Retakan kecil mula kelihatan di langit dimensi itu. Ia semakin membesar sebelum akhirnya pecah.
Nazriel mendarat dengan selamat ke tanah, disertai dua susuk tubuh yang tidak kelihatan di belakangnya.
"Hahaha! Bertemu juga kita." Nazriel tersengih.
Dua susuk tubuh tadi mulai berjalan merapati sebelah kiri dan kanan Nazriel. Feraz di sebelah kanan, Hayra di sebelah kiri.
"Macam mana kau-" ayat Sharja dipotong oleh Nazriel.
"Macam mana aku masuk? Heh, kau ni memang lembap! Masa kau buka portal untuk budak-budak ni, aku sempat masuk sebelum kau tutup.
Tapi sayang, sekerat jalan je sempat. Terpaksa aku pecahkan dimensi ni. Dua minggu tahu aku terperap dekat situ. Cekap juga kau ya walaupun dah tua? Tapi aku lebih cepat bertindak."
Sharja mengetap bibir. Nazriel hanya tersengih sebelum memandang pula ke arah Aiden.
"Kau tengok kawan kau tu. Bahagia dia sekarang kan tanpa kau? Sekarang dia nak hapuskan kau pula dengan kawan-kawan baru dia. Aku dah kata, dia bukan kawan yang baik."
Feraz hanya mendengus. Aiden sedikit tertampar dengan kata-kata Nazriel. Selama ini, dia hanya kisah tentang luka dirinya daripada Feraz sehingga memecah-belahkan persahabatan mereka.
Aiden dihurung rasa bersalah. Dia tertunduk sebelum berjalan menuju ke arah Feraz. Rakan-rakannya sedikit terkejut.
Feraz juga terkilan. Aiden akhirnya berdiri di hadapan Feraz. Dia terduduk melutut.
"A-apa yang kau buat ni hah?!" Feraz sedikit gagap.
"Feraz. Maafkan aku." suasana menjadi sepi saat Aiden berbicara.
"Aku sedar yang semua ni salah aku. Aku pentingkan diri. Aku takut sangat hati aku terluka lagi, sampai aku lukakan hati kau."
"Aku tak pedulikan perasaan kau. Aku tak dengar apa yang kau cuba sampaikan. Aku bodoh sangat. Tolong maafkan aku Feraz. Maafkan aku!"
Aiden menghentak-hentak tanah dengan tangannya. Dahinya juga sudah mencium lantai. Air mata berguguran, jatuh ke tanah dia berlutut, benar-benar menyesali perbuatannya.
Rakan-rakan Aiden melihatnya dengan rasa hiba. Feraz terlihat sedang menahan air mata. Dirinya seakan ingin menyentuh bahu Aiden.
"Aiden, aku-"
Tiba-tiba Sharja meluru ke arah Feraz dengan mata bercahaya putih.
"Masa untuk pulihkan kau, Feraz."
Sharja menyentuh dahi Feraz. Feraz mulai terapung sebaik saja Sharja memasuki mindanya. Matanya berubah putih.
✎︎______________
"Feraz. Feraz."
Feraz membuka matanya perlahan-lahan. Dia menyedari dirinya berada di kawasan yang serba-serbi putih dan lapang.
Feraz menoleh ke belakang. Kelihatan Sharja sedang tersenyum kepadanya.
"Si-siapa kau?" Feraz kelihatan bingung.
"Aku Sharja."
"Sharja? Bukankan kau-"
"Ya, aku adalah orang yang Nazriel beritahu kau. Aku sudah tidak banyak masa untuk terangkan semuanya. Cepat, kita perlu tolong Aiden kalahkan Nazriel."
"Aiden? Dia tahu tentang Nazriel? Dia okay ke? Nazriel ada buat apa-apa ke pada dia?" bertalu-talu soalan diberikan kepada Feraz.
"Bertenang. Buat masa ni dia tidak apa-apa. Macam aku cakap, kita tidak banyak masa. Kau perlu tolong dia."
YOU ARE READING
{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of Heroes
Adventure"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di alam maya, kini mempunyai misi untuk menyelamatkan bandar mereka. Pelbagai rintangan dihadapi oleh mere...