(Z's P.o.V)
Gangga. 62 Kilometer utara Fort Leo.
Di tengah kawasan runtuhan bandar Gangga ini. Kami jelas dapat melihat Freeman dan Chalice itu saling bertukar-tukar serangan.
Setiap satu serangan dari Freeman mahupun Chalice itu sudah lebih dari cukup untuk membunuh orang biasa.
"Rasakan, Lightning Lord Smite!", Chalice melancarkan serangan sihir elemen petir ke arah Freeman yang sedang terbang di udara. Sebuah dentuman guruh yang kuat terhasil.
"Ouch.", kata aku yang melihat Freeman disambar petir itu.
"Lord Dragon-Slayer?", kata Minerva.
Namun, nasib baiklah Freeman itu sempat melindungi dirinya dengan menggunakan sayap Draconic Scale Armor nya itu sebagai perisai.
"Skill, Draconic Burst!", Freeman lantas menyerang balas lawannya. Seperti seekor naga, dia melancarkan sebuah semburan jet tenaga Api yang sangat deras daripada mulutnya.
"Dia boleh sembur keluar api dari mulut dia, macam naga sebenar. Super cool!", kata Athena pula yang teruja.
"Serangan Energy Burst Api yang luar biasa.", kata Komander Alex.
"Ceh, macam tak ada kesan saja.", kata Cyber pula. Dengan kadar yang sangat laju luka terbakar yang dialami oleh Chalice telah pun sepenuhnya pulih.
Freeman pun menyerang sekali lagi Chalice dengan Skill, Draconic Burst itu.
"Pun masih tak berkesan lagi. Kenapa?", kata Lorelei.
"Tak, ianya berkesan. Tapi yelah. Healing Factor dia laju sangat.", kata Rimyuel.
"Raitei!", Chalice meningkatkan output kuasanya.
"Draconic Flame.", Freeman melancarkan hujanan bebola api.
Dari tanah, naik ke udara, kemudiannya turun ke tanah balik sebelum naik balik ke udara. Dengan sangat laju Chalice dan Freeman terus menerus bersabung macam ayam laga.
Petir dan api saling sabung-menyabung, tanpa berganjak walau sekaki pun.
"Kasi ajar dia Lord Dragon-Slayer!", sorak Minerva.
"Skill, Draconic Rampage!", Freeman membuka skillnya.
"Mari sini kau. Skill, Melefic Claw!", Chalice melancarkan serangan kuku berantai nya untuk menangkap Freeman. Namun tidak berhasil.
Chalice cuba menjarakkan dirinya dari serangan Freeman yang semakin menggila itu.
"Skill, Counter Absorption.", kerana asakkan hebat oleh Freeman, Chalice telah pun mengaktifkan sekali lagi skill Tank miliknya.
"Shit, skill Tank itu lagi.", kata Rimyuel. Tanpa mengendahkan apa-apa pun.
"Skill, Draconic Breaker!", Freeman pantas terjun lalu menghempaskan sekuat tenaga pedangnya terhadap Chalice. Chalice hanya berdiri menerimanya saja.
"Yay Lord Dragon-Slayer! Teruskan! Ajar dia!", sorak Minerva.
"Skill, Draconic Rampage!", Freeman spam lagi skill yang sama. Dia terus mengasak dan memukul mundur Chalice bertubi-tubi.
"Go Lord Dragon-Slayer!", sorak Minerva lagi.
Sambil skill Counter Absorption itu terus serap stack Damage yang diterima Chalice.
"Rasakan. Skill, Nibelung!", Freeman menusuk bilah pedangnya menembusi jantung Chalice itu.
"Lord Z, ada sesuatu yang sangat membingungkan saya?", tanya Athena pula.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...