43) The Black God

33 1 2
                                    

(3rd Person P.o.V)

"Hei Freeman, kau ingat ke tak kawan Black Knight kau nama Aiax Groxy?", tanya Z kepada Freeman itu secara telepati.

"Aiax Groxy?! Sialan! Anak bangsat ini bunuh kawan aku?!", respon Freeman yang yang menyedari sesuatu dan mula dipenuhi dengan api kemarahan itu.

"Milord?", kata Minerva pula sambil melihat riak wajah Freeman yang tenang sejak tadi itu tertiba berubah geram lagikan tegang.

"Hei Z, aku nak bunuh anak bangsat itu sekarang juga!", kata Freeman sambil tangan dia menggenggam kuat pedangnya itu. Darahnya juga membuak-buak.

"Relax bro, relax, aku faham kau marah sekarang. Tindakkan membabi buta hanya buat rugi kita semua saja.", balas Rimyuel pula untuk memujuk Freeman.

"Heh, Dewa-Raja?! Hei bangang! Kau sedar tak apa yang kau buat ini huh?!", marah Z dengan suara yang lantang kepada Chalice itu.

"Kau bunuh sesatunya Lord Avatar yang boleh tolong negara kau?! Lepas itu kau curi badan dengan kapak dia itu. Dan mengaku jadi Lord Bloodaxe?! Fuck U lah!", maki Freeman pula kepada Chalice itu.

"Tulah itu. Faker!", balas Rimyuel pula.

"Goblok! Kau itu seekor raksasa bajingan yang termutasi saja!", kata Cyber pula.

"Yup, jiwa dengan jasad kau tengah tak stabil sekarang. Menunggu masa untuk kau mati saja!", kata Z pula.

"Mati?! Mati?! Hah! Beta takkan mati. Selagi perjuangan 5 generasi Raja Siberia ini tak habis. Selagi mana beta tidak menuntut keadilan untuk Siberia dan juga untuk kematian ayahanda beta. Beta takkan mati!", balas Chalice pula.

"Menuntut keadilan?! Dengan mengorbankan nyawa-nyawa orang tak berdosa?! Itu bukannya keadilan. Itu gila. Kau itu raja zalim, kejam?!", jawab Freeman pula.

"Hahahaha, beta zalim?! Beta kejam? Cerminlah dulu diri kau dahulu baik-baik. Lord Avatar seperti kalian tak tahu apa-apa. Kekejaman dan kezaliman yang telah dilakukan oleh Empayar Mahawangsa ini ke atas kerajaan beta. Tanyalah, semua kekejaman dan kezaliman yang telah dilakukan oleh para manusia seperti Duke Eisenhower itu di atas nama Empayar Mahawangsa!?", balas Chalice pula sambil menunjuk ke arah Duke Eisenhower.

"Manusia bertamadun?! Lawak jenaka apakah itu?! Manusia semuanya sama saja. Di atas nama Keadilan, kalian manusia suka menghakimi dengan besi dan api. Kenapa?! Adakah kerana kami ini bangsa berbeza, maka kami semua tiada hak yang sama untuk hidup di atas dunia ini?! Macam itukah?!", balas Chalice dengan amarahnya.

"Kalian berempat telah membela pihak yang salah!", kata Chalice lagi.

"Ya. Duke Eisenhower! Ingat tak lagi Duke Eisenhower! ", kata Chalice pula. Semua mata mula tertumpu ke arah Duke Eisenhower.

"Dengan cara paling pengecut, dia telah bunuh Ayahanda beta.", kata Chalice lagi.

"Hei! Betul ke semua ini?!", soal Freeman pula kepada Duke Eisenhower.

"Hei, salah kalian itu juga yang selalu menyerang kawasan sempadan Empayar kami ini!", balas Komander Alex pula.

"Kalianlah yang suka buat huru-hara disini!", marah Duke Eisenhower.

"Atuk saya tak bersalah lah!", balas Athena pula.

"Betul itu milord. Jangan dengar semua cakap orang gila itu!", balas Minerva pula.

"Huh, mulalah..........aku benci bila benda macam ini jadi.", kata Z pula.

"Huh dimana-mana pun, Politik. Aku benci politik.", kata Cyber pula.

"Huh, bro, bro? Benda semua sudah lepas bro. Cuba terima hakikat itu. Berhentilah bro, berhentilah.", kata Rimyuel pula untuk memujuk.

"Berhenti?! Sudah terlambat! Dengan tangan beta sendiri, beta akan tamatkan semua ini, hari ini juga!", kata Chalice sambil terbang menghampiri mereka. Chalice kini kurang 20 meter saja di hadapan Z, Cyber dan Rimyuel itu.

Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.Where stories live. Discover now