(Z's P.o.V)
Beberapa saat kemudian.
Dua biji mataku terus ligat memerhati kesana-sini. Dengan senyap aku terus mencari apa sebenarnya benda yang sedang bagi aku rasa tak sedap badan macam ini.
Sejak aku kecil lagi. Aku ada satu anugerah ini. Apa yang semua orang panggil deria keenam, Premonition. Aku jelas boleh merasanya menusuk hingga paras tulang, mata-mata sedang memerhatikan aku dari satu tempat. Maksud aku secara supernatural. Macam hantu, demon, musuh-musuh ahli sihir yang menggunakan Astral Projection ataupun apa saja khadam yang mereka hantar untuk mengintip aku dengan niat jahat.
Yelah, aku kan cucu The Last Witch of The Century. Dekat mana kuah tumpah kalau tak dekat nasi kan?
"Milord, tengok dekat sana itu.", kata Leeya. Sambil jari dia menunjukkan ke arah sebuah bangunan seperti gabungan di antara Basilica dengan Katedral yang besar, terletak di atas sebuah puncak bukit hanya beberapa ratus meter saja dari sini. Seluruh kawasan itu jelas dipenuhi dengan kilauan cahaya lilin dan ramai pengunjung keluar masuk.
Namun, aku tidak menghiraukannya dan terus mencari.
"Huh, yelah. Ramai nya orang dekat sana itu eh?", tanya Rimyuel.
"Milord, itu Monastery of Saint Rafael. Salah satu Tapak Suci yang terdapat di dalam Empayar Mahawangsa kami.", jawab Leeya pula.
"Oh, iya ke. Macam gereja eh?", kata Rimyuel.
Tetiba saja, sekilas pandang aku terlihat sesuatu. Ianya langsung membuatkan seluruh bulu roma aku tegak habis dan badan aku menggigir sejuk ketakutan.
Ianya sesuatu yang sedang berdiri sambil melihat ke arah kami dengan senyap dari atas salah satu menara monastery itu. Lembaga dengan aura merah menyala.
"Lord Z, Lord Z, um Lord Z?", aku langsung tak sedar bahawa Leeya sedang panggil aku sejak tadi. Aku langsung berdiri.
Sebelum dengan sekelip mata saja, lembaga merah itu langsung lenyap macam hantu.
"Huh?!", kata aku aku yang terkejut. Aku rasa benda itu mesti sudah perasan yang aku boleh nampak dia.
Hei mother******, main hilang-hilang pulak! Kalau kau memang nak cari pasal sini lah! Sambil mata aku terus liar mencari semula kelibatnya namun tak kelihatan lagi. Walau apa pun lembaga itu, aku pasti yang dia sempat menunjukkan sepasang sayap merah menyala nya sebelum lenyap dengan sekelip mata. Cukup untuk membuatkan diri aku menggigir sejuk ketakutan. Dan juga membuatkan naluri bahaya aku mencanak naik.
Apa benda sebenarnya itu? Semangat? Demon?
"Um Lord Z, dengar tak?", Leeya terus memanggil aku sambil menarik lengan aku. Ianya langsung membuatkan aku tersedar semula.
"Oh maaf, ada apa ya Leeya?", kata aku kebingungan.
"Hei kau ini Z, kau ok tak? Kita orang panggil kau dari tadi?", kata Rimyuel.
"Tulah itu, kenapa dengan Lord Z. Nampak macam confused semacam saja?", tanya Lorelei juga kepada aku.
"Oh, maaf, maaf.", jawab aku.
"Hei Lord Z? Ada apa-apa tak kena ke?", tanya Leeya juga.
"Lebih kuranglah. Aku rasa aku nampak benda tadi. Tepat dekat atas menara sana itu. Korang tak nampak ke?", kata aku. Namun mereka, termasuklah juga Lewis menggelengkan kepala mereka.
"Seriuslah? Korang memang tak nampak tadi?", tanya aku.
"Tak ada apa-apa pun dekat atas sana itu. Kau nampak apa sebenarnya tadi? Burung ke?", tanya Rimyuel balik kepada aku.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...