Aiden sedang duduk termenung di tepi jalan yang kecil dan lengang, dengan pakaian yang masih berbaju sekolah.
"Aiden,"
Aiden menoleh apabila namanya dipanggil. Dia tersenyum. Feraz rupanya.
Feraz mengambil tempat di sebelahnya. Dia termenung lama.
"Kenapa?"
"Tak ada apa. Tapi aku terfikir, kita masih kawan ke di masa depan nanti?"
Aiden mengerutkan dahi, pelik dengan soalan rakan baiknya itu.
"Apa kau merepek ni? Mestilah kita akan kawan sampai bila-bila. Jangan kau backstab aku sudahlah." Aiden membalas dengan nada bergurau. Feraz hanya tersenyum.
"Jomlah pergi beli aiskrim. Aku belanja." Aiden mengubah topik. Dia segera bangun dan menuju ke kedai aiskrim di seberang jalan.
Feraz melihat saja lelaki itu berjalan pergi. Dia masih tersenyum.
"Aiden, aku cuma nak kau tahu. Itu semua tidak akan terjadi. Sebab aku, dah tak wujud."
Feraz perlahan-lahan menghilang, sambil melihat Aiden yang membelakanginya sedang memesan dua kon aiskrim.
✎︎______________
Sharja sedang memandang skrin komputer dengan wajah yang berkerut. Teknologi yang berada di dalam jam Aiden lebih memudahkan kerjanya.
Tiba-tiba, dua susuk tubuh menghampiri Sharja.
"Maaf, tapi kamu berdua perlu tinggal di sini untuk sementara. Aku akan pastikan, mereka tahu kewujudan kalian bila tiba masanya." Sharja berbicara tetapi pandangannya masih dilekatkan di skrin komputer.
"Mujurlah dengan kesan Kuasa Cahaya Putih yang terkena pada badan kamu, membuatkan Dark Mist berjaya ditarik keluar. Aku harap kau tak salahkan Aiden atas semua yang terjadi."
Salah seorang dari mereka menggeleng, "Tidak, tetapi sebaliknya aku berterima kasih kepada dia. Kalau tidak, Nazriel pasti masih dikawal oleh lembaga celaka itu."
Nazriel dan Hayra juga tersenyum. Mereka berdua sempat diselamatkan oleh Sharja sebelum badan mereka ditembak oleh cahaya laser.
"Sharja, kenapa mereka tidak boleh tahu setiap penjahat yang bakal mereka bertarung nanti ialah pewaris yang telah dikawal oleh Dark Mist?" Hayra bertanya bingung.
"Belum tiba masanya lagi. Aku mahu seseorang yang dedahkannya. Biarlah penjaga itu yang uruskan hal tersebut. Aku yakin mereka akan dapat menangkap apa yang berlaku."
"Aku rasa lebih baik kalian sambung mencipta senjata-senjata itu. Kita perlu gunakannya bila tiba masanya nanti." Sharja menyambung.
Nazriel dan Hayra mengangguk. Sharja berpaling semula pada skrin, memaparkan wajah seorang wanita berpakaian serba hitam yang tidur di atas katil.
"Dah tiba masa kau bangun, Arial. Tebus kesilapan kau pada Isya,"
Mata Sharja memutih, dan kemudian dia menghilangkan diri.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Aventura"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...