(Luna P.o.V)
2 Ogos 1557. Rumah Agam Von Constantine.
Lima hari telah berlalu. Dan kini Profesor Justin telah datang kembali ke rumah kami bersama hasil rujukkannya. Aku sangat-sangatlah berharap bahawa beliau membawa khabar baik tentang penawar ataupun cara supaya kami dapat merawat sumpahan yang dideritai oleh Lord Avatar aku tersebut. Bercakap tentang Lord Avatar aku itu pula. Keadaan tubuhnya dari hari ke hari semakin teruk. Sumpahan misteri itu semakin membesar dan merebak ke seluruh badannya. Dan setakat ini, semua kaedah rawatan dan pemulihan yang ada telah kami guna. Namun masih tetap tidak mujarab bagi melawan kuasa sumpahan misteri yang sehebat ini.
Namun, aku masih tak hilang harapan. Jawapan yang aku cara mesti ada dan sedang tersembunyi di mana-mana. Selama beberapa hari ini aku habiskan dengan mengulang-kaji setiap kitab sihir yang ada di dalam koleksi simpanan keluarga kami. Sambil ditemani oleh dua orang pembantu wanita. Tifah dan juga Fiza.
"Milady Luna. Tolonglah, rehat sebentar untuk makan sedikit.", pujuk orang gaji aku, Tifah kepada aku.
"Betul itu, makanlah sebentar milady?", pujuk Fiza juga.
"Maaf Tifah, Fiza, saya perlu fokus sekarang ini. Selepas ini sajalah.", aku menolok pelawaan mereka itu. Aku menghargai keprihatinan mereka itu kepada aku. Namun hati aku tak akan mampu tenang selagi aku tidak menemui jawapan yang aku mahukan. Aku tak boleh duduk diam tanpa melakukan apa-apa langsung.
"Muka surat 63. Asas untuk memecahkan sumpahan. Pertama, perlulah diselidik apa sebenarnya penyebab sesuatu sumpahan itu. Sebab perlu diketahui, setiap jenis magik, seperti sumpahan mesti mempunyai sumber kuasanya yang tertentu. Adakah ianya berasal daripada objek yang disumpah. Ataupun sihir hasil buatan orang.", aku terus fokus membaca kitab berjudul Canon Study of Black Magic hasil karya seorang Ilmuwan tersohor Mahawangsa. Sambil beberapa puluh lagi judul buku berada di atas meja berhampiran aku.
"Basilisk. Sejenis raksasa kelas Epic yang sangat berbahaya dan jarang dijumpai. Ianya berupa seekor biawak gergasi dengan kulit sisik sekeras batu. Ianya raksasa penyendiri dan biasanya hidup jauh di dalam kawasan hutan berpaya ataupun di dalam gua-gua lembab. Serangan kabus wasap yang disemburkan oleh rahangnya boleh menyumpah apa saja yang bernasib malang menjadi batu perlahan-lahan. Berjaga-jagalah, Basilisk juga mempunyai kebolehan untuk menjadi halimunan.", aku terus membaca. Sebelum ada seseorang membuka pintu bilik bacaan ini.
"Ya ampun Tuhanku. Bersepahnya bilik ini. Kamu berdua, cepat kemas bilik ini.", arah ibu aku setelah masuk kedalam kepada Tifah dan Fiza.
"Baik Puan Marquise.", jawab mereka berdua yang akur.
"Ibu, Luna masih tak jumpa apa-apa lagi...... Macam mana ini ibu?", aku melepaskan rasa kecewaku sambil memeluk ibu.
"Takpe sayang, jangan putus asa. Sekarang ini, kamu pergi bersiap. Ayah kamu dan Prof. Justin tengah menunggu di ruang tamu.", kata ibu untuk menceriakan aku.
"Prof. Justin sudah sampai? Syukurlah.", aku menjadi bersemangat mendengar kata ibu itu. Tak sabar hati aku rasanya untuk mendengar berita gembira yang dibawa beliau.
"Kita doakan yang terbaik saja sayang.", kata ibu dengan satu senyuman.
Namun, harapan aku yang setinggi langit ini lantas jatuh berkecai menyembah tanah. Tatkala mendengar hasil yang dibentangkan oleh beliau. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa kecewanya hati kecil aku ini. Hanya Tuhan saja yang tahu berapa lama lagi Lord Avatar aku itu dapat bertahan hidup.
"Berita sangat buruk. Apa maksud Tuan Justin itu?", tanya ayah dengan tegas. Lalu Prof. Justin mula membuka tiga buah salinan kitab kuno yang dibawa bersamanya itu. Beliau pun langsung memulakan penjelasannya.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...