(Z's P.o.V)
40 minit kemudian.
Di dalam bilik persalinan. Aku sedang membuat persiapan terakhir pada diriku sendiri.
"Macam mana rupa aku, ok tak?", tanya aku meminta Stefan bagi memberikan pendapatnya terhadap penampilanku. Sambil aku melihat ke arah sebuah cermin yang besar. Sambil juga aku menyemburkan sedikit minyak wangi pada diri aku.
"Milord nampak sangat mempesonakanlah. Pasti, hati setiap gadis, khususnya lady kami akan berdebar-debar hanya dari satu tatapan pada diri milord.", kata Stefan memuji aku.
"Hahaha, kau fikir begitu.", aku tersenyum sambil membutang lengan baju aku. Dia betul, hanya ada seorang gadis saja sekarang yang ingin aku pikat perhatian dia pada malam ini. Baguslah, jasad Light Elf baru aku ini boleh tahan juga. Aku rasa aku dan Rimyuel, kami telah pun dihidupkan kembali menjadi pemuda berumur 20-an.
Disebabkan status aku semasa hidup sebelum ini, aku sudah terbiasa dengan gaya hidup golongan atasan seperti ini. Lagipun, aku adalah Putera Mahkota, Pewaris kepada The Last Witch of The Century, iaitu nenek aku sendiri yang merupakan Ratu Pemerintah bagi sebuah Masyarakat Penyihir yang sangat rahsia yang juga menguasai lebih 60% ekonomi global selama berabad-abad lamanya. Hanya sebilangan kecil sahaja yang tahu identiti aku yang sebenar.
"Yup, aku sudah selesai.", kataku selepas selesai membutangkan baju aku. Aku telah pun bersedia untuk menghadiri majlis makan malam pertama aku bersama Lady Apostle aku dan ahli keluarganya. Wuish, gementar lah pula rasanya.
"Kejap. Rimyuel mana?", aku bertanya kepadanya.
"Lord Rimyuel sudah menyertai Lady Lorelei dan mereka semua di Hall of Mirror.", jawab Baron Stefan kepada aku.
"Silakan Lord Z.", arah Stefan kepada aku setelah membuka pintu. Berbeza jauh dengan aku yang papa kedana tadi. Kini aku segak memakai sut kasual penuh berwarna putih dari atas sampailah kebawah ini.
Kami menyusuri lorong yang dihias sangat mewah. Sehinggalah kami tiba di hadapan pintu masuk untuk Hall of Mirror. Terdapat dua orang pelayan lelaki yang menjaga pintu dewan tersebut.
"Lord Z, Lord Z.", aku terdengar seseorang memanggil nama aku. Melihat kehadiran individu tersebut terus membuatkan hati aku sangat nyaman.
Oh aku lihat, singa itu, ehem, maksud aku Leeya juga baru sahaja tiba di sini bersama dua orang gaji wanita. Dia kelihatan sangat cantik berbanding sebelum ini sambil memakai evening gown berwarna peach pink yang begitu elegan. Dengan rantai leher dan dekorasi pin rambut berbentuk bunga ros merah jambu. Rambut panjang jingga keperangan nya juga kini dipintal sangat rapi dengan fesyen half-crown.
Bau lavender dan kasturi. Dia juga memilih haruman yang sama sepertiku.
"Yup Leeya. Kebetulan kan.", kata aku kepadanya. Kami berdua tiba di depan pintu ini pada masa yang hampir sama. Sebenarnya aku pun tak tahu nak cakap apa ini. Mulut aku rasa berat semacam untuk bersuara.
"Kalau begitu, milady, milord, izinkan kami pergi dulu.", kata dua orang gaji wanita Leeya dan Stefan sambil tunduk kepada kami sebelum mereka mengundurkan diri.
"Leeya, Leeya? Ada apa-apa tak kena ke dengan aku?", aku cuba menyedarkan dia sambil dia terus-menerus menatap saja diriku selama 3 minit. Huh tak apalah, mungkin dia ini mahu menarik perhatian aku ataupun mahukan pujian dari aku.
"Wah Lord Z? Lord Z kelihatan sangat menakjubkanlah sekarang ini.", dia memuji aku. Oh ok, aku faham, sudah jelas dah simptom-simptom satu penyakit itu sedang mendidih panas dalam dadanya sekarang. Aku kenal sangat penyakit itu.
"Aku, meh. Kalau nak dibandingkan aku dengan kau Leeya. Leeya, kau nampak 10 Bilion kali menakjubkan sekarang.", balasku kepadanya. Benar-benar membuat suhu dia semakin naik. Nampaknya dia sangat gembira dan teruja sekarang. Huh oklah, apa-apa pun, melihat wajah ayu dia saja. Aku tak sampai hati pula untuk merosakkan detik bahagia dia sekarang. Jadi, aku hanya ikut bermain saja. Lagipun, ini juga bukan kali pertama bagi aku.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Фэнтези"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...