(3rd Person P.o.V)
33 Julai 1557, Kalendar Imperial.
Providence of Epirus, Empayar Teokrasi Alvenheim (Kerajaan Bangsa Light Elf).
Epirus adalah salah sebuah wilayah kekuasaan suku Light Elf, Mac Caelum. Di dalam kawasan wilayah tersebut, iaitu di sebuah kawasan kota petempatan yang terletak 60 Batu berhampiran perbatasan Penghujung Garisan Besar Io. Tidak jauh daripada kawasan ini juga terdapatnya sebuah Altar Suci, Helios Temple of The Sun Lord.
Waktu sekarang telah menunjukkan jam 6 pagi. Kelihatan petempatan tersebut telah diserang secara mengejut gelombang besar Demon Locust, iaitu sejenis raksasa berbentuk belalang-humanoid berwarna biru, dengan tinggi lebih 2 meter terbang menyerang di dalam kawanan yang sangat, sangat banyak.
Mujur seluruh kota bernasib baik kerana pada masa kejadian penyerangan itu, seorang Lord Avatar telah turun. Dia sempat membantu pasukan pertahanan dan juga seluruh penduduk petempatan kota tersebut melawan gelombang Demon Locust tersebut.
Sebuah keajaiban sedang berlaku di atas petempatan tersebut. Walaupun waktu tersebut sepatutnya masih pagi subuh lagi, namun seluruh kawasan petempatan itu sedang dan masih diterangi oleh sinaran cahaya mentari yang memancar terik. Ibarat satu kawasan tersebut sedang berada dalam waktu tengah hari sejak sejam yang lalu.
Dapat diperhatikan juga bilangan mayat Demon Locust yang sangat banyak bersepah di sana-sini. Dengan setiap mayat itu mempunyai anak-anak panah yang disaluti oleh bahang api berwarna kuning keemasan masih terpacak dan masih lagi menyala terang bagi membakar tubuh mereka yang sudah tidak bernyawa tersebut.
Dapat dilihat juga banyak unit pertahanan Light Elf telah berkumpul di atas segenap penjuru tembok kota tersebut. Sambil mereka sedang sedaya upaya menembak jatuh setiap ekor Demon Locust yang terbang menghampiri kota dengan hujanan pelbagai sihir dan anak-anak panah sakti. Sementara para penduduk yang terdiri daripada wanita, warga emas, anak-anak kecil dan mereka yang tidak berdaya pula berlindung di dalam Citadel kota.
Di suatu sudut penjuru tembok kota itu juga, berdirinya susuk seorang pemuda Light Elf yang berambut mohawk hijau kekuningan dan berjubah putih keemasan. Sambil ditemani oleh seorang gadis Light Elf dan juga sedozen kesatria pemanah. Dia tanpa henti dari tadi menembakkan dengan sangat pantas anak-anak panah yang disaluti oleh kuasa api kuning keemasan dengan Longbow emas miliknya itu. Setiap anak panah berapi yang dilancarkan olehnya itu terbang dengan laju seperti peluru berpandu menuju ke arah sasaran masing-masing. Setiap mangsa yang telah mati ditusuk oleh anak panah berapinya yang sangat panas tersebut jatuh berguguran seperti daun-daun kering di atas tanah.
Providence of Lechia, Utara Alvenheim.
Di sebuah kawasan di Garisan Scandinavia yang menghadap Laut Freiyjord. Waktu sekarang sudah masuk tengah hari. Kelihatan beribu-ribu unit infantri Light Elf sedang sengit bertarung mempertahankan suatu sudut bahagian tembok dinding Garisan Scandinavia itu daripada dicerobohi oleh bilangan Gog (Raksasa iblis melata) yang amat banyak.
Kumpulan unit infantri tersebut sedang diketui oleh seorang pahlawan wanita Light Elf yang sangat cantik dengan berambut kuning keemasan. Memakai Headband besi bersayap helang, lengkap dengan sejenis set baju perisai emas putih yang menonjol lagikan berkilat serta bersenjatakan sejenis perisai sakti dan sejenis pedang sakti.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...