(3rd P.o.V)
Hutan Paya Mandrake.
Objektif operasi mereka untuk menghapuskan Manticore itu telah berhasil.
Namun, sesuatu yang diluar dugaan telah terjadi. Cyber, Freeman dan Rimyuel. Mereka bertiga telah terjebak ke dalam perangkap musuh. Sesuatu telah menyerang mereka bertiga. Seluruh pusat Dungeon itu telah disetkan untuk musnah diri.
Banyak letupan berantai yang sangat dasyat berlaku. Dengan tujuan meragut nyawa mereka bertiga di situ.
Impak gelombangnya dapat dirasai jauh sehingga ke Daerah Von Constantine.
"Lord Freeman?! Lord Rimyuel?!", Minerva, Athena dan Lorelei yang risau lagikan panik itu berkali-kali memanggil Lord Avatar mereka.
"Lord Z?", kata Leeya yang risau memandang Z.
"Cyber, Rimyuel, Freeman?!", Z cuba berkomunikasi secara telepati kepada mereka. Tapi tetap tiada apa-apa respon.
"Tuan Z. Satelit tak dapat apa-apa bacaan dari mereka bertiga. Sepertinya signal mereka bertiga tiba-tiba lenyap dari situ tanpa jejak.", lapor MARIA juga.
"Hei, apa maksudnya itu?!", soal Lorelei pula.
"Fuck!", Z melepaskan geramnya dan tak sengaja menumbuk skrin komputer MARIA di hadapannya itu hingga berlubang. Lantas membuatkan Lorelei dan yang lain terdiam.
"Lord Z?", Leeya semakin risau melihat Z yang makin serabut kepala. Z menarik nafas dan cuba menguatkan diri untuk kekal tenang.
"Milord, apa yang jadi?!", soal Marquess Gustiani pula.
"Aku, tak tahu?", jawab Z kepada soalan itu dengan suara yang perlahan.
"Hei, apa maksud milord tak tahu itu?!", soal Minerva dan Lorelei pula.
"Aku tak tahulah troglodyte! Maksudnya aku tak tahulah!", balas Z yang masih serabut itu dengan nada marah. Lantas mereka berdua terdiam sejenak.
"Milord, kami minta maaf milord.", ucap Leeya.
"Lord Z.", pujuk Leeya sambil memeluk Z untuk cuba menenangkannya.
Tidak lama kemudian.
Di sebuah kawasan hutan belantara yang dipenuh dengan pokok-pokok tinggi. Seluruh kawasan itu juga dilitupi oleh kabus tebal.
Di tengah-tengah hutan itu, kelihatan Freeman sedang mundar-mandir tanpa arah tuju sambil membawa pedang Nibelungnya.
Sut Nanotek Askar Super yang dipakainya juga penuh dengan kerosakkan kritikal.
"Aduhai, sut aku? Cyber mesti marah nanti?", katanya dengan rasa bersalah.
"Aku dekat mana sebenarnya ini?", monolog Freeman yang kebingungan itu.
Setiap batang pohon yang ada disekitarnya itu. Ianya sangat tak normal. Ianya seperti menyerupai bayang-bayang putih yang menakutkan.
"Apa kejadahnya?", Freeman semakin kehairanan melihat ke arah langit.
Langit di situ berwarna merah gelap. Mentari di langit itu juga bersinar unggu terang.
"Hello, hello! Z! Cyber! Rimyuel!? Ini Freeman. Hello!?", Freeman cuba menghubungi rakan-rakannya menggunakan sistem panggilan suara kumpulan Chimera Warrior yang ada pada sistem Avatarnya. Namun sunyi sepi tanpa respon.
"Ini Dragon di dalam keadaan sesat. Kalau ada sesiapa dengar? Aku tak tahu aku dekat mana sekarang ini?", Freeman sekali lagi mencuba untuk berhubung dengan rakan-rakannya.
"Oh tak ya juga?", Freeman mendapat idea.
"Minerva, Minerva? Ini aku Freeman.", kali ini Freeman mencuba menghubungi Lady Apostle dia dengan menggunakan talian telepati langsung Spiritual Bond diantara mereka.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasía"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...