(3rd P.o.V)
"Hahahaha (Lol). Ayahanda beta mahu saksikan. Bagaimana reaksi mereka semua itu dihancurkan dengan sihir-sihir kita.", kata Putera Chalice itu sambil ketawa terbahak-bahak.
"Ampun tuanku, tapi semua askar kita yang dekat situ?", soal para pegawainya.
"Beta tak peduli! Ratakan setiap kaki tembok Fort Leo itu!", arahnya.
"Menjunjung perintah tuanku.", jawab para pegawainya.
"Perhatian. Dengan titah dari Tuanku Chalice. Semua unit Mage. Mulakan serangan artileri. Hancurkan Empayar!", maka setiap pegawainya menyampaikan arahannya kepada ketua-ketua pasukan di bawah mereka.
"Jeneral. Perintahkan semua kapal perang kita juga. Tembakkan semua meriam utama kita. Sasarkan ke arah Lord Avatar itu!", arah Putera Chalice lagi.
"Menjunjung titah tuanku.", jawab para Jeneral perangnya itu.
Setiap kapal perang udara mereka yang masih diselimuti sihir halimunan tersebut mula menyasarkan meriam-meriam tenaga magik mereka. Ke arah Rimyuel.
"Shit, Z tengok semua senjata diorang itu?", lapor Rimyuel yang perasan sesuatu. Mata dia sedang melihat musuh-musuh mereka itu sedang mengisi senjata-senjata mereka.
"Tembak!", teriak setiap kapten pasukan artileri Siberia itu.
"Lancarkan Bom Latu Ireng! Tembak!", setiap Trebuchet mereka mula melontarkan ke atas udara bom-bom api kuasa sihir Gelap.
Semua meriam tenaga mereka juga ikut melancarkan serangan masing-masing.
"Syncro Magic. Quad-Cast, Word of Shadow, Santau Bayu!", sebahagian dari meriam mereka memuntahkan serangan witchcraft gred Tier-7.
"Syncro Magic. Quad-Cast, Chain Electro Bomb!", mereka juga melancarkan beribu-ribu sihir serangan pengeboman elemen Petir Tier-7.
"Syncro Magic. Quad-Cast, Inferno Bolt!", beribu-ribu sihir serangan pemusnah Tier-7 elemen Api juga mula terbang mememuhi udara Fort Leo seperti bunga-bunga api.
"Meriam tenaga Plasma, tembak!", 240 kapal perang udara Siberia yang halimunan itu juga menembakkan meriam-meriam mereka serentak.
"Hahahahahaha (Lol)!!!", Komander Siberia, Putera Chalice itu gelak terbahak-bahak dan kagum melihat saiz dan kekuatan serangan-serangan pemusnah bala tenteranya itu.
Perkara yang paling mereka khuatirkan sedang terjadi. Berpuluh-puluh ribu serangan pengeboman skala besar bakal meratakan seluruh Fort Leo itu. Besama semua jiwa yang ada.
"Ya Lord of The Light?!", pihak yang bertahan pula hanya mampu berdiri mengucap dan menggigir ketakutan. Melihat hujan kemusnahan yang tak pernah disaksikan oleh mata mereka sebelum ini sedang menghampiri tembok mereka itu.
"Come on Z?!", kata Rimyuel secara telepati. Namun Z hanya berdiri diam saja. Dia menghadap ke depan sambil menutup matanya. Adakah dia sudah pasrah dan bersedia untuk menerima ajalnya?
"Oh Tuhan, kita semua akan mati!", kata Athena dan Kapten Haas.
"Lord Z?!", kata Leeya, Lorelei, Duke Eisenhower, Komander Alex dan Baron Zizek dengan penuh risau yang amat sangat.
"Habislah kita semua! Kita semua akan mati!", jerit Minerva juga.
"Yup, kita semua akan mati.", jawab Z tatkala dia mendepakan lengan kiri dan kanan seluas-luasnya menanti apa yang bakal tiba itu sambil menutup mata.
"Hei, Lord Z, Lord Z?!", marah Leeya untuk menyedarkan Z itu. Jantung mereka itu mahu saja tercabut keluar.
"Korang akan mati, aku akan mati........", kata mulut Z lagi.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...