47) Unity.

3 1 0
                                    

(3rd Person P.o.V)

Apa yang disangkakan telah tamat. Namun...........

"Boys?!", kata Freeman dengan wajah kehairanan.

Musuh mereka yang disangka telah dibunuh Freeman itu kini sedang bangkit semula perlahan-lahan dari kematiannya. Perlahan-lahan jasadnya tumbuh semula.

"Apakah?!", kata mereka semua dengan cuak melihat perkara itu.

"Seriuslah, masih belum habis lagi?", kata Rimyuel.

"Mustahil? Dia hidup kembali?!", Duke Eisenhower terkejut.

"Masa untuk kalian semua mati!!!!!", teriak suara Chalice. Namun, jelas sesuatu yang lain dengan badan Chalice kali ini. Detak jantungnya telah mengaktifkan sesuatu di dalam diri Chalice itu. Kad terakhir dia.

Lumpur-lumpur semerah darah mula meletus keluar dari badannya. Dari lumpur itu cacing-cacing darah hitam menetas keluar.

Satu rahang raksasa Demon juga terbentuk di bahagian tengah abdomen Chalice itu.

"Bagus tuanku Chalice. Bagus. Gunakan kuasa Harbinger tuanku itu.", kata satu suara di dalam benak kepala Chalice. Kapak Bloodaxe miliknya juga sudah ditelan ke dalam badan dia dan kini bersatu dengan Chalice.

Radiasi tenaga Gelap yang sangat hebat terpancar keluar daripada setiap sel yang ada pada badan Chalice. Suhu badan Chalice tak ubah seperti reaktor nuklear yang sedang panas lagikan tak stabil.

"Hei, apa yang jadi itu?!", soal Minerva. Walaupun berada jauh dari kawasan Gangga itu. Namun mereka semua yang sedang menyaksikan dari atas tembok Fort Leo itu jelas dapat merasakan kekuatan aura tenaga Gelap ini.

"Skill itu?! Soul Bomb ke?", jawab Z.

"Lord Z?!", kata Leeya pula.

"Bajingan. Dia mahu meledak?!", kata Cyber pula.

"What the fuck?! Seriuslah?!", kata Rimyuel juga.

"Shit!", kata Freeman segera menjatuhkan tali pinggang Aegis dan bersedia dengan pedang Nibelung di tangannya.

"Cepat halang dia Lord Dragon-Slayer!", teriak Minerva. Maka Freeman pun bersedia untuk melepaskan serangannya.

"Oh pedang. Biarkan dirimu kenyang.....", Freeman segera membangunkan lagi kuasa Fafnir yang tidur di dalam bilah pedangnya itu sekali lagi.

"Freeman! Jangan!", jerit Z untuk menghalang. Namun tak diendahkan oleh Freeman.

"Nibelung!", lantas Freeman memecut sebelum menusuk kuat bilah pedang Nibelung nya tepat menembusi dada Chalice.

Namun malangnya, kali ini lain pula yang jadi.

"The fuck?!", Freeman dan juga Rimyuel terkaku. Bilah pedang Nibelung tersekat di dada Chalice itu. Serangan tusukkan Nibelung yang sepatutnya memberikan Damage yang cukup fatal malah sebaliknya sedang diserap dan dilahap oleh tubuh Chalice itu. Rahang di tengah abdomen Chalice itu juga segera mencengkam dan menggigit dengan ganas bahagian tengah tubuh Freeman. Sebelum cacing-cacing darah hitam yang keluar dari tubuh Chalice itu pantas membelit Freeman dan menggigit badannya.

"Waduh-waduh, goblok bangat?", marah Cyber kepada Freeman. Freeman cuba untuk meronta sekuat tenaganya untuk melepaskan diri.

"Lord Dragon-Slayer!?", kata Minerva dan mereka yang lain dengan risau.

"Masa untuk kalian semua mati!", teriak Chalice.

"Anak haram!", marah Freeman kepada Chalice. Sambil HP dan MP Freeman dikuras dan terus dihisap perlahan-lahan oleh cacing-cacing darah hitam Chalice itu menjadi tenaga magiknya. Lantas tenaga magik Chalice dengan drastiknya meningkat dan makin menaik.

Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.Where stories live. Discover now