(Z's P.o.V)
Kami semua sedang menunggu Athena. Dia masih lagi berada di sebuah gudang senjata berhampiran bagi membuat persiapan terakhirnya untuk bertarung menentang Leeya.
Sambil itu pula, aku bersama Duke Eisenhower dan Komander Alex sedang berbincang tentang persediaan perang kami yang terkini.
"Ampun milord. Macam mana dengan tablet kuno di dalam Menara Kawalan itu? Bila kita boleh manfaatkan kuasa saktinya?", tanya Duke Eisenhower.
"Tentang itu, Tuan Duke tak perlu pening kepala. Aku dah bagi tablet itu makan sampai kenyang. Sihirnya dah sedia untuk digunakan dengan kuasa penuh.", jawab aku.
"Betul ayah. Dengan adanya Lord Parzivalz disini. Sumber tenaga magik di Fort Leo bukannya masalah besar lagi. Pertahanan kita takkan kalah.", jelas Komander Alex pula.
"Terima kasih milord. Kami selamanya terhutang budi yang besar kepada milord.", kata Duke Eisenhower sambil menundukkan kepalanya.
"Korang tak berhutang dekat aku apa-apa pun. Tapi aku nak minta dua hal ini?", balas aku dengan soalan.
"Hal apa itu milord?", tanya Komander Alex.
"Jika ianya dibawah kuasa saya. Akan saya tunaikan milord.", jawab Duke Eisenhower pula dengan yakin.
"Cucu-cucu Tuan Duke, Athena dengan Minerva. Aku nak diorang masuk pasukan aku. Boleh?", minta aku.
"Minta maaf Lord Z, tapi kenapa? Saya dengan.....", jawab Minerva cuba membantah usul aku. Namun dihentikan oleh atuknya.
"Minerva? Kamu jangan menyampuk.", ucap Duke Eisenhower dengan tegas.
"Maaf atuk, Lord Z.", akur Minerva.
"Kami tak keberatan milord. Betul tak ayah?", respon Komander Alex.
"Benar milord. Saya tak boleh fikir tempat yang lebih selamat lagi selain berada dekat dengan Lord Archmagus.", jawab Duke Eisenhower.
"Tapi Lord Z? Perlu ke kita sepasukan dengan Nenek Kebayan ini?", soal Lorelei pula sambil bersilang tangan.
"Lorelei?", tegur Leeya.
"Hei, siapa nak satu pasukan dengan Witch cabuk macam kau hah?", balas Minerva.
"Minerva Von Griffin!?", tegas Duke Eisenhower dengan garangnya.
Minerva langsung terdiam dan menjadi kecut perut setelah mendengar ngauman dari atuknya tersebut. Komander Alex juga tak berani untuk bersuara.
"Ini perintah atuk untuk kamu dengan Athena.", tegas Duke Eisenhower lagi.
"Baik atuk, saya faham.", akur Minerva sambil menundukkan kepalanya.
"Boleh lah ya Lady Lorelei. Dia kawan Apostle korang. Keselamatan dia sama penting juga dengan kau dan Leeya.", jelas aku untuk menyakinkan Lorelei.
"Tolonglah Lorelei, tolong?", pujuk Leeya juga.
"Hphm, kalau Lord Z sendiri cakap macam itu. Apa boleh buat.", jawab Lorelei dengan rasa terpaksanya tersebut sambil terus bersilang tangan.
"Yup, terima kasih Lady Lorelei.", balas aku dengan senyuman mesra.
"Lady Minerva, selamat datang. Mohon kerjasama kau.", ucapku sambil menghulurkan tangan kananku untuk berjabat salam dengan senyuman. Dengan cara ini, aku harap yang aku boleh mengekalkan jaminan janjiku kepada Freeman.
"Yay, ingat tak masa kita kecil dulu. Kita kan dah janji untuk bertarung sama-sama. Ianya impian jadi kenyataan.", kata Leeya pula dengan perasaan gembira menerima kehadiran Minerva itu. Lorelei hanya tersengih mendengar ucapan Leeya itu.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...