(3rd Person P.o.V)
Jauh di dalam Alam Semangat Andromeda.
Di tengah sebuah kawasan gurun pasir yang terbentang luas. Di atas kawasan gurun itu juga dipenuhi banyak menara obelisk dari logam ungu gelap yang tumbuh setinggi 100 meter.
Di tengah gurun padang pasir yang panas terik itu kelihatan Cyber dan Rimyuel sedang berkeliaran di dalam keadaan sesat tanpa arah. Sut Nanotek Askar Super mereka berdua juga penuh dengan kerosakkan. Namun, masih boleh digunakan oleh mereka.
"Lumi. Apa benda semua menara ini?", tanya Cyber yang sangat berminat itu. Sambil tapak tangan kanannya meraba-raba permukaan salah satu dari menara yang ada.
"Entah? Tapi setiap menara itu jelas ada bau-bau kuat.", kata Rimyuel.
"Huh? Bau apa?", tanya Cyber kehairanan sejenak.
"Demon.", jawab Rimyuel.
"Demon, kau pasti ke?", soal Cyber lagi. Rasa ingin tahunya semakin jelas.
"Sangat.", tegas Rimyuel untuk menggariskan kenyataannya tersebut.
"Menarik. Mineral ini.", kata Cyber. Dia bercadang menghancurkan salah satu menara obelisk itu dengan satu tumbukkan kuasa petirnya.
Bunyi dentuman guruh disusuli dengan satu letupan dan percikan-percikan arus elektrik perak. Penumbuknya itu lebih dari cukup merobohkan satu menara tersebut sehingga berkecai di atas tanah.
"Eh, kau buat apa itu?", tegur Rimyuel. Ketulan-ketulan kecil obelisk yang telah Cyber hancurkan tersebut bertaburan disekeliling mereka.
"Ambil sampel.", jawab Cyber sambil dia mengutip ketulan-ketulan menara yang telah dihancurkannya itu dengan muka selamba.
"Hmmm, kau ini kan?", keluh Rimyuel sambil menggelengkan kepalanya melihat apa yang sedang dilakukan oleh sahabatnya itu. Dia juga cukup pasti bahawa tindakan Cyber itu mengundang perhatian yang tidak diingini.
"Mineral ini? Serius aku tak pernah jumpa lagi setakat ini. Macam Tanzanit ke Berlian, tapi jauh lagi tumpat. Dan padat dengan Mana. Hmmmm, ada idea apa benda ini?", Cyber terus menelaah sebiji batu sampel yang dia kutip menggunakan alat yang berbentuk seperti termos.
"Hei pandai, ini bukan masanya untuk buat eksperimen.", ucap Rimyuel dengan tegas. Melihat air muka Rimyuel itu, Cyber hanya akur dan menyimpan alatannya kembali di dalam inventory box nya.
"Fuck! Aku masih tak dapat hubungi Lore. Kau pula?", keluh Rimyuel.
"Sama juga. Perci, Artie, MARIA. Masih negatif.", jawab Cyber sambil menatap ke arah langit yang panas terik tersebut.
"Aku rasa ada orang halang signal kita.", kata Cyber lagi.
"Itulah itu? Direct Link aku dengan Lore pun kena block.", balas Rimyuel.
"Lumi, jom bla dari sini.", ajak Cyber. Namun sayangnya, mereka sedikit terlewat.
"Hei Cyber?", bisik Rimyuel.
"Ya.", balas Cyber. Mereka berdua sudah perasan akan sesuatu yang tak kena sejak dari tadi. Deria keenam mereka dapat rasakan. Kehadiran sesuatu.
"Bagus. Memang apa yang kita minta?", kata Rimyuel sambil bersedia dengan senjata Gungnir ditangannya.
"Demon ke?", tanya Cyber sebelum mengeluarkan dua bilah Wrist Blade nya.
"Skill, Kreissage. Skill, Change Incendiary Ammo.", kata Rimyuel juga yang segera mengubah bentuk Gungnir kepada selaras Light Machine Gun.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...