5) He Will Come To Save Me.

23 4 2
                                    


(Leeya's P.o.V).

Lima jam selepas warga kota menyaksikan peristiwa jatuhnya tiga buah objek misteri daripada langit. Ketiga-tiga objek misteri tersebut mengeluarkan bacaan Tenaga Magik yang sangat, sangatlah kuat.

Laporan rekon udara juga mengatakan, bahawa dua daripadanya telah jatuh terhempas hanya 20 League di luar sempadan Daerah Adelfeld.

Objek kuning pertama telah jatuh terhempas di atas puncak bukit, tepat di tengah-tengah Perkuburan Besar Gergasi Purba. Sejam kemudian, objek putih yang kedua pula jatuh terhempas jauh di dalam Hutan Pohon Kabus.

Kebanyakan dari kami benar-benar percaya dan yakin, bahawa objek-objek misteri tersebut. Mereka adalah perwira penyelamat kami, Lord Avatar. Mereka akhirnya telah tiba.

Kami segera menghantar sebuah pasukan dengan kekuatan 800 orang untuk pergi menyiasat dengan lebih lanjut. Antara ahli yang menyertai rombongan misi pada malam ini ialah aku sendiri, dan juga kakak sepupu aku, Lorelei.

Pada masa yang sama, semasa semua orang menyaksikan detik turunnya mereka dari atas langit. Origin Artifak yang dimiliki oleh Lorelei dan juga Miracle Ring aku ini. Untuk kali ketiga, kedua-dua artifak tersebut telah aktif sekali lagi dan memancarkan aura unik mereka sendiri tanpa henti. Suara Artifak ini memberitahu kami bahawa mereka, Lord Avatar kami sudah pun tiba di Empayar Mahawangsa kami ini.

Lord Archmagus sudah berada di sini dan diri aku ingin berjumpa dengannya secepat mungkin. Salah diri aku juga, kerana aku tidak sabar dan terlalu teruja sangat untuk bertemu dengannya. Atas sebab itu sahaja aku telah meninggalkan pasukan aku dan memutuskan untuk bergerak secara solo berjalan jauh ke dalam Hutan Pohon Kabus yang berbahaya ini.

Tanpa memikirkan sedikit pun nasib malang yang bakal menanti aku nanti. Bukan sahaja aku tersesat sekarang kerana kabus tebal ini. Aku juga telah terperangkap di dalam ambang bahaya yang getir ini, kerana tindakan melulu aku sendiri.

30 minit yang lalu.

"Ya Tuhan, tiada kesudahan kah bagi labah-labah ini?!", kata aku dengan nafas yang tercungap-cungap. Situasi aku sangat genting sekarang. Labah-labah gergasi dengan anak-anak labah-labah mereka, dengan jumlah yang sangat banyak mereka telah pun mengepung aku dari setiap arah.

Aku mula kepenatan dan jumlah Mana aku juga tinggal sedikit. Aku tak tahu berapa lama lagi aku boleh bertahan. Para labah-labah ini tetap tidak mahu melepaskan aku pergi.

"Wahai semangat tanah. Datanglah kepadaku. Summon Familiar, Stone Golem!", aku menggunakan mantera sihir. Dengan segera, daripada lingkaran sihir atas tanah di hadapan aku muncullah sebuah Golem dari batu-batan, dengan harapan dapatlah ia membantu aku melawan asakkan lelabah ini.

"Huh, tak boleh jadi ini. Reinforce Magic Defense. Physical Enchantment Spell. Protection Against Poison.", aku menggunakan tiga lagi sihir ke atas diriku.

"Magic Sword. Holy Silver Longsword. Diaktifkan.", aku juga mula memperkasakan bilah pedang aku dengan tenaga magik aku sendiri.

"Mari lakukannya Golem. Hiyaaa!", dengan satu teriakkan yang kuat, aku dan Golem ini melancarkan serangan balas. Terus memotong, menetak dan menghancurkan setiap musuh yang sedang mengepung aku.

Jikalau soal kekuatan individu saja, setiap dari mereka ini tiada tandingannya dengan aku. Tetapi, jumlah mereka yang tidak pernah surut inilah yang memberikan aku masalah yang paling besar sekarang. Selain itu, mereka adalah raksasa dengan serangan yang berbisa.

"Rasakan ini. Quad-Cast, Crystal Arrow!", aku telah menembak mati beberapa ekor Ghoul Spider dengan sihirku.

"Hiyaaa!", teriak aku. Aku terus menghayunkan pedang magik aku sekuat tenaga.

Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.Where stories live. Discover now