"Serahkan apa yang patut jadi milik aku!" mata Lin menjegil.
"Jangan harap! Aku takkan berikan selagi kau tak lepaskan Lin!" Dylan membalas.
"Hahaha! Lin dah tak ada. Yang ada hanya aku!" 'Lin' berlari pantas ke arah mereka.
Masing-masing mengelak serangan yang diberikan oleh Lin, namun mereka tidak menjangka sesuatu yang baharu bakal berlaku.
Dark Mist keluar dengan cepat dari badan Lin, meninggalkan Lin terapung di udara dengan mata bercahaya biru.
Dark Mist itu tidak lari, malah menyerang mereka. Kemudian, ia masuk semula ke dalam badan Lin dan terus menggunakan badan wanita itu untuk menyerang.
"A-apakah?!" Dylan sendiri terbuntang mata melihat kejadian tersebut.
"Dark Mist kali ini lebih ganas! Kita kena hati-hati!" Aiden melaung.
Masing-masing buntu. Baru sahaja mereka mahu menyerang, namun terhalang kerana kepantasan Dark Mist itu.
Mantera Adam juga tidak berkesan kerana lembaga hitam itu asyik keluar dan masuk dari badan Lin.
"Kristal. Kristal tu! Dylan!" Adam memanggil Dylan yang sedang mempertahankan dirinya. Dia menoleh. Tangan sebelahnya menggapai poket bajunya dan melemparkan kristal biru itu pada Adam.
Adam menyambut kristal biru itu. "Jangan harap!" Lin berlari pantas ke arah Adam. Tetapi semuanya sudah terlambat.
Adam menyatukan kristal biru itu di hujung tongkat saktinya. Saat ia bertembung, gelombang yang kuat terhasil membuatkan Lin dan yang lain tertolak sedikit.
Ketika itu, Adam terapung rendah di udara. Matanya bercahaya biru. Cahaya biru mengelilingi tubuhnya saat pakaiannya mulai berubah.
Masing-masing terpana. Adam telah menggunakan Kuasa Cahaya Biru pada tahap yang penuh!
Adam terapung lama di udara. Matanya yang kini bercahaya biru terlihat semakin terang.
Tidak lama selepas itu, dia kembali ke tanah. Wajahnya tiada perasaan. Mata memudar kembali kepada warna asal.
"Celaka kau, syaitan." Adam berbisik perlahan agar tidak didengari sesiapa.
"Kau fikir kau boleh kalahkan aku setelah kau tingkatkan kuasa kau?! Dalam mimpi!" Lin segera berlari ke arah Adam.
Adam tersenyum sumbing. Tongkatnya dihayun lembut, menghala pada Lin. Badan Lin serta-merta kaku.
Adam mengangkat tongkatnya tinggi sedikit ke udara. Lin juga terangkat. Senyuman Adam pudar.
"Aku sudah nampak apa kau buat pada bunian-bunian ini, tak guna." Adam mulai berbicara. Wajahnya jelas tegang.
"Semasa aku mendapat Kuasa Cahaya Biru, aku terlihat bayangan masa silam."
***
"Hukuman bunuh!" garang, Lin bersuara.
"Tuanku, tolonglah maafkan patik! Patik janji patik tidak akan melakukan kesilapan yang sama lagi!" seorang rakyat bunian merayu kepada pemerintah tersebut.
Tetapi, Lin hanya memandangnya tanpa belas kasihan.
"Teruskan hukuman," wajahnya tegang.
"Tuanku, tolonglah! Patik tidak bersalah! Bagaimana dengan keluarga patik nanti?! Mereka akan hilang tempat bergantung! Tuanku!"
Rayuan itu tidak didengari. Bunian tersebut dibawa pergi oleh pengawal.
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...