(Z's P.o.V)
"Sekejap lagilah, boleh tak abang?", minta Leeya pula. Jelas rasa tak puas hati di dalam hati dia sekarang ini. Dia masih nak teruskan berdebat akan keputusan aku dan Rimyuel untuk tinggal di tempat lain.
"Sekarang juga.", tegas Johnny kepada adik sepupunya itu.
"Rimyuel?", aku memberikan lampu hijau kepada Rimyuel.
"Eh korang? Boleh tak kita tangguh dulu semua ini? Tak baik buat utusan itu tertunggu-tunggu?", minta Rimyuel kepada Leeya dan Lorelei.
"Boleh lah ya, tolong?", aku cuba memujuk hati Leeya.
"Kalau milord dah kata macam itu.", Leeya akur dengan pemintaan kami.
"Tapi izinkan kami ikut serta sekali?", minta Lorelei pula kepada aku dan Rimyuel.
"Yup, suka hati koranglah.", aku dan Rimyuel memberikan lampu hijau kepada dia dan juga Leeya.
Aku tak kisah pun sebab apa utusan itu nak jumpa dengan aku. Asalkan aku boleh skip daripada terus berdebat pasal topik ini, dengan singa ini baguslah.
"Lord Rimyuel, Lord Z. Kami minta diri dulu.", tunduk hormat Countess Cherami dan juga ibu Lorelei, Marquise Flora di hadapan kami. Sebelum mereka berdua bergerak keluar meninggalkan dewan ini bersama Stefan dan juga pelayan-pelayan yang ada.
"Nak, persilakan utusan itu masuk.", arah Marquess Frank.
"Baiklah.", Johnny segera menjalankan perintah ayahnya. Tidak lama kemudian.
"Kapten Haas?", kata Leeya.
"Selamat petang semua. Lord Rimyuel, Lord Parzivalz, senang dapat berjumpa sekali lagi dengan milord.", ucap Kapten Haas. Rupanya, dialah utusan dari Von Griffin itu.
"Lah, Kapten Haas ke utusan itu?", respon Lorelei juga.
"Yup, selamat petang Kapten Haas. Dan terima kasih sekali lagi sebab tolong kami.", kata aku sambil berjabat salam dengannya.
"Sama juga. Aku difahamkan yang kau mahu berjumpa dengan aku?", kata Rimyuel setelah berjabat tangan itu.
"Betul itu Kapten Haas. Hal mustahak apa sebenarnya?", tanya Leeya pula.
"Betul. Izinkan saya untuk terus ke intinya?", kata Kapten Haas sambil menyerahkan kepada Rimyuel segulung warkah.
"Itu daripada Tuan Duke Eisenhower. Kami ingin memohon pertolongan dari milord berdua.", jawabnya dengan wajah yang tenang tetapi serius. Sambil Rimyuel pantas meneliti isi kandungan warkah itu.
"Bantuan kami. Untuk?", tanya aku.
Sama seperti aku. Rimyuel telah diberikan permahaman mencukupi tentang linguistik dan tulisan masyarakat di dunia ini oleh Aiwass.
"Kami memohon bantuan untuk mempertahankan wilayah kami dari serangan besar-besaran bala tentera raksasa daripada utara.......", kata Rimyuel sambil membacakan isi warkah itu untuk kami dengari.
"Huh?", aku ternganga seketika. Shit, kayu balak baru dah datang dah!
"Bala tentera raksasa daripada utara!?", Lorelei, Leeya dan juga tiga orang ayah mereka yang sedang minum itu tersedak.
"Oh Tuhanku?", kata Leeya.
"Mereka itu lagi?!", kata Marquess Mike pula.
Maka Jason pun membentangkan sehelai lakaran sebesar saiz kertas A0 di atas meja. Ianya Peta Benua Gaia ini. Dan sesi taklimat pun dimulakan.
Sebaik saja aku dan Rimyuel melihat lakaran itu. Kami terus tersedar sesuatu.
"Asia?!", kata aku dan Rimyuel serentak.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasía"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...