(Z's POV)
"Syukur, syukurlah kepada Tuhan. Doa dan mimpi saya telah termakbul pada malam ini.", kata dia sambil melutut dan menitiskan air mata kesyukuran di hadapan aku setelah mendengar jawapan aku.
"Saya, kami semua telah lama menantikan kedatangan Yang Agung, Lord Archmagus untuk sekali lagi menyelamatkan dunia kami. Wahai Lord Archmagus yang berkuasa, terima kasih atas kebaikan Yang Agung menyelamatkan nyawa saya tadi. Saya sangat berterima kasih dan terhutang budi dengan Yang Agung, Lord Archmagus.", dia berkata kepada aku dengan senyuman kegembiraan di wajahnya. Sambil dia menatap dekat muka aku dan juga memegang kuat kedua-dua belah tangan aku. Langsung membuatkan aku gementar dan berasa tak selesa. Aduhai, singa yang hampir mencincang aku waktu tadi ini, boleh pula sekarang dia berubah sifat menjadi seorang gadis ayu yang bersopan-santun dan lemah-lembut selepas tahu aku siapa. Terkejutnya aku.
"Heh, takde hal lah.", kataku padanya sambil aku menghadap ke arah lain kerana malu. Lalu dia segera bersujud pula. Makin tak selesa aku dibuatnya.
"Saya dengan rendah hati meminta ampun di atas segala kekasaran saya terhadap Yang Agung, Lord Archmagus.", kata dia dengan rasa bersalah sambil meletakkan dahinya di atas tanah untuk meminta maaf dihadapan aku ini. Huh, nak buat macam mana, sebab ini bukan salah dia sepenuhnya pun. Huh, apa-apa pun, aku perlu cakap sesuatu untuk baiki semula keadaan ini.
Ingat aku, bertenang, tarik nafas, jangan gelabah. Kekalkan Poker Face aku ini.
"Ahem Cik, Cik tak ada apa yang perlu dimaafkan pun. Aku tak makan hati pun. Jadi jangan risau ya.", kata aku cuba memujuk dia. Huh, bukannya apa, aku tak sampai hati nak rosakkan saat-saat gembira dia sekarang.
"Terima kasih Yang Agung. Terima kasih banyak-banyak.", katanya kepada aku.
"Yup, sebelum aku terlupa. Aku Parzivalz.", aku mula mengadakan sesi Ice Breaking dengan dia. Dia ini mesti Apostle yang Aiwass itu suruh aku jaga. Mungkin? Kena pastikan.
"Parzivalz. Itu nama Yang Agung, Lord Parzivalz. Lord Parzivalz. Lord Parzivalz. Lord Parzivalz. Lord Parzivalz. Lord Parzivalz. Lord Parzivalz. Lord Parzivalz...", dia berulang kali menyebut nama aku untuk menghafalnya.
"Yup, itu nama aku. Cik boleh panggil saja aku 'Z'. Semua orang panggil aku macam itu.", kata aku kepada dia.
"Baiklah. Kalau begitu, saya panggil Lord Z, Lord Z saja lah. Boleh tak Lord Z?", jawab dia kepada aku dengan senyuman. Huh, aku macam tak percaya sahaja, singa yang garang dan nyaris saja bunuh aku tadi adalah perempuan ayu yang sama sekarang ini.
"Yup, dan Cik ini pula?", aku cuba bertanya nama dia pula. Sambil menghulurkan tangan kanan aku kepada dia sebagai tanda selamat berkenalan.
Namun, deria magik aku ini tiba-tiba saja menyala. Sesuatu, tak, seseorang baru sahaja melanggar masuk ke dalam medan sihir pengesan berbentuk grid laser halimunan yang telah aku pasang tadi untuk mengawasi perimeter kami. Huh sialan, kacau daun betul lah. Tolonglah bagi aku peluang untuk berehat dan jangan musnahkan detik perbualan manis aku dengan dia ini.
"Selamat berkenalan Lord Z. Nama saya pula Leeya, maaf maksud saya The....", dia mula memperkenalkan dirinya. Tetapi, langsung aku potong di tengah jalan.
"Um, ada apa ya Lord Z?", dia bertanya kepada aku. Huh, firasat aku tentang nasib malang selalu saja betul dan aku bencikannya. Sesangat bencikannya.
Seseorang cuba melakukan serangan hendap terhadap kami sekarang.
"Hssshhhhh, ada sesuatu yang datang.......", kataku dengan muka yang cemas. Sambil cepat-cepat aku bangun berdiri. Biji mata aku terus mengimbas ke semua arah untuk mencari kelibat musuh. Tetapi aku agak terlambat. Sebab Si Penyerang Hendap ini telah pun mengunci aku di dalam garis bidik senjata mereka dan bersedia untuk menarik picu.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasía"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...