(3rd Person P.o.V)
Di halaman depan Rumah Agam Von Adelfeld. Jam 3 petang.
Kelihatan kumpulan mereka yang terdiri dari Cyber, Leeya, Lorelei, Luna dan Rimyuel baru saja tiba di sebuah kawasan air pancut. Ia berhadapan dengan kawasan tanah lapang yang biasanya akan dijadikan tempat parking tambahan. Namun hari ini, kawasan itu menjadi tempat parking kenderaan yang agak berbeza dari kebiasaan mereka. Sebuah kapal terbang futuristik lagikan garang milik Cyber baru saja turun mendarat untuk parking di situ.
"Ya Tuhanku, apa benda itu?", Luna menjadi orang pertama yang terkejut kagum.
Sementara Rimyuel pula tengah menjelaskan kepada semua pengawal yang juga dibuat pusing akibat kehadiran mengejut kapal terbang itu.
"Terima kasih MARIA. Biarkan dulu dalam mod stanby.", kata Cyber kepada A.I nya menggunakan jam tangan pintarnya.
"Milord, apa pula kali ini? Kereta terbang gergasi ke?", tanya Leeya dan Lorelei yang juga ikut kagum. Mereka berdua lengkap memakai body suit canggih berwarna gelap.
"Anak muda. Inilah masa depan.", jawab Cyber pula sambil tersengih kepada mereka. Lantas pintu dek yang berada di bahagian belakang kapal terbang itu dibuka luas.
"Awesome.", kata Leeya dan Lorelei dengan rasa kagum.
"Selamat datang ke Cyber Air. Cepat naik.", kata Cyber kepada mereka berempat.
"Maaf bertanya Lord Cyber. Kita nak naik pedati terbang ini untuk ke rumah saya ke? Dijamin selamat?", tanya Luna pula dengan muka was-was.
"Tak perlu banyak tanya. Kau naik saja.", jawab Cyber pula.
"Jomlah.", kata Rimyuel pula sambil memimpin tangan Lorelei itu.
"Tak sangka aku akan tengok chopper ini lagi.", kata Rimyuel. Tatkala mereka berdua menjadi yang kedua masuk ke dalam pesawat itu.
Ruang dek pesawat itu mempunyai 10 kerusi di sebelah kiri dan 10 lagi di kanan. Serta ianya lengkap dengan speaker dan juga dua skrin tv nipis yang melekat di dinding.
Beberapa minit kemudian, Z, Freeman, Minerva dan Athena dilihat tiba di perkarangan halaman rumah mereka.
"Itu Lord Z, dengan Lord Freeman?", ucap Leeya yang mengintai mereka melalui salah satu tingkap. Z juga berada di dalam wujud asli Light Elf nya.
"Lord Freeman. Maksud Leeya, Lord Dragon-Slayer itukah?", tanya Luna yang duduk di sebelah kanan Leeya itu pula.
"Yeah, Z lupa bagi tahu. Dia pun akan ikut kita sekali.", jelas Rimyuel.
"Mhmmmm, iya ke?", riak wajah Lorelei menjadi tak senang.
"Asal Lore? Macam tak suka saja kita ajak Freeman?", tanya Rimyuel pula.
"Bukan milord. Tapi, kenapa Nenek Kebayan itu ada sekali?", soal Lorelei.
"Biarlah Lore, dia pun nak join sekali.", pujuk Rimyuel kepadanya.
"Kenapa Lorelei, ada apa-apa masalah ke?", tanya Luna juga.
"Eh, tak ada apa-apalah.", jawab Lorelei.
"Yelah itu?", sindir Leeya dan Rimyuel pula kepada Lorelei. Sambil Cyber pula berada di luar sedang berborak dengan Z, Athena, Minerva dan Freeman.
"Heyo, Cyber. Apa khabar?", Freeman dan Cyber berjabat salam.
"Artie, baguslah kau pun nak join sekali.", kata Cyber.
"Selamat petang Lord Cyber.", ucap Athena dan Minerva sambil tunduk pula.
"Kau tak kisahkan diorang ikut sekali?", minta Freeman kepada Cyber.
"Yelah, cepat naik. Kalau tak aku tinggalkan korang.", balas Cyber yang akur.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...