(3rd P.o.V)
Seluruh mata yang menyaksikan semua itu hanya mampu terkejut terkaku saja dengan mata yang terbeliak. Masing-masing masih mencerna apa yang terjadi sebenarnya.
"Ya ampun?!", kata Cyber.
"Lord Z?!", teriak Leeya yang mula panik ke atas langit.
Tanpa dapat disangka oleh sesiapa pun. Satu malapetaka yang baru telah menjelma di depan mata. Ibarat terlepas dari mulut buaya, tapi sekarang pula. Mulut naga yang menanti.
Mereka semua termasuklah kota pertahanan Fort Leo tersebut nyaris saja dilenyapkan dari atas pentas benua ini oleh serangan Freeman barusan tadi. Nasib baiklah serangannya itu tidak menuju tepat ke arah mereka.
"Ya Tuhanku, apakah....?!", ucap Duke Eisenhower dengan badannya yang menggigir penuh ketakutan tersebut. Dua biji matanya juga berdarah dan hampir saja meletup terbakar akibat menyaksikan betapa dasyatnya skala kemusnahan serangan Freeman itu.
"Tuan Duke?! Tuan Duke?! Cepat, bawa healer kesini!", teriak pegawai-pegawainya.
"Milord Rimyuel, serangan apa pula itu?!", soal Komander Alex tentang tindakkan Sang Naga Hitam Freeman tersebut naik minyak secara tiba-tiba.
"Aku tak tahu?", jawab Rimyuel.
"Artie, kau dah gila ke?!", marah Cyber pula.
"Lord Z, cakaplah sesuatu?!", teriak Leeya pula.
"Milord, apa yang jadi sebenarnya ini?", tanya Minerva pula kepada Cyber.
"Apa yang jadi kau tanya? Lord Dragon-Slayer kau itulah! Tiba-tiba dia menggila tak tentu pasal sampai serang Perci.", jawab Cyber kepada mereka sambil menundingkan jari telunjuknya ke atas langit tersebut.
"Tapi, kenapa?", tanya Athena pula.
"Tunggu, apa semua ini? Saya ingatkan Lord Dragon-Slayer itu kawan Lord Z, kan, kan?", tanya Lorelei pula sambil memegang shotgunnya.
"Itulah yang aku petak sekarang ini?", kata Cyber pula.
"Gila ini gila? Takkanlah dia pun dah jadi musuh kita semua?", kata Lorelei lagi.
"Hei, kau jangan nak menuduh! Dia bukannya musuh kita!", balas Minerva pula yang membela Lord Dragon-Slayer itu.
"Habis itu, kenapa dia tiba-tiba serang Lord Z?", balas Leeya pula kepada Minerva.
Di sisi lain pula. Beberapa minit yang lalu.
"Hei Lord Z, cakaplah sesuatu!? Lord Z?!", teriak Leeya secara telepati kepada Z. Sambil di atas ruang udara itu Z sedang sibuk berhadapan 1 lawan 1 dengan Freeman.
Sang Naga Hitam Freeman tidak putus-putus menyerang Z dengan semburan nafas api, Draconic Breath yang berkobar panas lagikan membakar itu.
"Octa-Cast, Pollux Anti-Fire Shield.", manakala Z terus melindungi dirinya dengan 8 buah perisai tenaga magik dari serangan-serangan Freeman.
"Hei Leeya, boleh diam tak sekejap? Janganlah panik.", balas Z kepada Leeya.
"Ya Tuhan. Hei, siapa saja yang tak panik?! Hampir hilang tahu tak nafas saya tadi?! Kalaulah jadi apa-apa?!", keluh Leeya dengan hati yang risau pula kepada Z.
"Heh, terkejutnya aku?", jawab Z sambil ketawa kecil.
"Lord Z kan? Saya seriuslah!?", balas Leeya lagi.
"Yelah, chillax ok? Aku tak boleh berborak panjang sekarang ini.", jawab Z. Sambil dia terus berlaga dan berjual-beli serangan dengan Freeman di atas langit itu.
"Lord Z awas?!", suara Leeya pula, tatkala dia melihat satu semburan Energy Burst tenaga api Aether yang sangat besar sedang mengalir laju ke arah Z.
"Oh fuck?!", kata Z. Sambil dia sempat bertindak untuk menyerang balas dengan 16 tembakkan laser Beam of Light nya. Pertembungan dua serangan mereka tersebut terhasillah banyak letupan tenaga magik.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...