32) Even More Trouble.

5 1 0
                                    

(Z's P.o.V)

Beberapa ketika kemudian. Dewan Imperial, Citadel Fort Leo.

Hanya aku, Leeya, Lorelei, Athena, Duke Eisenhower dan Komander Alex saja yang berada di dalam dewan ini sekarang. Sebuah mesyuarat perang dijangka akan bermula kurang dari 15 minit lagi.

Untuk menuruti permintaan mereka dan kerana tiada perkara yang lebih baik untuk aku buat bagi mengisi masa terluangku sekarang. Aku setuju untuk menghiburkan mereka disini.

"Seorang Putera Raja dari dunia asal milord!?", tanya Duke Eisenhower yang terkejut besar. Riak wajah mereka semua itu jelas menyatakan bahawa mereka tidak pernah berjumpa dengan kerabat diraja dari tanah asing. Macam katak hidup di bawah tempurung sahaja.

"Betul ke semua itu Lord Z!? Macam tak percaya saja!?", soal Komander Alex pula.

"Yup, boleh dikatakan yang kami ada sejarah. Arthur Freyman Sigurdson. Putera Raja Keempat dan juga Kapten bagi Pasukan Kesatria Diraja, Black Knight. Kami panggil dia itu, Freeman. Dia ialah keturunan terus dari Raja Pahlawan Hebat, Lord Sigurd The Dragon-Slayer. Keluarga dia pemerintah sejak zaman-berzaman lagi.", jelas aku lebih lanjut lagi sambil aku menikmati buah-buahan dihadapanku ini.

"Adakah dia pernah berkahwin?", tanya Lorelei pula.

"Yup, dua kali.", jawab aku.

"Dua kali? Wow, seriuslah milord?", soal Lorelei kembali.

"Kenapa Lady Lorelei? Itu perkara yang tak normal ke dekat Mahawangsa untuk lelaki berbini lebih dari seorang?", soal aku kembali. Mendengar pertanyaan aku tersebut, dahi Leeya terus berkerut.

"Tentulah tidak milord. Poligami itu hal yang biasa dilakukan oleh lelaki bangsawan di Empayar kami ini. Kalau ada peluang, saya pun nak tambah yang keempat. Hahaha (ketawa).", jawab Duke Eisenhower dengan gelak bangganya.

"Ahem, ayah? Kalau dua orang rumah ayah itu dengar semua ini? Tak terbang ke semua pinggan, mangkuk, cawan dekat rumah nanti?", Komander Alex tersengih.

"Hahaha, ayah bergurau sajalah. Tapi mungkin lain ceritanya untuk Lord Z, Lord Rimyuel ataupun Lord Freeman kan? Kalau milord berminat. Saya boleh kenalkan Lord Z dengan ramai perempuan muda di wilayah kami ini?", cadang Duke Eisenhower pula sambil tersengih kepadaku.

"Hmmm, menarik cadangan itu?", respon aku dengan muka jahatku.

"Hei, Lord Z?!", rungut Leeya dengan muka cemberutnya itu. Lorelei dan Athena pula memberikan aku pandangan yang serong sejak tadi.

"Haha, apa salahnya Lady Leeya? Bagilah peluang dekat Lord Z?", Duke Eisenhower cuba bergurau dengan Leeya.

"Tidak dalam sejuta abad sekalipun!", jawab Leeya sambil memandang ke kiri.

"Hei, chillax Leeya. Orang tua miang itu cuba usik kau sajalah.", secara telepati, aku mencuba untuk menenangkan Leeya sambil memegang tangan kanannya.

"Milord, saya tak suka semua ini.", jawab Leeya secara telepati.

"Ayah, sudahlah itu. Mereka tak selesa dengan kita sekarang.", tegur Komander Alex pula.

"Aku minta maaf Tuan Duke, terima kasih sajalah. Tapi korang semua dah dengar apa jawapan Leeya aku tadi. Itulah juga jawapan aku.", kata aku dengan senyuman yakin.

"Saya faham milord. Lady Leeya. Saya betul-betul mohon ampun kalau gurauan saya tadi mengguris hati milady.", ucap Duke Eisenhower pula.

"Leeya, minta maafkan atuk aku.", kata Athena juga.

"Alah, tak ada apa yang perlu dimaafkan pun Tuan Duke. Betul tak Leeya?", kata aku pula untuk meredakan suasana.

"Tentang Freeman itu. Anggap sajalah tanda terima kasih dari aku dan Rimyuel.", kata aku lagi.

Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.Where stories live. Discover now