49) Aftermath.

3 0 0
                                    

(Z's P.o.V)

Waktu sekarang ini sudah larut senja. Mentari di kaki langit juga hampir terbenam sepenuhnya. Namun, perkara bangang ini masih tak tamat lagi. Disebabkan Freeman yang masih bersikap keras kepala macam batu tetap mahu membela Minerva dari hukuman berat.

"Aku Arthur Freyman Sigurdson, Lord Dragon-Slayer. Aku cabar! Siapa yang cukup jantan. Ambil pedang itu, dan hadapi aku!", ucap Freeman. Jelas api di mata dia itu. Cabaran dia ini ditujukan kepada aku. Sebab dia hanya kan mencabar orang itu kalau dia yakin orang itu setara ataupun lagi kuat dari dia.

"Milord, tak perlulah sampai macam ini...", Minerva cuba memujuk dia.

"Apa tunggu lagi?! Angkat pedang itu.", tegas Freeman sambil memandang aku.

"Lord Z?", respon Leeya juga secara telepati kepada aku. Dia tak mahu aku terima.

Kalau aku menolak kan karang. Dia pasti akan buat balak lagi besar.

"Yup, macam yang kau...", jawab aku. Namun, alangkah terkejutnya kami semua. Sebab pedang yang terbaring di atas tanah itu dengan pantas telah disambar oleh orang lain.

"Eh?!" ucap Rimyuel.

"Huh Tuan Duke?", aku dan mereka semua juga terkejut tak sangka. Melihat individu yang telah mengambil pedang Nibelung itu sebelum aku sempat pun.

"Ayah? Apa ayah buat ini?", tegur Komander Alex kepada ayahnya.

"Atuk?!", Kata Minerva, Athena dan Kapten Haas.

"Aku, Eisenhower Von Griffin. Aku terima cabaran milord.", ucap Duke Eisenhower sambil menjunjung pedang itu.

Dari semua orang yang ada dekat sini. Duke Eisenhower itu sendiri. Aku tak tahulah apa yang difikirkan oleh dia itu sehingga membuatkan Tuan Duke itu bertindak meluru dan berani menerima tentangan Duel 1 vs 1 melawan Freeman itu.

"Oh Tuhanku, ayah?! Letak balik pedang itu.", kata Kolonel Moran.

"Tuan Duke serius?", tanya Freeman pula dengan rasa serba-salahnya.

"Mohon maaf milord. Ayah dah tak betul ke?! Mana mungkin ayah mampu menang Duel lawan Lord Freeman?! Serahkan pedang itu dekat Lord Z.", tegas Komander Alex.

"Diam kamu Alex, Moran! Aku masih seorang pahlawan Empayar Mahawangsa. Aku akan memalukan nama keluarga aku kalau aku menolak cabaran ini.", kata Duke Eisenhower pula kepada kami.

"Maaf kalau aku cakap ini Tuan Duke. Tapi betul kata Komander itu. Tuan Duke tak perlu buat semua ini. Sebab Duel ini akan jadi berat sebelah untuk Tuan Duke.", akupun cuba memujuk hati orang tua ini.

"Yeah, dengar Tuan Duke. Lebih baik kasi Z ke Cyber saja.", kata Rimyuel juga.

"Biar aku saja yang lawan. Kau ingat kau Dragon-Slayer aku goyang? Siap sedialah Artie. Kau akan tidur dekat rumah sakit lepas ini.", kata Cyber pula dengan rasa geramnya.

"Heh, marilah Berserker. Kita tengok siapa tidur dulu!", balas Freeman pula.

"Lord Cyber, Lord Freeman?", tegur Athena dan Minerva pula.

"Hei, hei, korang?", tegur Rimyuel juga kepada Cyber dan Freeman itu.

"Um Lord Z, tak boleh ke milord buat sesuatu?", kata Leeya juga secara telepati.

"Maaflah Leeya. Aku pun tak tahu nak buat apa?", balas aku kepada Leeya.

"Ayah?", pujuk dua orang anaknya kepada Duke Eisenhower itu lagi.

"Sudah, cukup! Baik tutup saja mulut kamu itu.", balas ayah mereka itu.

"Mohon ampun milord. Tolonglah beri orang tua ini peluang itu? Satu penghormatan terulung dapat beradu kekuatan dengan pahlawan legenda. Menang atau kalah. Segala syarat Lord Freeman akan saya terima. Saya bersumpah dengan nama Von Griffin.", ucap Duke Eisenhower kepada kami semua sambil dia menundukkan kepalanya dihadapan Freeman.

Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.Where stories live. Discover now