(3rd Person P.o.V)
Pusat Adventurer Guild, Golden Crane. Bandar Baru Nader.
Terletak di penjuru kota, ini merupakan ibu pejabat Golden Crane. Sebuah kompleks bangunan besar 4 tingkat milik Count Fritzgerald. Ianya sibuk dengan ramai Adventurer dan juga orang awam yang keluar masuk bagi menjalankan pelbagai urusan harian mereka.
Di depan bangunan itu juga, terdapat beberapa ekor kuda yang ditambat. Serta sebuah supercar berwarna hitam dengan logo CMC di depan dan di belakangnya. Dalam lobi utama bangunan itu juga ada 4 buah meja kaunter perkhidmatan yang sibuk diuruskan oleh beberapa orang pegawai wanita yang bertugas.
"Selamat datang ke Golden Crane Tuan. Apa yang saya boleh bantu?", ucap seorang pegawai kaunter 1 yang bernama Nora kepada seorang pemuda.
"Selamat siang. Aku Baron Alex Farshan. Aku nak buka satu Misi. Sekumpulan Giant Red Bear telah menyerang ladang ternakan aku. Empat malam berturut-turut. Enam orang aku juga sudah meninggal. Aku nak raksasa bedebah ini dihapuskan secepat mungkin. Berapa pun upahnya, aku boleh bayar.", minta pemuda bernama Baron Alex itu.
"Baiklah, saya faham Baron Alex. Sila isi borang ini dulu.", ucap Nora.
Di kiri dan kanan lobi utama juga ada beberapa Quest Board dengan banyak helaian Misi yang sedang ditawarkan untuk Adventurer hari ini. Ruang lobi utama itu juga berfungsi sebagai bar tempat Adventurer melepak dan minum bersama.
"Bos, aku nak pesan nasi ayam dengan satu jug besar beer.", minta seorang lelaki yang duduk di sebuah meja kepada seorang pelayan lelaki.
"Baik.", jawab pelayan itu.
"Bos, bawakan kami semua sate dengan beer lagi!", minta seorang lelaki pelayan itu.
"Amboi Huan? Kau hutang pun tak bayar lagi?!", balas pelayan itu kepadanya.
"Nanti aku bayar lah bos. Macam tak biasa pula?", jawab lelaki bernama Huan itu balik.
Namun, kehadiran satu kumpulan yang terdiri dari dua orang Imperial Knightess dan juga seorang pahlawan telah mencuri perhatian semua orang.
"Hei, hei, tengok itu?", kata suara pelayan itu.
"Newbie ke?", tanya seorang Mage perempuan dari ahli kumpulan Huan itu.
"Newbie? Seriuslah, kau tak tahu siapa tiga orang itu?", kata seorang Archer pula.
"Itu Lady Minerva, Lady Athena dengan Lord Dragon-Slayer.", kata satu suara lagi.
"Lord Dragon-Slayer? Seriuslah, lelaki itu?", tanya Mage itu lagi.
"Hero Legenda itu? Apa yang dia buat dekat sini?", kata satu lagi suara.
"Aku dengar semalam dia mendaftar dekat sini.", kata satu suara lagi.
"Lord Dragon-Slayer itu? Mendaftar jadi Adventurer?", ketawa satu suara pula.
"Senyap lah, kau nak cari pasal dengan dia ke?", kata Archer itu pula.
"Minta abaikan saja mereka milord.", kata Minerva kepada Freeman. Tanpa mereka bertiga menghiraukan keadaan sekeliling, mereka berjalan menuju ke sebuah meja kaunter.
Freeman lengkap memakai knight armor berwarna hitam gelap. Minerva dan Athena juga lengkap memakai Imperial Knightess armor mereka.
"Minta maaf, Lord Dragon-Slayer kan?", seorang Mage, seorang Archer dan seorang Swordsman menyapa mereka.
"Maaf mengganggu milord. Saya Huan Galong, kapten kumpulan Swoskar Security Company. Ini satu penghormatan terbesar kami semua dapat berjumpa Lord Dragon-Slayer.", swordman bernama Huan itu memperkenalkan diri dan kumpulannya. Mereka ialah sebuah kumpulan yang terdiri dari 26 orang Adventurer Rank-C, 12 orang Rank-B dan 5 orang Rank-A sedang makan bersama-sama.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...