41) Reunion Can Wait.

4 0 0
                                    

(3rd Person P.o.V)

Kelihatan situasi medan perang sekarang beransur-ansur reda. Tiada kelibat musuh kelihatan. Sebahagian besar daripada mereka telah mati. Manakala, setelah apa yang mereka semua saksikan tadi. Saki-baki kecil mereka yang terselamat hanya mampu untuk berputus asa dan telah pun melarikan diri mereka sejauh mungkin daripada tempat ini.

"Musuh sudah tak ada lagi! Kita menang!", teriak Baron Zizek dengan penuh tangisan kegembiraan.

"Ya Tuhan, kita menang, kita menang! Daulat Mahawangsa, Daulat Mahawangsa!", gegak-gempita mereka bersorak meraikan kemenangan sepanjang tembok Fort Leo itu.

"Semua orang. Syukurlah kepada Tuhan Yang Esa. Kita menang!", sorak mereka yang berada di dalam Citadel kota juga. Ada juga yang menitiskan air mata kesyukuran.

"Daulat Mahawangsa!", teriak Komander Alex dan pasukannya. Sambil anak-anak buahnya mengibarkan panji-panji Empayar Mahawangsa.

"Kita menang!", kata Athena.

"Kita menang, cayalah, cayalah.", kata Lorelei pula.

"Syukurlah, perang ini dah tamat.", kata Leeya yang lega.

"Tulah itu. Siapa saja yang sangka kita menang awal.", kata Rimyuel pula yang baru saja sampai bagi menyertai kumpulan mereka.

"Lord Rimyuel.", sapa Leeya, Lorelei, Minerva, Johnny, Jason dan Athena.

"Kita menang berkat jasa milord. Terima kasih Lord Rimyuel.", ucap Athena.

"Hmm, sumbangan aku biasa saja. Z itu MVP sekarang ini.", kata Rimyuel pula.

"Syukur kepada Tuhan kita menang Tuan Duke Eisenhower. Daulat Mahawangsa.", kata Count Oliver pula kepada Duke Eisenhower.

"Daulat Mahawangsa. Lepas ini sejarah kita akan kata Duke Eisenhower lah Panglima Perang terhebat pada zaman ini.", puji para pegawai Duke Eisenhower.

"Daulat Mahawangsa!", sorak mereka tujuh kali.

"Daulat Mahawangsa. Kemenangan kita kali ini mustahil tanpa usaha kalian semua. Dan berkat kuasa dia itu.", kata Duke Eisenhower.

"Betul itu tuan. Kita bernasib baik ada naungan Lord Parzivalz.", kata Baron Zizek.

"Kita terhutang budi yang sangat besar kepada dia.", kata Duke Eisenhower.

"Tak aku sangka dapat melihat hari ini. Kita telah mencipta sejarah emas.", kata Duke Eisenhower lagi.

Kelihatan Cyber dan Z sedang terbang sambil mereka membawa seekor naga hitam, iaitu Freeman yang tidak sedarkan diri menggunakan sejenis sfera magik lutsinar.

Mereka sedang di dalam perjalanan membawa Freeman itu balik menuju ke tembok Fort Leo. Sambil Rimyuel dan juga mereka yang lain menanti saja ketibaan Cyber, Z dan juga Freeman dari atas tembok kota.

Setiba di atas tembok itu, mereka lantas dikerumuni oleh semua orang.

"Adakah naga hitam itu benar-benar Lord Dragon-Slayer?!", soal mereka kehairanan. Mana tidaknya, melihat Cyber dan Z membawa balik seekor naga hitam sebesar 2 buah bas.

"Tolong. Bagi ruang sikit. Kargo besar ini.", arah Cyber kepada mereka semua.

"Lord Z?", tanya Leeya kepada Z dan Cyber.

"Apa yang terjadi sebenarnya dekat sana tadi Lord Z?", tanya Lorelei kepada Z.

"Huh, macam mana ya nak cakap.", jawab Z pula.

"Lord Dragon-Slayer. Hei, apa yang terjadi dengan Lord Dragon-Slayer?!", bertanya Minerva pula dengan penuh kerisauan melihat Lord Avatarnya yang tidak sedarkan diri itu.

Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.Where stories live. Discover now