26) The Cursed Demon Seed, Part 1.

6 1 0
                                    

(3rd Person P.O.V)

Sejam lebih kemudian.

Hospital di sebelah Citadel kota Fort Leo kembali sesak. Kini dengan kehadiran baru hampir 8 ribu orang pelarian. Seperti mereka yang sebelum ini, mereka juga ialah mangsa yang dapat berjaya lari menyelamatkan diri ataupun mereka yang terselamat daripada pembantaian bala tentera raksasa demonoid dari utara itu. Kebanyakkan dari mereka terlantar sakit di katil-katil hospital, dan juga banyak yang terbaring di atas lantai yang hanya beralaskan tikar sahaja di segenap ruang hospital. Seperti mangsa sebelum ini, mereka semua juga menderita sejenis penyakit misteri dengan simptom-simptom yang sama.

Dari demam panas, muntah darah, masalah pernafasan dan juga kulit berkudis yang kelihatan seperti kusta.

"Maaf mengganggu milord. Tapi seperti yang Lord Parzivalz nampak. Kami tak cukup kakitangan. Holy Water tadi pun hampir habis.", kata Major Alfred Llyod kepada Z.

"Tak perlu minta maaf. Aku akan bantu apa yang aku boleh.", jawab Z. Jelas dimata Z, keadaan hospital sekarang sangat padat lagikan sesak dengan pesakit dan pelarian.

Semua Healer yang ada di sini sekarang sedang sibuk mengerah keringat mereka tanpa henti seperti kawanan lebah pekerja. Berbekalkan Holy Water dan sihir penyembuhan yang ada, setiap Healer yang ada sedaya upaya membantu untuk menyembuhkan setiap pesakit yang terlantar di hadapan mereka itu. Namun sayangnya, dengan tenaga magik yang sangat terhad, setiap satu Healer hanya terbatas untuk menguruskan seorang pesakit saja pada satu masa sebelum mereka boleh fokus untuk membantu pesakit yang seterusnya. Mereka semua juga hanya mampu menggunakan sihir penyembuhan jenis single target saja. Ramai diantara Healer tersebut juga mula keletihan.

"Doktor Anthony, maaf mengganggu?", tegur Z kepada Baron Anthony Sicily. Beliau baru saja selesai merawat seorang pesakit.

"Oh, Lord Parzivalz. Senang dapat bertemu milord lagi. Terima kasih sekali lagi sebab milord telah membantu saya dan keluarga saya tadi.", ucapnya kepada Z.

"Tolonglah sesiapa, tolong bantu anak saya!", mereka jelas boleh mendengar suara tangisan seorang wanita dari hujung koridor hospital itu. Dari sudut lain pula, Z juga jelas dapat mendengar banyak suara tangisan yang memerlukan pertolongan segera. Sama juga di tingkat kedua. Ramai juga pesakit baru yang masih berbaris di pintu masuk untuk menunggu giliran bagi mendapatkan ruang di dalam hospital itu. Mereka semua memerlukan perhatian segera, namun hospital ini tidak cukup ruang dan juga kakitangan.

"Saya, anak saya, isteri saya, mereka semua ini pun sama. Kami semua menderita simptom-simptom yang sama. Saya tak pernah tengok penyakit seperti ini sebelum ini?", kata Doktor Anthony kepada Z.

"Saya pun. Nak kata penyakit bawaan kuasa sumpahan, tak juga. Entahlah saya pun masih tak pasti lagi.", kata Major Alfred pula.

"Yup, kau separuh betul. Penyakit ini, kalau tak silap mereka panggilnya. Demonic Sickness.", jawab Z.

"Demonic Sickness?!", tanya mereka berdua kepada Z.

"Yup, ianya kesan sampingan akibat Demon Seed.", jawab Z.

"Demon Seed?", soal mereka berdua lagi. Namun belum sempat Z sambung menjawab.

"Tolong tuan yang baik hati, saya merayu. Tolong bantu keluarga saya di sana itu.", tiba-tiba seorang lelaki tua muncul di belakang Z lalu merayu kepadanya.

"Tuan Baron Atlee, minta bersabar ya. Kami akan tolong secepat yang kami boleh.", jawab Doktor Anthony untuk menenangkannya.

"Hei, lambatnya. Kalian semua buat apa?! Boleh tolong cepat sikit tak? Ramai orang dekat atas sana itu muntah-muntah darah tahu tak?!", marah seorang pemuda kepada Major Alfred pula.

Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.Where stories live. Discover now