42) Abomination.

4 0 0
                                    

(3rd Person P.o.V)

Kelihatan mereka semua tidak terluka sedikit pun. Kecualilah seorang. Iaitu Z.

Namun, ianya baru permulaan saja.

"Lord Z?!", kata Leeya yang melihat Z menahan rasa sakit yang dialami lengan kanan nya tersebut. Nasib baiklah berkat respon pantasnya, semua Damage dari serangan barusan itu berjaya Z tangani menggunakan kuasa salah satu Miracle Ring nya.

"Perci?", kata Cyber juga sambil melihat Z.

"Chillax kawan, aku ok.", balas Z kepada mereka.

Manakala Rimyuel telah pun pantas mula menyerang balas musuh mereka itu dengan tembakkan bertubi-tubi senjata LMG Gungnir nya tersebut.

"Milord?!", kata Lorelei yang ragu-ragu untuk menolong Rimyuel.

"Fuck, asal keras sangat dia?!", kata Rimyuel sambil terus membedil musuh mereka. Namun apakan daya, setiap butir peluru yang ditembakkan kelihatan tak efektif.

Serangan dari Rimyuel itu disusuli juga oleh serangan Octa-Cast, Beam of Light dari Z juga. Namun, musuh mereka itu terlalu keras untuk ditumbangkan begitu saja oleh mereka.

"Apakah?! Apa benda sebenarnya dia itu?!", soal Duke Eisenhower.

"Korang semua, kebelakang!", arah Cyber juga kepada mereka yang lain.

"Cyber, tembak dia dengan serangan kilat kau.", arah Z.

"Hexa-Cast, Lightning Lord Smite!", Cyber lantas menggunakan serangan Energy Burstnya. Lantas, 6 panahan kuasa petir perak menyambar musuh mereka itu.

"Anjir, dia keras banget?!", tanya Cyber.

"Tulah tu?", balas Rimyuel pula dengan muka yang keliru lagikan tak percaya.

"Dia main Shield juga ke?", jawab Z pula. Mata dan otak dia sedang giat menganalisa musuh itu. Z baru sedar yang seluruh badan musuh mereka itu diselimuti oleh satu medan daya elektrik perak yang separa lutsinar.

Musuh mereka kini hanya beberapa ratus meter sedang terapung di hadapan mereka.

Z juga telah mengarahkan semua meriam Ballista berhampiran membedil musuh itu bertali-arus dengan serangan artileri Pollux Bolt of Light.

"Tak...mungkin?! Selepas kena bedil dengan semua meriam Ballista itu pun?!", kata Komander Alex yang bertambah keliru.

"Aik, kejap. Kapak dia itu?!", monolog Z.

"Rimyuel! Kau cuba serang dia dengan benda RPG kau itu!", arah Z.

"Roger. Skill, Panzerschreck.", jawab Rimyuel pula.

"Tinggal dua benda saja yang aku masih tak faham lagi ini?", kata Z lagi.

"Apa dia Perci?!", tanya Cyber pula.

"Macam mana anak haram itu ada kuasa yang mirip macam kau?!", balas Z.

"Tak ada jalan lain. Aku kena masuk juga dalam kepala dia. Cincin Ketiga, Virtue.", Z pantas menggunakan kuasa Clairvoyance istimewa dari Miracle Ring Virtue nya itu untuk mula menyelam dan melihat ke dalam minda musuhnya itu.

"Apa benda sebenarnya kau ini huh?!", monolog Z.

Sebahagian minda Z sedang menyelam di dalam sebuah lautan luas buih-buih memori musuhnya yang sangat dalam itu. Dia dapat melihat banyak visual memori dari ingatan yang melintasinya itu.

Setiap 0.0001 saat yang berlalu terasa seperti 24 jam bagi Z itu. Dia menyelam semakin dalam. Sehinggalah dia tiba di suatu titik penting. Z kini semakin hampir untuk selesaikan kepingan-kepingan puzzle ini.

Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.Where stories live. Discover now