4) The Magician In White, Part 2

26 4 15
                                    

(Z's P.o.V)

Aku mengerling tajam setiap daripada mereka sambil setenang mungkin menyusun langkah aku seterusnya untuk cabut lari daripada sini. Aku boleh uruskan perkara ini.

"Hei, dengar ini. Pergi dari sini korang semua, jangan ganggu aku. Dan aku janji, tak ada sesiapa pun yang akan terluka!", walaupun aku tahu ianya dungu, tapi aku telah mencuba memberikan mereka amaran awal.

Namun, balasan yang aku terima adalah bunyi-bunyi desiran dari labah-labah ini. Mungkin lelabah ini sedang seronok mentertawakan aku dengan cara mereka yang tersendiri. Ini diikuti pula dengan satu alunan suara jahat yang dibawa oleh angin bergema di seluruh hutan memberikan respons kepada amaran awal aku tadi.

"Hahahahaha. Jangan ganggu kau!? Kau adalah mangsa kami Elf. Mengapa pula kami harus melepaskan mangsa yang sangat sedap dari taring kami hah? Kami lapar, sangat-sangat lapar!!!", suara itu berkata kepada aku. Huh sudah, nampak sangat yang mereka ini memang tak boleh dibawa berbincang langsung.

"Anak-anak, tangkap Elf itu!", suara itu mengarahkan semua Ghoul Spiderling yang ada untuk maju dan mula menyerang aku. Setiap daripada mereka pantas meludahkan bebola berbisa dan benang-benang sutera melekit dari rahang mereka ke arah aku.

"Ah sudah?", dengan pantas dan tangkas juga aku membuka langkah bagi mengelak serangan-serangan mereka tersebut. Mengelak, ini adalah semudah satu permaianan kanak-kanak sahaja.

Aku sebagai seorang penyihir dan kini sebagai seorang Archmagus. Aku telah dilatih dengan keras menjadi efisien dari segi minda dan badan supaya tangkas, tajam dan cepat di dalam segala aspek pertempuran. Oleh atuk dan nenek aku sejak aku kecil lagi.

"Heh, korang semua yang mintakan? Nah, makan ini.", kata aku dengan sinis. Tanpa membuang masa lagi, aku dengan senang hatinya melancarkan serangan balas aku dengan menembakkan bertubi-tubi laser tenaga cahaya putih terhadap lelabah itu.

Serangan ini adalah Holy Blaster, iatu Range Basic Attack, serangan asas istimewa bagi Archmagus sendiri. Senang katalah, aku boleh tembak laser dari telapak tangan aku ini, seperti watak fiksyen Iron Man.

Dalam masa yang singkat, berpuluh-puluh ekor Spiderling telah diragut nyawanya dan berkecai bertaburan di atas tanah oleh serangan laser putih aku.

Mengalir seperti sungai yang tenang, tetapi menyerang seperti angin yang deras, aku terus melangkah maju kehadapan. Sambil tapak tangan kanan dan kiri aku tidak henti-henti menembak setiap labah-labah yang berani mendekati aku. Serta pada masa yang sama juga, tubuh aku mengelak serangan mereka yang datang dari berbagai arah.

Aku hanya mengikuti firasat hati saja. Sedar ataupun tak, mungkin aku sudah masuk agak jauh ke dalam wilayah mereka.

Kini, bukan hanya Ghoul Spiderling, tetapi juga ada Ghoul Spider, makhluk tarantula hitam sebesar sebuah kereta Volkswagen Beetle datang menyerang aku dengan jumlah yang banyak. Pertarungan kini menjadi sedikit mencabar. Sambil tulang empat kerat aku bertarung, otak aku juga terus menghitung angka korban yang aku perolehi.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.Where stories live. Discover now