"Huh, Aiden dah berjaya." Isya memegang lengannya, menahan sakit. Kesan gelombang Nazriel tadi semakin menghilang.
"Kita perlu cari dia." Wawa berdiri di sebelah Isya.
"Ha, tu dia." Arin menunjukkan ke arah Aiden berada. Mereka berenam gagahkan diri berjalan menuju ke arah Aiden.
Saat mereka tiba, air mata mereka tidak mampu ditahan, mengalir deras apabila melihat Aiden menangis di sebelah Feraz.
"Feraz..."
"Aiden, kau janganlah menangis." Feraz tersenyum lemah.
"Tolong maafkan aku, Feraz. Aku kawan yang teruk."
"Aiden, ni semua bukan salah kau. Nazriel yang buat semua ni. Kau dah jadi kawan yang terbaik untuk aku. Terima kasih."
Feraz semakin melemah. Dia kemudian memandang rakan-rakan Aiden.
"Kalian pasukan yang hebat. Kamu semua dah jadi kawan yang baik untuk Aiden. Jaga dia untuk aku." Feraz tersenyum.
Mereka membalas senyuman tersebut.
"Jangan risau. Kami semua akan sentiasa bersama." Isya bersuara. Yang lain mengangguk.
"Aiden, kau jaga diri ya? Selamatkan dunia ni, untuk aku. Selamat tinggal."
Mata Feraz perlahan-lahan tertutup.
"Feraz? Feraz! Ferazzz!!!"
Aiden menangis teresak-esak. Jiwanya meraung dan meronta-ronta.
Mengapa perlu begini pengakhirannya? Mengapa sesakit ini rasanya?
Namun apakan daya, Feraz sudah tiada. Tiada apa yang boleh dilakukan sekarang.
Feraz perlahan-lahan menghilang, menjadi debu. Pulang ke masa lampau, tempat yang sepatutnya dia berada.
Aiden masih menangis. Mereka membiarkan lelaki itu menangis lagi untuk beberapa ketika. Tangisan itu perlahan-lahan bertukar senyap.
Sharja tiba-tiba muncul di hadapan mereka.
"Aku minta maaf atas kehilangan kau, Aiden. Kalau Feraz di masa lampau sudah tiada, maknanya dia sekarang dah..."
"Tak apa, aku faham. Apa lagi aku boleh buat? Dia sudah tiada. Apapun, aku akan tetap berjuang untuk dia. Untuk kita."
Aiden bangkit, memandang rakan-rakannya. Mereka hanya tersenyum dan berbangga dengan Aiden.
Aiden kemudian menarik Kuasa Cahaya Putih dari badannya, memberikan semula kepada rakan-rakannya.
"Akhirnya, Nazriel dan Hayra berjaya ditumpaskan." Adam menghela nafas lega.
"Tapi, mana mereka?" Wawa melilau sekeliling.
"Aku dah uruskan mereka. Jangan risau." Sharja membalas. Mereka hanya mengangguk.
"Syukurlah kamu semua selamat. Sekarang, dah tiba masanya kamu pulang. Sebelum tu, aku akan tunjukkan kalian sebuah tempat yang sesuai untuk berkumpul nanti."
"Tempat berkumpul? Macam markas rahsia?" Sharja mengangguk mendengar tekaan Isya. Dia kemudian membuka sebuah portal. Aiden dan rakan-rakannya masuk ke dalam teleportal tersebut.
Mereka tiba di sebuah bangunan yang besar, laman yang luas dan dikelilingi awan. Bangunan ini terletak di atas langit.
"Tempat apa ni?" Aiden bingung.
"Inilah markas kamu." Sharja tersenyum. Terbuntang mata masing-masing.
"Sebelum ini, markas ni menjadi tempat berkumpul penjaga-penjaga kuasa yang lain. Namun, kami mempunyai sedikit masalah. Jadi ia telah lama terbiar."
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...