(Z's P.o.V)
Jam kini menunjukkan 12 suku.
Setelah selesai mandi dan menyalin pakaian baru. Aku bercadang untuk merehatkan kepala yang masih kusut ini. Sementara menunggu mereka semua bersiap sedia untuk waktu penghakiman sebentar lagi.
Dengan berpakaian baju kemeja dan seluar putih, aku berjalan menuju ke sebuah taman berhampiran. Sambil aku bersiul-siul.
"Chillax aku, chillax. Marah itu satu kelemahan. Marah itu pembunuh minda. Jangan biarkan rasa marah itu mengawal diri aku. Bernafas dengan betul.", aku teringan pesan nenek aku, The Last Witch of The Century itu.
"Wow, banyak lah pokok bunga.", kata hati aku sambil melihat-lihat setiap pokok yang indah-indah dengan bunga-bunga berwarna-warni di sekitar taman itu.
"Huh, siapa pula itu?", kata aku. Aku baru perasan kehadiran seseorang yang sedang duduk bercangkung di tengah taman ini. Aku juga dengar suara sayup-sayup tangisan daripada dia.
Seorang budak perempuan. Mungkin ada sesuatu yang tak kena rasanya? Aduhai, biar aku pergi tengok dan periksa dulu keadaan dia.
"Salam adik. Kenapa ya?", sapa aku kepada dia.
"Maafkan saya. Saya rasa sedih sangat. Tengok burung ini. Dia tengah sakit.", jelas budak ini sambil mengelap air matanya.
Lalu dia menunjukkan kepada aku burung yang dimaksudkan itu. Ianya seekor burung pipit yang masih remaja. Burung itu sedang terbaring lemah dan kesakitan di atas tanah.
"Oh, kesiannya dia.", respon aku membuat muka sedih untuk bersimpati.
"Saya nak cuba tolong dia. Tapi saya tak tahu nak buat apa?", kata dia lagi.
"Yup, sayap kanan dan kaki kanan burung ini patahlah. Mungkin dia terjatuh daripada tempat tinggi agaknya?", jawab aku sambil memegang sayap burung itu.
"Abang, boleh kita buat apa-apa ke untuk tolong dia?", tanya budak itu pula.
"Yup, tentulah.", jawab aku dengan senyuman yakin.
"Adik nak tengok satu magik tak?", tanya aku pula.
"Mestilah nak abang. Saya suka magik.", jawab dia yang kini menjadi bersemangat.
"Yup, adik pegang dulu burung ini.", kataku sambil menyerahkan burung itu atas tapak tangan dia.
"Perhatikan baik-baik ya. (Bunyi petikkan jari aku).", dengan segera aku menggunakan satu sihir penyembuhan. Seluruh badan burung itu bersinar putih. Dan tak sampai beberapa detik pun, burung itu kembali sihat seperti sedia kala.
"Wow, sihir apakah itu abang?", tanya dia dengan pandangan takjub.
"Adik, burung itu. Dia cakap terima kasih dekat adik.", kata aku setelah melepaskan burung itu untuk terbang pergi.
"Betul kah? Sama-sama Burung. Hati-hati ya.", dia melambai ke arah burung tersebut dengan wajah yang riang.
Entah kenapalah, tatkala melihat budak ini. Aku tiba-tiba rindu dan teringat akan dua orang adik perempuan aku. Seorang penyanyi. Seorang lagi itu Timbalan Menteri Pertahanan. Diorang berdua itu dah lama berumah tangga. Mungkin anak-anak diorang itu pun semua dah besar panjang.
"Maafkan saya? Abang tetamu di rumah kami ke?", tanya dia.
"Yup, sejak semalam lagi. Adik boleh panggil saja Z.Selamat berkenalan.", jawab aku sambil menghulurkan tangan kananku untuk berjabat salam dengannya.
"Selamat berkenalan Abang Z. Saya Alisha Von Adelfeld. Anak perempuan Marqess Michaelangelo Von Adelfeld.", dengan hormatnya dia memperkenalkan diri. Betullah tekaan aku. Ini adik kecil Si Singa Leeya itu. Umur dia dalam 8 tahun. Warna rambut panjang orange-brownish dia sama dengan kakak dia itu.
"Lisha! Lisha!", bercakap tentang dia itu pula. Itu suara Leeya sedang memanggil adik dia dari kejauhan.
"Kak Leeya. Dekat sinilah!", sahut Lisha melambaikan tinggi tangannya.
"Lah, Lisha dekat sini rupanya? Oh, Lord Z......pun?", kata Leeya. Melihat aku saja dia langsung tersentak dan menundukkan pandangannya.
"Hello.", sapa aku kepada Leeya. Namun tiada respon daripada Leeya kerana hati dia masih lagi gentar apatah lagi untuk bertentang muka dengan aku akibat kejadian barusan tadi.
"Abang Z ini kawan kakak ke?", tanya Lisha pula.
"Abang?!", Leeya terkejut tak percaya dan riak wajahnya bertambah takut mendengar pertanyaan adiknya tersebut akan menambahkan lagi kemarahan aku kepada mereka.
"Kawan? Yup, lebih kuranglah.", jawab aku pula setelah menarik satu nafas.
"Minta, mohon maaf Lord Z. Kalau adik saya mengganggu milord.", kata Leeya sambil melutut dan menundukkan kepalanya di depan aku.
"Alah, tak ada hal lah. Betul kan Lisha?", kata aku pula sambil tersenyum.
"Betul itu Abang Z.", jawab Lisha sambil dia memberikan aku tepukkan high-five.
"Lisha? Mana boleh panggil Lord Z Abang. Ini Lord Archmagus.", tegur Leeya kepada adiknya itu dengan tegasnya.
"Alah, Lisha tak boleh ke?", kata Lisha sambil memandang aku dengan wajah sedih.
"Yup, tentulah Lisha boleh. Panggil saja Abang Z, ok.", jawab aku.
"Yay, terima kasih Abang Z.", kata Lisha dengan senyuman gembira.
"Marilah, mereka semua tengah menunggu kita untuk makan tengah hari.", ajak Leeya pula kepada kami.
"Jomlah Abang Z. Tak sabar nak makan ini.", kata Lisha penuh bersemangat.
"Yup, sama juga. Jomlah", jawab aku sambil mula menggerakkan kaki aku.
Lantas, lengan kanan aku disambar oleh singa itu pula.
"Lord Z?", kata Leeya yang cuba untuk berkomunikasi dengan aku.
"Diam.", balas aku tanpa memandang dia pun. Langsung menusuk hati dia seperti pisau belati yang sangat tajam. Aku tak mahu dengar apa-apa dari kau sekarang.
Namun dia tak mahu mengalah. Dia terus berpaut pada lengan aku sambil kami terus berjalan. Sebagai cara dia untuk merayu kepada aku. Namun aku buat tak endah saja.
"Alah, tak aci Kak Leeya. Lisha pun nak jalan pegang tangan dengan Abang Z juga.", rungut Lisha pula yang cemburu dan salah anggap melihat kami berdua berjalan seperti ini.
"Hei, tak bolehlah.", balas Leeya pula. Heh, apalah perempuan ini. Dengan adik sendiri pun nak ada rasa cemburu.
"Huh, yelah. Jom Lisha.", aku menghulurkan tangan kiri aku.
"Yay, terima kasih Abang Z.", dia dengan gembira menyambut tangan aku.
<Terima kasih sebab sudi memberikan VOTE dan meninggalkan jejak COMMENT anda dibawah.
Author nak teringin nak tahu apa pandangan para pembaca setakat ini?
Segala sokongan dan komen yang membina amat dihargai.>
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasia"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...