13) Throne.

23 2 15
                                    

(Z's P.o.V)

Tidak lama kemudian.

Aku berjaya korek daripada dua orang perempuan ini beberapa maklumat berharga. Pertama, Leeya dan Lorelei, diorang berasal dari keluarga bangsawan penyihir yang sangat berprestij dan dihormati di kerajaan ini. Ayah Leeya dan juga ayah Lorelei adalah pembesar kerajaan yang memegang gelaran, Marquess. Tak silap akulah, Marquess itu ialah seorang bangsawan yang sangat berkuasa yang terletak di dalam carta aristokrat berkelas atasan, kaya-raya dan sangat berpengaruh. Ahli-ahli dari kalangan keluarga mereka juga memegang jawatan tinggi di dalam birokrasi pentadbiran kerajaan ini. Ini bermakna, mereka mempunyai banyak sumber, pengaruh dan faedah yang hanya menunggu untuk dipetik saja.

Oh ya, tak lupa juga. Diorang berdua ini juga ada gelaran kehormat Yang Amat Mulia Lady Apostle of Mahawangsa. Apa yang aku difahamkan. Mengikut ajaran agama diorang lah, gelaran Lady Apostle itu sendiri secara langsung menjadikan mereka berdua orang yang paling berkuasa di seluruh kerajaan ini selepas Kaisar, iaitu pemerintah kerajaan ini sendiri. Diorang boleh berhubung dan bertemu terus dengan Kaisar itu bila-bila masa saja. Dan itu mungkin aku jamin, ianya dapat memberikan lebih banyak akses langsung ke sumber-sumber dan faedah-faedah yang ada di kerajaan ini.

Hehehehe, menarik. Jika aku dapat memainkan strategi aku dengan bijaksana, aku mungkin boleh melekatkan banyak benang, tidak terhad kepada mereka ini saja. Malahan pemerintah semasa Empayar Agung Mahawangsa ini, Kaisar sendiri di bawah telunjuk jari aku. Yup, betul itu. Kalau aku dapat wujudkan underground network aku macam dekat Bumi itu. Banyak benda akan jadi mudah dan tanpa kekangan.

"33, 34, 35, 36, 37, 38. Dan 39 ekor lelabah mati. Tango down.", Rimyuel mengira sambil dia menembak mati musuh dengan senapangnya itu.

"Ok, semua clear.", kata Rimyuel lagi sebelum melompat turun dari pokok.

"Cayalah Lord Rimyuel.", puji Lorelei pula.

"Korang berdua penat ke? Perlukan rehat tak?", tanya aku kepada Leeya dan Lorelei.

"Takpe milord, saya ok saja.", jawab Lorelei.

"Saya pun milord. Jomlah, kita sambung jalan.", jawab Leeya pula.

"Hmmm yelah, arah sini eh.", arah Rimyuel pula.

"Roger Komander.", jawab aku pula.

Kami terus berjalan meredah hutan berpaya dan dipenuhi kabus tebal ini, sehinggalah beberapa belas minit kemudian.

"Macam mana pula dengan Lord Z? Adakah Lord Z juga seorang Adventurer macam kami?", tanya Lorelei kepada aku.

"Hmmm, aku, lebih kuranglah.", jawab aku pula.

"Aku rasa aku dah nampak kompeni korang. Kurang sebatu saja lagi.", kata Rimyuel pula yang sedang berdiri di atas dahan pokok sambil matanya terus meninjau jauh kehadapan.

"Huh, akhirnya......haus, haus.....kaki saya rasa macam nak tercabut saja...", mengeluh Leeya yang berpeluh dan pancit kepenatan itu.

"Hahaha, kata tadi tak penat?", kata aku pula.

"Nak buat macam mana kan milord. Kalaulah Lord Avatar dia yang baik hati ini sudi untuk menggendong dia macam bayi. Tak adalah Leeya merasa penat berjalan.", kata Lorelei pula memerli Leeya dan aku dengan ketawa kecil.

"Hei, kau ini kan?!", marah Leeya menumbuk bahu Lorelei.

"Baiklah kawan-kawan. Sikit saja lagi....", kata aku sebelum Rimyuel mencelah.

"Hei, tunggu kejap.", katanya yang masih sedang meninjau dari atas pokok itu.

"Um, ada apa ya Lord Rimyuel? Labah-labah lagi ke?", tanya Lorelei.

Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.Where stories live. Discover now