(Z P.o.V)
Seluruh badan aku, luar dan dalam, sekarang ini terasa sangatlah sakit. Terasa seperti semua tulang di dalam badan aku ini patah renyuk ataupun hancur teruk. Nak bernafas pun, terasa sukar dan amat pedih. Apatah lagi nak bergerak. Tak ubah macam orang nazak.
Nak tahu apa rasanya. Bayangkan apa jadi kalau orang biasa kena langgar dengan satu kereta api berperisai yang bergerak laju gila. Bukan sekali dua. Tapi bebanyak kali.
Huh, kalau orang biasa yang kena macam aku ini, pasti sudah mati katak tanpa boleh dicam pun mayatnya 10 billion kali berturut-turut. Nasib baiklah aku ini bukan orang biasa. Ini masih jauh dari mencukupi untuk membunuh aku.
Healing Factor superhuman badan aku terus berkerja keras dengan kadar yang sangat laju. Membaik pulih setiap sel di dalam badan aku ini seperti sedia kala. Namun, ia kurang efektif dari biasa, disebabkan efek satu sumpahan tak guna yang aku kena barusan tadi.
Samar-samar. Aku mendengar suara seseorang sedang bertungkus lumus mengalihkan batu-batan yang sedang menimbus aku ini.
"Perci?! Perci?!", itu suara Cyber Gear. Dia segera membantu aku lalu membawa aku yang sekarat ini naik ke atas tembok untuk berkumpul dengan mereka semua.
"Oh Tuhanku. Lord Z?!", kata Athena. Samar-samar, aku mendengar suara mereka.
"Lord Z?! Lord Z?! Lord Z?!", kata Leeya pula dengan suara yang penuh risau.
"Sabar, dia masih bernyawa lagi....", jawab Cyber yang meletakkan aku di atas lantai.
"Oh Tuhan, Lord Z?!", kata Duke Eisenhower pula.
"Panggil Healer kesini, cepat!", arah Komander Alex pula.
"Fuck, dia tak bernafas.", kata Rimyuel dengan cemas.
"Cepat, baringkan dia. Leeya, Heal.", arah Rimyuel pula. Lalu Rimyuel dengan lantas memberikan aku bantuan CPR. Manakala, Leeya pula menggunakan Healing Spell nya.
"Oh Tuhanku, ianya tak berkesan?!", kata Leeya.
"Teruskan Heal.", arah Rimyuel pula sambil terus melakukan CPR.
"Healing Spell saya masih tak berkesan. Curse apa sebenarnya ini?", mengeluh Leeya yang berpeluh-peluh lagikan penuh kerisauan itu.
"Teruskan saja Heal.", arah Rimyuel.
"Ya Tuhan, tolonglah. Bagi aku peluang untuk tolong Lord Z............", kata hati kecil Leeya tersebut. Sambil dia terus bertungkus lumus mengerahkan keringat tenaga magiknya.
"Tolonglah?!", minta hati dia lagi. Sehingga bekalan Mana dia kering-kontang.
Tanpa disedari sesiapa, ataupun dirinya sendiri. Secara tak sengaja, Leeya tergunakan satu skill Meta-Codex nya yang baru diperolehinya tadi keatas aku.
"****** ********** ** *** ****** diaktifkan. Membersihkan efek Meta-Codex Sealed, Skill Sealed .........", perlahan-lahan, efeknya terus berkerja untuk menolong aku.
"Leeya?", tegur Lorelei tatkala melihat Leeya itu hampir saja pitam di sebelah aku.
Tak begitu lama kemudiannya. Aku segera tersedar. Sambil termuntah darah hitam. Nafas aku juga tercungap-cungap untuk beberapa saat. Dengan pakaian aku koyak-rabak.
"Slow-slow bro, slow-slow.....", kata Rimyuel kepada aku.
"Aduh........sakitnya......badan..", kata aku yang masih pening-pening dan mual ini.
"Lord Z, syukurlah, syukurlah....", kata Leeya sambil mengusap air matanya.
"Leeya....kau...kau ok tak?", kata aku pula sambil melihat wajah dia.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Фэнтези"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...