(3rd Person P.O.V)
Jam 5:41 petang.
Dewan Imperial Fort Leo, Citadel Fort Leo.
Sebuah mesyuarat perang sedang berlansung di dalam dewan ini. Ianya dihadiri oleh pengawai-pegawai atasan, para Guild Master bagi lebih sedozen Adventurer Guild ternama, para Satrap dan juga mereka yang berkenaan. Di tengah dewan ini terdapat meja-meja kayu Walnut berbentuk segi empat tepat yang disusun menjadi huruf 'U'. Jemaah mesyuarat yang berjumlah lebih 120 orang itu dijamu dengan minum petang bersama beberapa kudapan ringan.
Seluruh dewan yang besar ini telah dihias dengan dekorasi yang sangat mewah, lagikan megah. Suasana dewan ini sendiri dapat menggambarkan prestij Noble House of Von Griffin. Kepala seekor naga merah (Fire Dragon) dan juga kepala seekor raksasa dengan bentuk serupa dengan kepala T-rex menjadi dekorasi utama di atas dinding dewan ini.
Pengerusi bagi mesyuarat ini adalah seorang kesatria tua, Duke Eisenhower Von Griffin. Beliau adalah Wizurai bagi seluruh jajahan dan ketenteraan Empayar Mahawangsa di Wilayah Utara ini. Dan juga ketua bagi The Noble House of Von Griffin. Semua Satrap yang ada di wilayah ini berada dibawah kuasa autonomi beliau.
Seorang pahlawan dan juga vateran perang dengan badan yang tegap dan gagah perkasa setinggi 1.82 meter. Dengan wajahnya yang bengis seperti harimau belang yang siap untuk menyerang lawannya pada bila-bila masa sahaja. Sekeping penutup mata hitam menutupi mata kirinya itu. Dia lengkap memakai baju perisai Golden Legion Armor seperti Komander Alex yang sedang duduk di sebelah kanannya itu. Walaupun telah lanjut usia. Namun, Champion of The North ini masih dihormati dan digeruni oleh kawan mahupun lawan.
Di tengah dewan ini, Rimyuel sedang memberikan penjelasan kepada mereka semua tentang subjek, Demon Seed. Dengan bantuan Projection Magic untuk membesarkan suara nya tersebut supaya kedengaran lebih jelas dan lantang.
"Benih Demon terkutuk itu tak ubah macam nanomesin.", kata Rimyuel.
"Nanomesin? Apa benda itu milord?", tanya Komander Alex kebingungan.
"Yeah, ianya sejenis sains sakti yang sangat maju milik Gog Magog.", jawab Rimyuel.
"Milik Gog Magog? Milord pasti tentang semua itu?", soal Duke Eisenhower.
"Sangat.", jawab Rimyuel bagi menegaskan perkataan sangat.
"Macam manalah mereka dapat benda terkutuk itu?", soal Kolonel Moran Von Griffin pula. Beliau duduk di sebelah kiri Duke Eisenhower.
"Aku tak pasti.", jawab Rimyuel dengan spontan.
"Mungkin mereka telah membuat perjanjian dengan pemimpin Gog Magog itu?", ucap salah seorang pegawai.
"Maksud Tuan Count. Demon Lord?", tanya seorang pegawai lagi.
Pelbagai spekulasi liar dan panas keluar dari mulut-mulut hadirin disitu.
"Tuan-tuan, cuba pertimbangkan semua yang kita tahu setakat ini. Mustahil bagi semua raksasa gasar itu untuk mengumpulkan kekuatan sebesar ini. Dalam masa 5 tahun saja? Mereka mesti telah membuat perjanjian dengan seekor Demon yang sangat berkuasa.", kata seorang Guild Master, Baron Zizek.
"Tidak boleh disangkal lagi. Kerajaan Siberia telah bersekongkol dengan Gog Magog yang terkutuk itu.", kata seorang Major, Viscount Ricardo Von Regaleon pula.
"Mereka mesti tengah mengutip jiwa rakyat-rakyat jelata untuk diberikan kepada para Demon Lord durjana itu. Semua orang tahukan, Demon hanya menerima korban jiwa dan darah sebagai bayaran.", kata seorang lagi Guild Master, Count Oliver.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasi"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...