(Chalice's P.o.V)
Satu ketika dahulu, kerajaan Siberia ini merupakan satu kerajaan bangsa Djinn yang makmur. Kami hidup aman damai dan kami bebas bercucuk tanam di atas dataran tanah yang subur di benua ini. Dan, wilayah Gangga itu adalah pusat kerajaan kami. Walaupun Siberia tidak sehebat kerajaan lain. Namun kami bersyukur seadanya.
Malangnya, sejarah kami berubah 3 abad yang lalu. Itu ialah zaman perang yang getir. Pada masa inilah, satu kerajaan manusia yang menggelarkan diri mereka, Mahawangsa mula meluaskan kekuasaan dan wilayah mereka di atas benua ini. Dengan cara pertumpahan darah dan penaklukan di seluruh penjuru mereka. Mereka ini satu bangsa yang tamak, tak ada sifat toleransi dengan kaum yang bukan manusia. Mahawangsa, mereka tak ubah seperti wabak Demon. Mereka menganggap diri mereka kaum yang terpilih dan menginjak-injak bangsa lain. Dan mangsa pertama pembantaian mereka itu ialah Siberia.
Semua raksasa ibarat kotoran yang harus mereka basmi. Tiada tolak ansur. Semua yang bukan manusia adalah musuh mereka. Tanpa ampun, mereka datang menjajah tanah kami. Mereka memusnahkan seluruh pusat kerajaan kami. Mahawangsa merampas hak kami dan mengusir bangsa kami jauh di atas benua ini. Di atas dataran yang sejuk beku. Apa dosa bangsa kami sampai mendapat hukuman sebegini? Adakah disebabkan kami ini berbeza?
Belum cukup dengan itu. Mereka merampas sesuatu yang paling bernilai dari aku.
5 tahun lalu. Sungai Chi Tu. Perbatasan Mahawangsa-Siberia.
"Sialan, sialan! Mereka musnahkan semua bekalan itu!?", marah ayahanda aku.
"Benar tuanku. Mereka menghujani kami dengan serangan sihir artileri. Semua orang kita telah mati malam tadi.", jawab Laksmana Perang Cedric.
"Ampun tuanku. Kita patut berundur segera?", cadang aku kepada ayahanda.
Waktu ini kami memimpin seramai 120 ribu askar telah melancarkan serbuan di sekitar wilayah sempadan ini demi mengumpul sebanyak mungkin bekalan makanan untuk dibawa pulang. Malangnya kami telah masuk ke dalam perangkap musuh. Apa yang tinggal hanyalah kami yang berjumlah kurang dari 5 ribu di tepi sungai yang besar ini.
"Tuanku, tuanku!", seorang askar tergesa-gesa menghadap ayahanda.
"Ampun tuanku. Bala tentera Mahawangsa. Mereka semua sudah ada disini, tuanku.", lapor askar peninjau itu.
"Huh, berapa banyak?!", tanya aku.
"Terlalu banyak tuanku. Mereka sedang mengepung kita.", jawabnya.
"Sialan, cepatnya!", marah ayahanda.
"Tuanku, kita perlu berundur segera.", desak aku.
"Berundur? Kita semua? Macam mana?! Kita semua tak ubah macam tikus yang telah terperangkap tahu tak?!", kata ayahanda kepada aku.
"Tak ada jalan keluar untuk kita semua. Menunggu masa saja untuk kita diledakkan dengan serangan magik artileri mereka itu tuanku.", jawab Laksamana Cedric pula.
"Tuanku?!", desak aku. Sambil situasi di luar itu mula pecah dengan letupan di sana-sini. Di depan kami musuh yang ramai dan di belakang kami sebatang sungai besar.
Mereka takkan membiarkan kami semua senang-senang menyeberangi sungai ini.
"Tembak! Tembak! Jangan bagi mereka lari! Tembak!", laung ketua pasukan musuh, Duke Eisenhower. Mereka terus menghujani kami dengan semua serangan magik yang ada.
"Lepaskan beta. Beta masih boleh bertarung.", desak ayahanda kepada kami.
"Tuanku, tolong bertenang.", minta aku. Kaki ayahanda aku telah cedera parah akibat terkena serangan musuh. Dan ayahanda tidak mampu untuk berdiri pun.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasía"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...