Chapter 7: Ep 1-Negligent

6 2 0
                                    

Rina sedang mengemas beg sekolahnya. Beberapa alatan berkebun diletakkan di dalam satu lagi beg yang kecil.

Hari ini, sekolah Rina telah menganjurkan sebuah kempen menanam pokok di taman sekolah.

"Rina, betul ke Rina tak nak ayah hantar?" ayah Rina bertanya, gusar.

Sejak kebelakangan ini, Rina sering meminta agar tidak menghantarnya ke sekolah kerana dia ingin pergi sendiri.

Pada mulanya, ibu bapanya tidak bersetuju, tetapi Rina nekad dan kadangkala mogok tidak mahu makan. Akhirnya, mereka bersetuju.

"Betul, ayah. Jangan risau, Rina takkan apa-apa. Okaylah, dah lewat ni. Rina pergi dulu. Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam..."

Rina pantas keluar dari rumahnya. Dia berjalan beberapa blok dari rumahnya, dan kemudian masuk ke kawasan yang lebih sunyi.

Dia tersengih. Jam tangannya dibuka dan menghasilkan sebuah portal. Dia tertawa kecil.

Rina memasuki portal tersebut, dan terus tiba di pagar belakang sekolah. Dia terus menyelit masuk ke dalam sebuah lorong di mana para pelajar lain sedang berjalan untuk memasuki kawasan sekolah.

'Hehehe! Senangnya kalau macam ni. Lepas ni kalau lambat, boleh teleport ke dalam sekolah terus!'

Rina terus berjalan ke kelasnya.

Semua murid akan berkumpul di taman sekolah tepat jam 8:00 pagi.

Disebabkan masa masih terlalu panjang, Rina mengambil keputusan untuk menikmati biskut yang dibawanya sebagai kudapan di sekolah di dalam kelas.

Memandangkan dia seorang saja di dalam kelas, lebih seronok untuk dia menikmati biskut tersebut kerana tidak perlu berkongsi dengan sesiapa.

"Kamu buat apa dekat sini?"

Rina segera menoleh ke arah daun pintu kelasnya, mempamerkan seorang lelaki yang berumur hampir 30-an.

Lelaki tersebut mengenakan baju berlengan pendek. Di tangannya sedang memegang kotak besar yang mengandungi alatan berkebun.

"Pakcik ni siapa?"

Lelaki itu terbatuk sedikit. Dia panggil aku pakcik? Kurang ajar betul.

"Ehem, nama abang, Ren. Abang tukang kebun baru dekat sekolah ni."
Ren mengoyakkan senyuman mesra.

Rina hanya mengangguk sambil menyuapkan satu lagi biskut ke dalam mulutnya.

"Sudah, lebih baik kamu pergi berkumpul sekarang. Dah nak pukul 8 ni." Ren kemudian melangkah pergi, meninggalkan Rina sendirian. Gadis itu tersengih.

Jam tangan dibuka dan menghasilkan portal. Dia masuk ke dalam portal tersebut.

Tanpa sedar, Ren sedang bersembunyi di sebalik pintu luar kelas, melihat Rina masuk ke dalam portal tersebut.

"Gotcha."

                               ***                        

Sebuah portal muncul di sebalik pohon besar di taman sekolah. Rina menapak keluar dari portal tersebut.

Rina tertawa perlahan agar tidak didengari sesiapa. Jika begini, dia tidak akan pernah lambat!

Tiba-tiba, guruh berdentum. Langit yang terang benderang sebentar tadi, menjadi gelap serta-merta. Awan kelabu mula menutupi sang matahari yang bersinar terang.

Rata-rata pelajar di situ melarikan diri, menyangkakan awan bakal melepaskan kandungannya.

Rina kaget, tetapi tidak panik. Selalunya jika secara tiba-tiba cuaca berubah, ada sesuatu yang bakal berlaku.

{BOOK 1}Dystopia: The Begins Of HeroesWhere stories live. Discover now