(3rd Person P.o.V)
Hutan Paya Mandrake, 25 League barat daya Daerah Constantine.
13 jam sebelum kapsul kristal Rimyuel dan juga Z tiba. Kapsul kristal kuning dari langit telah jatuh terhempas di tengah-tengah kawasan hutan ini. Beberapa jam kemudian, terdapat satu batalion yang terdiri daripada 2,000 orang pahlawan. Mereka berpakaian serba hitam sedang berkeliaran di pinggir kawasan hutan ini. Orang-orang ini, mereka berasal dari keluarga bangsawan pemburu yang ganas dan terkenal, The Noble House of Von Constantine. Mereka semua di sini untuk misi mencari apa yang mereka semua yakin adalah Lord Avatar yang telah turun dari langit di dalam hutan ini beberapa jam yang lalu.
"Tuan, sudah lebih 2 jam dah ini. Adakah tuan sangat pasti yang kita perlu pergi lebih jauh lagi ke dalam kawasan hutan yang sangat berbahaya ini?", tanya salah seorang Healer kepada ketuanya. Iaitu lelaki yang bertanggungjawab di dalam misi ini dan juga ketua bagi The Noble House of Von Constantine, Marquess Gustiani Von Constantine.
Beliau seorang pemuda berumur 50-an berambut hitam bercampur uban,
"Luna sayang?", Marquess Gustiani memanggil anak perempuannya, Luna.
"Ya ayah.", jawab Luna. Ini pula adalah anak keduanya, Lunaria Von Constantine. Seorang lagi Lady Apostle bagi Mahawangsa dari keluarga bangsawan Von Constantine ini.
"Kamu pasti ke yang kita menuju arah yang betul?", tanya ayahnya.
"Percayalah ayah. Luna cukup pasti. Luna dapat merasakan dan mendengar suara dari aura artifak ini memberitahu Luna sejak tadi. Lord Avatar itu, dia tengah memanggil Luna. Dari arah sana ayah.", jawab Luna sambil menghalakan tunduknya lurus ke hadapan.
"Mhmm ok........ kalau kamu cakap begitu. Ayah percayakannya.", balas ayahnya sambil tersenyum.
Kelihatan Luna sedang membawa dua busur sakti. Satu dipegangnya dan satu lagi dibawa dibelakangnya.
Tiba-tiba. Kelibat sesuatu menghampiri mereka.
"Tuan Marquess, lebih banyak Serket sedang menghala ke sini!", jerit salah seorang anak buahnya. Terdapat hampir tujuh ekor Man-Eater Serket, raksasa kala jengking hitam sebesar kereta yang kelihatan ganas dan lapar sedang menghala laju ke arah mereka.
"Sediakan anak panah masing-masing. Kita masih ada urusan penting di sini. Mari kita bunuh serket-serket tak guna itu!", Marquess Gustiani memberi arahan kepada anak-anak buahnya untuk membunuh semua serket itu. Sambil diriya juga bersedia dengan busur dan anak panah sakti ditangannya.
Setelah itu, mereka meneroka lebih dalam lagi ke dalam hutan belantara berpaya itu.
Batalion mereka terus meneroka lebih dalam sehingga mereka tiba di sebatang sungai besar yang mengalir deras. Tidak jauh dari kawasan tersebut, mereka boleh melihat sebuah air terjun. Kedengaran air sungai yang mengalir deras, sejuk dan bersih.
"10 minit! Kita berehat. Tetap berwaspada!", Marquess Gustiani memberikan arahan kepada pasukannya.
"Baik tuan!", sahut mereka semua.
"Luna, sayang. Kamu pun jangan lalai. Hati-hati bila berjalan. Hutan ini banyak hantu tahu? Mereka kata Undead Warlock yang suka culik anak dara tinggal dekat sini tahu.", pesan Marquess Gustiani sambil tersengih kepada anak perempuannya.
"Ayah ini pun. Janganlah takutkan Luna.", balas Luna yang terasa seram sejuk. Ayah nya hanya tertawa kecil melihat wajah anak manjanya tersebut.
Ada sebahagian dari mereka berbual-bual sesama sendiri, ada yang lain pula meneguk minuman bagi menghilangkan dahaga dan juga sedang bersandar di pohon sambil melihat air terjun tersebut. Ada yang mengambil masa untuk membasuh muka menggunakan air sungai tersebut. Sementara Marquis Gustiani pula sedang berbual-bual dengan beberapa orang anak buahnya bersama Luna.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...