hanya tertawa.
"Eh, kau ni, semalam bukan main garang. Ni dah elok ke?" Adam cuba bergurau.
"Kenapa? Tak boleh ke aku nak gembira? Asyik nak marah kau je. Kau nak aku pukul kau dengan senduk ni?" Suria terus bermasam muka. Kacau mood betul!
"Alah, aku gurau je. Rilekslah." Adam menjauhkan diri apabila Suria seakan mahu memukulnya dengan senduk. Entah bila masa perempuan itu memegang senduk pun dia tidak pasti.
"Dah tu. Jom makan." Tok Yan yang datang dari dapur, menegur mereka. Suria menjeling sekali lagi ke arah Adam.
"Kau bernasib baik kali ni," Suria berbisik pada Adam dengan jelingan maut. Adam meneguk air liur. Langkahnya segera ke dapur.
***
"Tok Yan! Tok Yan!" seorang penduduk kampung datang tercungap-cungap melalui pintu dapur.
Tok Yan, Suria dan Adam yang sedang menjamu sarapan pagi, segera menoleh ke arah pintu.
"Din! Kau kenapa ni?" Suria menghampiri jejaka itu, begitu juga Tok Yan dan Adam.
"Kam-kampung kita..." Din cuba bercakap walaupun lelah.
"Perlahan-lahan Din." Tok Yan mengusap lembut belakang tubuh jejaka itu.
"Kampung kita, diserang oleh Ratu Linorin!" kata-kata Din membuatkan mata mereka terbuntang.
Masing-masing terus meninggalkan sarapan mereka dan bergegas ke tempat kejadian.
***
"Serahkan Adam dan kristal biru itu, atau Negeri Bunian Salju akan mencair!" Lin melaung ke arah penduduk-penduduk kampung. Masing-masing ketakutan melihat serangan konco-konco Lin.
"Aku dekat sini!" tiba-tiba, pancaran cahaya biru datang menyergah.
Adam memunculkan diri. Di sebelah kiri dan kanannya kelihatan Tok Yan dan Suria.
Adam terpempan melihat mereka yang berada di belakang Lin. Dylan serta rakan-rakannya telah dikawal oleh Dark Mist!
"Apa kau dah buat pada kawan-kawan aku hah?!" Adam mengetap gigi.
"Hahaha! Aku cuma gunakan mereka untuk kalahkan kau." Lin tertawa keji.
"Berhenti gunakan mereka!" Adam terus meluru pantas ke arah Lin.
"Lepaskan kawan-kawan aku!"
Baru saja Adam merapati, Aiden datang menyerang. Serangan itu sempat dielak.
"Aiden, sedarlah! Ini aku, Adam, kawan kau!"
Tiada guna. Mereka telah dikawal. Adam harus membaca mantera itu, namun dia tidak mampu lakukannya sekarang.
Kelebihan Dylan dan rakan-rakannya sukar untuk ditandingi. Ia tidak mudah seperti pengawal-pengawal istana.
Adam cuba menyerang sebaik mungkin tanpa mencederakan rakan-rakannya. Suria turut membantu.
"Suria! Bawa Tok Yan dan orang kampung pergi jauh dari sini!" Adam berbicara kepada Suria sambil tangannya ligat menepis serangan.
"Kau macam mana?"
"Aku akan lengahkan mereka." Adam meluru pantas.
"Adam, nanti!" Suria tidak sempat menghalang. Dia mahu membantu, tetapi keselamatan Tok Yan dan orang kampung perlu diutamakan. Tiada pilihan, Suria membimbing orang kampung untuk pergi dari kawasan pertarungan.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...