Chapter 5: Ep 5-Betrayed

8 2 0
                                    

"Hahaha! Aku dah kata, kalian tidak akan mampu kalahkan aku!"

Irene ketawa terbahak-bahak, dengan keempat-empat Kuasa Cahaya terapung di tangannya.

Aiden, Wawa, Adam dan Isya terbaring lemah saat melihat Kuasa Cahaya tersebut kini di tangan yang salah. Mereka sudah tidak lagi berdaya untuk bertarung.

Tiba-tiba, Dark Mist yang mengawal Irene keluar dari badan gadis itu. Irene rebah ke tanah dan terbatuk-batuk.

Dark Mist mengelilingi Kuasa-kuasa Cahaya tersebut diiringi gelak tawa. "Hahaha! Sekarang ini semua milik aku!" dia berubah menjadi susuk tubuh seorang lelaki.

"Ayah? Apa ayah buat pada Irene tadi?" Irene yang masih terduduk di lantai, menyoal 'ayahnya' itu. Dark Mist tersenyum sinis.

"Ayah? Aku ayah kau? Heh, dalam mimpi!"

Irene tersentak. Matanya lantas berkaca. "Apa maksud ayah ni?" soalnya lagi, untuk kepastian.

Dalam masa yang sama, Arin, Viora, Mia dan Rina dalam perjalanan turun ke bawah.

"Ish, tangga terlalu banyak! Kita takkan sempat sampai!" Rina melaung. Arin berfikir sejenak.

Tanpa ragu, Arin melompat turun ke bawah. Masing-masing terkejut dengan tindakan Arin, tetapi mereka juga menurut.

Viora menggunakan tenaga yang dia ada, mencipta sebuah gelombang sfera bagi melindungi mereka daripada tercedera apabila terhempas.

Semasa konflik masih berlaku di bawah, sebuah portal tiba-tiba saja terbuka, menampakkan Suria berdiri di luarnya.

Suria dengan tenang melangkah masuk ke dimensi itu. Gadis itu memandang tajam ke arah Dark Mist.

"Sudah! Jangan kau perdayakan dia lagi, syaitan tak guna!" laungnya.

"Apa semua ni?! Siapa kau?!" Irene bertambah keliru. Siapa pula gadis yang secara tiba-tiba muncul di sini?

"Irina, aku Suria, adik kembar kau. Lelaki yang kau panggil ayah ni, bukan manusia pun! Dia adalah jelmaan, lembaga hitam jijik yang dah bunuh mak ayah kita dan menculik kau." Suria menekan perkataan 'jijik' itu.

Irene terkilan. Dia tidak dapat menerima semua ini. Terlalu banyak benda yang perlu dia proses di dalam benak fikirannya.

"Hahaha! Kau ni memang merosakkan keseronokan akulah. Tapi tak apa, alang-alang kau pun dah tahu, aku tak perlukan kau lagi. Kuasa Cahaya semua sudah di tangan aku. Aku akan cari dua lagi dan dunia ini bakal menjadi milik a-"

Belum sempat bicara Dark Mist dihabiskan, dia dihempap oleh sesuatu.

"Jangan mimpi."

Viora menghilangkan gelombang yang melindungi mereka. Arin, Rina dan Mia segera menuju ke arah rakan-rakannya yang terbaring lemah.

Suria turut menghampiri mereka, memberi ubat khas dari Negeri Bunian Salju. Ahli Dystopia kembali gagah berdiri.

"Suria? Macam mana kau ada dekat sini?" Adam bertanya sebaik saja dia dapat berdiri.

"Arin sempat menghubungi aku tadi." Suria memandang Arin sambil menunjukkan loket milik Tok Yan. Arin hanya tersengih. Dalam perjalanan turun ke bawah tadi, dia sempat menghubungi Suria untuk menghantarkan bantuan.

Aiden memegang belakang kepalanya yang sakit. Dia terkedu apabila terlihat seorang wanita berambut merah di hadapannya.

"Kau siapa?" Mlmereka yang tidak mengenali wanita itu segera berada dalam posisi siaga untuk bertarung.

"Bertenang. Itu Viora, Penjaga Kuasa Cahaya Merah." Arin menenangkan keempat-empat rakannya.

"Viora?" Aiden memandang wanita itu sekali lagi.

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now