(3rd Person P.o.V)
Perbatasan Dungeon Manticore.
Kurang dari tiga minit saja dan semua Demon Magog yang ada tadi kini hanyalah tinggal bangkai-bangkai hanyir yang tak bernyawa.
"Cayalah Lord Rimyuel. Hehehe, macam mana Luna? Hebat tak Lord Rimyuel aku?", kata Lorelei dengan senyuman bangganya kepada Luna.
"Eleh, biasa saja. Lord Freeman aku sejuta kali lagi hebatlah. Semua orang boleh buat kalau ada senjata magik Lord Rimyuel itu. Kacang goreng saja.", balas Minerva pula.
"Eh, sibuk saja. Siapa tanya kau nenek kebayan?!", balas Lorelei pula.
"Saya tak rasa yang semua orang boleh membidik dengan akurasi tepat dalam jarak sejauh itu. Walaupun kita guna senjata magik yang sama macam dia.", jawab Luna pula.
"Maksud kau itu Luna?", tanya Athena.
"Saya boleh beri tahu berdasarkan pengalaman. Ianya memerlukan fokus, kesabaran, perkiraan serta disiplin yang sangat tinggi untuk tepat sasaran. Rekod menembak saya yang paling jauh pun, 300 ela saja. Ayah saya, 600 ela. Rekod rasmi untuk tembakkan paling jauh yang tepat sasarannya setakat ini pun, 1,000 ela saja. Dan jarak tembakkan Lord Rimyuel itu. Paling kurang pun, sebatu jauhnya.", jelas Luna pula dengan panjang lebar.
"Betul kata Luna itu milady. Disiplin Marksmanship lelaki itu bukan kacang goreng. Dia membuatkan semua itu kelihatan senang. Tapi sebenarnya payah nak amat. Dia mesti dah menembak sejuta kali dengan senjata magik seperti itu. Dia boleh tembak mati kita daripada jarak sebatu, sebelum kita ada peluang untuk sedar apa yang terjadi.", kata Marquess Gustiani pula dengan pandangan takjub melihat visual Rimyuel.
"Dengar kata pakar itu Nenek Kebayan. Disiplin.", kata Lorelei pula.
"Ini mesti satu rekod baru kan ayah.", kata Luna.
"Taklah Luna. Rekod rasmi Lord Rimyuel setakat ini. Lebih satu League jauhnya.", jawab Lorelei pula.
"Huh, kamu serius ke Lady Lorelei?", tanya ayah Luna kehairanan dan tak percaya.
"Apa benda sebenarnya yang senjata magik dia tembakkan Lorelei? Serangan sihir ke anak panah sakti?", tanya Athena pula.
"Bukan. Itu Peluru Holy Fire.", jawab Lorelei.
"Peluru Holy Fire, apa benda itu?", tanya Athena lagi. Sementara itu juga.
"Ini saja kan?", tanya Cyber. Sambil dia mengutip senjata-senjata sakti peninggalan para Demon Magog itu.
"Rasanya. Aku tak nampak apa-apa Demon lagi.", kata Rimyuel yang berlari laju bagi menghampiri mereka berdua.
"Cyber, kau buat apa itu?", tanya Freeman pula.
"Kutip sampel lah, apa lagi.", jawab Cyber sambil melihat-lihat selaras senapang sakti tersebut dengan wajah penuh minat. Lalu jari Cyber menarik picu bagi melancarkan beberapa das tembakkan laser menggunakan senapang sakti Demon Magog itu.
"Hehe, menarik. Aku kena kaji dan patenkan Senapang Star Wars ini.", kata Cyber.
"Baguslah itu bro.", kata Rimyuel pula kepada Cyber.
"Sentinel kepada Angel. Check Audio dengan Video?", arah Rimyuel kepada Z.
"Angel kepada semua Chimera. Semuanya hijau. Thermal Image tak kesan apa-apa kelibat di sekitar korang. Korang boleh pergi ke fasa seterusnya.", lapor Z pula.
"Roger.", jawab Freeman, Cyber dan Rimyuel.
"Berserker?', arah Rimyuel.
"Melemparkan sensor.", Cyber lantas melemparkan jauh dua biji bola ke dalam mulut Dungeon yang berbentuk kaldera itu. Tidak lama kemudiannya.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...