Chapter 6: Ep 2-The Heir

8 2 0
                                    

Mr. Boru menundukkan sedikit badannya setelah persembahannya berakhir. Para hadirin segera memberi tepukan gemuruh kepada lelaki itu. Ada yang sehingga menyorak dan terjerit-jerit.

Bagi penduduk Utara Cyber, pertunjukan ahli silap mata merupakan pertunjukan yang amat dikagumi kerana hanya kawasan ini saja yang masih mempercayai kuasa magis pernah wujud di Sri Jaya suatu ketika dahulu. Mereka menganggap pertunjukan silap mata merupakan salah satu kuasa magis tersebut.

Walaupun merupakan kawasan yang diiktiraf sebagai 'The Modern State' oleh kerajaan, kepercayaan mereka masih kuno kerana ilmu pengetahuan amat sedikit dipusat ke sana. Hal ini membuatkan Aiden dan rakan-rakannya semakin curiga dengan Utara Cyber. Seolah-olah, mereka juga ada agenda dengan kerajaan.

Khusyuk para penonton melihat di Pentas Besar, tiba-tiba satu letupan diletupkan di belakang pentas.

Para penonton terus menjerit dan menekup telinga sambil tertunduk. Ia adalah refleks apabila suatu bunyi yang kuat tiba-tiba menerjah telinga.

Aiden dan rakan-rakannya tidak terkecuali terkejut. Ramai penonton mula lari bertempiaran meninggalkan kawasan tersebut.

Aiden mengambil peluang ini untuk mengheret Rina ke tempat yang tiada orang. Lelaki itu memberi Kuasa Cahaya Putih kepada Rina.

Buat masa ini, Aiden masih mengaktifkan penghalimunan pakaian tarung mereka agar tidak menonjol. Mereka hanya menanti saja gerangan siapa yang meletupkan bahagian belakang pentas.

Aiden kini yakin Mr. Boru bukanlah mangsanya. Tidak mungkin lelaki itu sengaja meletupkan pentas tersebut. Lagipun, Aiden tidak melihat Mr. Boru menggunakan apa-apa senjata api pun semasa persembahannya tadi.

Di sebalik asap akibat letupan tadi, boleh terlihat satu susuk hitam yang berlari pantas, cuba melarikan diri dari kawasan tersebut.

"Berhenti! Jangan lari!" pantas Aiden mengejar susuk tersebut diiringi rakan-rakannya. Penghalimunan pakaian segera dinyahaktifkan. Maka terpamerlah pakaian dan senjata mereka ketika itu.

Orang ramai yang berada di sekeliling, melihatnya dengan wajah tidak sangka. Sekumpulan remaja menggunakan kuasa magis? Itu tidak mungkin!

"Oh, nampaknya kuasa magis itu telah kembali!"

"Aku sudah agak negara ini penuh magikal!"

"Selamat kembali, Wira Sri Jaya!"

Tepukan gemuruh mulai mengisi suasana. Tetapi Aiden dan rakan-rakan tidak mempedulikan sorakan itu. Mengejar lembaga hitam itu lebih penting sekarang.

"Huh, huh. Mana dia?" Aiden tercungap-cungap mengejar Dark Mist itu.

"Sebentar." Mia berjalan ke hadapan. Matanya dipejam. Kristal yang berada di bahagian hujung cogannya semakin bercahaya. Mia membuka matanya, lantas bercahaya putih.

Pancaran cahaya menyinari segenap ruang. Mia berpaling sedikit ke kanan. Kemudian, cahaya tersebut serta-merta menghilang.

"Sana," jawabnya, ringkas.

Masing-masing terkedu dengan hal tersebut. Tidak pernah mereka melihat Mia melakukan hal sebegitu. Ini merupakan sesuatu yang baru.

Tetapi itu perlu dibincang kemudian. Mereka bergegas meluru ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Mia.

Tiada jejak.

"Hm, nampaknya Dark Mist berjaya hilangkan diri." Aiden menghela nafas, sedikit kecewa.

"Haih, nampaknya ini belum masa untuk beraksi." celah Isya.

"Hei, Mia. Macam mana kau buat yang itu tadi?" Wawa berpaling ke arah Mia. Dia amat tertarik dengan magis baru yang dipersembahkan oleh gadis itu sebentar tadi.

"Aku jumpa dalam buku jampi Adam. Aku akan jelaskan kemudian," jawab Mia, ringkas. Wawa mengangguk.

"Sudah, lebih baik kita pergi semula ke Pentas Besar dan redakan orang ramai. Lepastu, hilangkan ingatan mereka pasal ni."

Masing-masing mengangguk setuju. Mereka segera kembali ke Pentas Besar.

Setelah memastikan semua orang selamat, Mia menggunakan kuasa ciptanya untuk membaiki semula Pentas Besar. Ramai orang yang merakam hal tersebut, namun mereka tidak kisah kerana mereka tahu semua itu akan terpadam nanti.

Kuasa Cahaya Putih diberikan kembali kepada Aiden. Isya menggunakan jam tangannya untuk menghilangkan memori orang awam.

Orang awam yang bersorak teruja melihat aksi pada hari itu, bertukar menjadi riak wajah yang bingung. Masing-masing keliru dengan apa yang telah berlaku.

Aiden dan rakan-rakannya hanya tersenyum. Mereka melihat telefon bimbit masing-masing. Video yang berjaya dimuat naik orang awam telah terpadam. Mereka bertujuh segera keluar dari kawasan orang ramai itu dengan senyuman tidak lekang di wajah.

"Semuanya dah diuruskan dengan baik. Tapi, misi kita masih belum selesai." Aiden memulakan perbincangan. Ahli lain mengangguk setuju.

"Aku yakin sekarang, Dark Mist ada di sini. Tapi aku rasa Mr. Boru bukan mangsanya," sambungnya lagi.

"Kita tak boleh buat spekulasi macam tu je. Lepas kejadian Lin dan Irene, aku jadi susah nak bezakan," Isya menyuarakan pendapatnya.

"Hm, tak apa. Kita akan cari lembaga tu. Buat masa ini, Mr. Boru bukan lagi suspek utama. Ayuh, kita mulakan pencarian sebelum waktu petang. Bas bertolak jam 3 petang."

Baru saja mereka hendak memulakan langkah, seseorang menegur mereka dari belakang.

"Kalian mahu ke mana?"

Mereka segera menoleh. Mr. Boru sedang berdiri di belakang mereka, sambil tersenyum.

Topinya yang besar dan meninggi menyukarkan wajahnya dilihat. Misainya panjang dan melentik. Tali leher dan kotnya yang berwarna ungu gelap tampak kemas dan segak apabila dipadankan dengan kemeja putih.

Dystopian jelas tergamam melihat lelaki ini menegur mereka. Ada yang mulutnya terlopong sedikit.

"T-tidak ke mana-mana, encik." Aiden membalas dengan sengihan janggal.

Mr. Boru diam seketika sebelum berbisik, "Sudah, tidak usah kalian berpura-pura. Aku tahu semuanya."

Pernyataan itu membuatkan mereka berkerut kening. Kemudian, Mr. Boru menyelak sedikit tali lehernya. Terdapat satu butang ungu disebaliknya.

"Benda ini, sama seperti jam tangan kalian." Mr. Boru tersenyum.

Mendengar hal itu, mereka kaget. Perasaan ingin menjadikan Mr. Boru sebagai suspek utama kini kembali mengetuk diri.

Mereka terus berada dalam posisi siaga untuk bertarung. Mr. Boru hanya tertawa melihat gelagat itu. Masing-masing berkerut kening. Apa yang lawak?

"Hahaha! Bertenang, anak-anak muda. Aku bukan berada di pihak atasan. Marilah, kita bincang di khemah utama aku." Mr. Boru segera berlalu pergi, meninggalkan Dystopian yang masih terpinga-pinga.

Apa yang telah berlaku? Mr. Boru ini, benarkah boleh dipercayai? Bagaimana lelaki itu mendapat sesuatu yang berfungsi sama seperti jam tangan mereka?

"Kalian mahu selesaikan misi atau tidak?"

Soalan itu membuatkan mereka keluar dari lamunan. Teragak-agak, mereka mengikuti Mr. Boru ke khemah utamanya.

Masuk saja ke dalam khemah, masing-masing terpegun melihat isi di dalamnya. Luarnya nampak kecil saja, tetapi di dalamnya seakan dua kali ganda lebih besar.

"Ini namanya Pemanipulasi Ruang. Khemah ini memang kecil saja, tapi dengan bantuan butang ni, aku mempraktikkan ruang di dalamnya untuk jadikan ia lebih besar."

Mr. Boru menjelaskan, sekaligus memberi jawapan untuk soalan yang bermain di fikiran mereka.

Aiden memandang Mr. Boru yang membelakangi mereka dengan wajah yang berkerut.

"Kau siapa sebenarnya?" soalnya, penuh curiga. Mr. Boru memusingkan badannya dan tersenyum.

"Aku sebenarnya waris kepada Jeneral Byung Ho, penjaga Selatan Kimchi 100 tahun yang lalu."

Tergamam masing-masing mendengar hal itu.

Jeneral Byung Ho? Apakah mungkin jeneral itu merupakan antara dua rakan Dayana yang dirahsiakan nama mereka?

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now