(3rd Person P.o.V)
Lebih 2 jam kemudian.
Beberapa League di belakang barisan hadapan armada perang raksasa demonoid itu. Kelihatan sebuah kawah yang besar telah terbentuk. Dan juga terdapat sekawan besar Demon Djinn sedang sibuk mengangkat sebuah kapsul batu kristal hijau yang besar menghala ke tengah tapak kem mereka. Di dalam kapsul batu itu terdapat seorang manusia yang sedang tidur lena. Dia adalah seorang lelaki berbadan tegap sasa, dengan tinggi lebih dua meter, berambut perak dan tidak memakai apa-apa pun.
Di kem tersebut, kelihatan banyak raksasa sedang mengerumuni objek kapsul batu itu.
"Bos, apa benda ini?", tanya seekor Djinn kepada kaptennya.
"Entahlah. Yang penting objek ni aku nampak. Dan menjadi hak milik aku sekarang" kata kapten Djinn itu.
"Eh, suka hati mak bapak kau saja ya. Pasukan aku yang pepenat angkut objek batu ini ke mari tahu. Kiranya objek ini akulah yang punya.", kata kapten pasukan yang kedua pula. Semasa mereka semua sibuk berbalah sesama-sendiri untuk merebut hak bagi menyimpan objek batu tersebut. Tanpa mereka sedari, lelaki yang lena di dalam objek batu itu telah pun tersedar. Dia hanya diam sambil mendengar penjelasan terakhir dari Aiwass.
"Woi Aiwass, jangan membebel. Boleh tak ringkaskan saja situasi sekarang ini! Mula dengan dimanakah aku sekarang ini?", arah lelaki itu.
"Kau sekarang berada dekat bahagian utara Empayar Agung Mahawangsa. Nyawa kau sekarang berada di dalam bahaya. Mereka semua ini ialah Raksasa Demonoid yang sangat berbahaya. Musuh kau Lord Cyber. Jangan kau kasi muka langsung dan bunuh mereka semua.", kata Aiwass kepada lelaki itu.
"Heh, bunuh mereka semua? Bisa saja bosku.", jawab Cyber.
"Baiklah, goodluck dengan hidup baru kau Lord Cyber Gear. Ciao.", pesanan terakhir dari Aiwass sebelum panggilan diputuskan. Lalu kelihatan objek kapsul batu kristal hijau yang membungkusnya itu retak perlahan-lahan.
"Wei, wei tengok objek batu itu!", jerit seekor Djinn. Arus-arus tenaga elektrik yang kuat sedang memancar-mancar keluar daripada rekahan-rekahan kapsul batu itu.
"Apakah!?", kata semua Djinn yang kehairanan itu. Lalu, dengan satu tumbukkan dari Cyber itu langsung menghancurkan kapsul batu itu daripada dalam.
Akibatnya, terhasilnya satu ledakkan kuasa petir yang impaknya telah membuatkan semua benda yang berada di kawasan itu terpelanting jauh ke belakang.
Ianya segera menarik perhatian lebih ramai musuh.
"Waduh, waduh. Bikin keributan saja?", kata Cyber setelah bebas dari kapsulnya itu. Sedar saja Cyber telah pun dikepung oleh satu regimen Infantri Djinn.
"Woi, berhenti di situ!", arah kapten batalion Djinn yang sedang menunggang seekor raksasa serigala hitam kepada Cyber.
"Hei manusia, siapa kau huh!?", soal kapten tersebut kepada Cyber dengan suara yang lantang sambil mengacukan lembing magiknya ke arah Cyber.
"Aku? Aku Cyber Gear. Lord Berserker.", ucap Cyber.
"Lord Berserker?! Tak mungkin?! Semua orang, bunuh dia!", arah kapten Djinn itu.
"Raitei.", Cyber menggenggam buku limanya itu. Lantas satu ledakkan Energy Burst kuasa Petir yang kuat terhasil dari badan Cyber itu. Langsung menghajar sebahagian mereka sehingga terpelanting dan nyawa-nyawa ikan.
"Huh, bunuh aku? Korang bukan makanan aku.", perli Cyber sambil badannya sedang terapung di udara.
"Hexa-Cast, Lightning Lord Smite!", satu lagi sihir kuasa Petir dilancarkan dari tapak tangan Cyber. Enam halilintar langsung memantul-mantul menyambar setiap musuh yang disekelilingnya hingga mati meraung.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasi"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...