"Berani, suatu sifat yang sukar terlihat. Bersembunyi dibalik tirai tersirat. Hanya muncul apabila situasi benar-benar terjerat. Berani bukan sekadar perlu di medan perang, tapi juga untuk bertahan menghadapi ikhtiar hidup. Namun, bagaimanakah sifat berani dikaitkan dengan persahabatan?"
✎︎______________
Di markas, Aiden dan rakan-rakannya sibuk dengan komputer masing-masing. Mereka kelihatan sedikit kusut.
Tiga minggu berlalu, mereka masih buntu mencari Penjaga Kuasa Cahaya Hijau, iaitu Zoid. Semua maklumat tersebut telah dikumpul oleh Isya melalui Arial.
Aiden sudah meminta bantuan Sharja melalui jam tangannya, tetapi Sharja tidak mahu mendedahkan apa-apa. Jawapannya hanya satu,
"Ini ujian kalian. Kerjasama. Itu yang perlu kalian ada. Inilah strategi yang kami rancang. Cari keserasian antara kamu semua dan bekerjasama. Bersama-sama!"
"Argh, susahnya nak cari! Isya, kenapa kita tak tanya je Arial dekat mana Penjaga-penjaga Kuasa yang lain? Kan lebih senang begitu?" Rina mengeluh.
"Aku sudah tanya, tapi Arial kata Sharja tidak benarkan. Dia mahu kita cari sendiri. Ini sebahagian dari misi. Lagipun dia nak uji keserasian kita.
Dia tak nak kita hanya tahu gunakan kuasa saja, tetapi pemikiran dan pengetahuan kita kurang dan tak sependapat dengan ahli kumpulan. Apa gunanya ada kuasa yang hebat kalau otak cetek?" Isya menjelaskan.
"Uish, setepek!" Wawa mencelah. Mereka tergelak kecil.
"Eh, betul lah! Guna pemikiran!" Wawa membuka komputernya dan cuba mencari maklumat. Masing-masing tertumpu pada Wawa.
"Kenapa?"
"Aku rasa Kuasa Cahaya Hijau tu ada dekat Hutan Barat Vorfille. Tengok ni. Ini artikel yang aku baca semalam." Wawa menekan-nekan papan kekuncinya. Komputer tersebut memancarkan hologram agar orang lain mudah melihatnya.
"Cahaya hijau terang menerangi Hutan Barat Vorfille secara misteri?" Aiden membaca tajuk artikel yang ditunjukkan oleh Wawa.
Wawa mengangguk, "Kau rasa itu Kuasa Cahaya Hijau ke?"
"Hm, nampaknya kita perlu siasat benda ni. Kita pergi malam ni," Aiden bertegas.
"Hahaha! Apalah diorang ni. Cahaya hijau tu dikata alien datang menakluki Bumi? Hahaha!" Rina terbahak-bahak apabila membaca artikel tersebut.
"Ada-ada jelah manusia ni," Wawa menggeleng kepala.
"Tapi kita manusia juga," Isya berseloroh.
"Eh, betul juga kan?" Wawa termenung seketika. Mereka tertawa kecil.
"Kenapa kena pergi malam? Tak boleh ke siang hari je?" Arin mengubah topik.
"Kita nak elakkan tarik perhatian orang ramai. Kita kena lebih berhati-hati sekarang sebab ni kawasan orang awam. Lagipun kalau siang ramai orang pergi mendaki," Aiden menjelaskan. Mereka semua terangguk-angguk.
"Malam ni siap-siap. Kita akan menuju ke sana."
"Baik!"
✎︎______________
"Mereka akan bergerak malam ini." Sharja sedang berbicara dengan Zoid di dalam sebuah bilik.
"Dah nak bergerak? Mereka sangat berhati-hati kali ini. Aku rasa kita memang sudah jumpa orang yang tepat," Zoid tersenyum bangga.
"Itu aku tahu. Kau sudah tahu siapa waris keturunan Lagenda Berempat?" Sharja mengubah topik.
"Jangan risau Sharja. Itu aku boleh uruskan. Sesiapa antara mereka yang peka pasti dapat tahu siapa orangnya."
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...