Dewan Imperial Fort Leo, Citadel Fort Leo. Detik-detik mesyuarat mereka petang semalam.
Kini giliran Z pula untuk mengambil alih pentas. Dan dia harus menjawab beberapa soalan penting dari para hadirin disitu.
"Yup, aku faham. Macam yang Rimyuel cakap tadi. Di dalam pertempuran 1 lawan 1. Kebarangkalian untuk korang menang menghampiri angka 0. Tapi itu tak bermakna angka '0'. Ramai testimoni dekat Hospital itu kata. Perajurit-perajurit korang berjaya membunuh beberapa ekor musuh.", kata Z untuk menjawab soalan yang dilontarkan oleh Kolonel Moran.
"Bagi aku, ianya bukti nyata. Ianya tak mustahil bagi korang. Dengan cara yang betul. Seorang manusia biasa pun mampu kalahkan setiap ekor Demonoid itu.", kata Z lagi.
"Dengan segala hormatnya Yang Agung Lord Parzivalz. Mohon saya bercakap untuk terus terang?", kata Baron Zizek memberanikan diri untuk berdiri dan meminta izin bersuara.
"Silakan Tuan Baron. Katakan sajalah.", ujar Z.
"Terima kasih milord. Tapi, dengan cara apa sebenarnya?", soal Baron Zizek sambil berdiri di tempatnya.
"Senjata sakti yang disemai dengan 'Anti-Demon Magic'.", jawab Z.
"Maksud Lord Z, Senjata Suci (Holy Weapon)?", tanya Komander Alex pula.
"Singkat cerita. Holy Weapon yang cukup kuat untuk tumbangkan seekor Demonoid itu dari jarak yang selamat. Dengan satu serangan saja.", jelas Z.
"Cakap milord betul. Elemen Suci memanglah kelemahan terbesar Demon. Tapi...", kata Count Oliver pula dengan rasa was-was.
"Satu serangan saja? Biar betul milord? Saya mohon ampun. Tapi, setahu saya. Mana ada manusia biasa yang cukup kuat untuk gunakan senjata sakti sehebat itu secara solo. Ianya perkara mustahil.", soal Kolonel Moran pula. Z hanya menggangguk sambil tersenyum saja.
"Saya pun sependapat dengan Tuan Kolonel. Saya pasti semua hadirin di sini sudah sedia maklum. Kuasa Magik (Magic Power) dengan Tenaga Magik (Mana) kebanyakkan dari kita berada pada peringkat Tier-4. Tak kisahlah sehebat dan sekuat mana pun senjata sakti itu. Secara kiraan matematik. Tak ada manusia biasa yang boleh bunuh seekor makhluk kelas Legend dengan satu serangan saja.", Viscount Ricardo memberikan hujahnya.
"Benar milord. Ianya agak mustahil.", sokong beberapa orang pegawai juga.
"Tidak. Kalian semua salah. Ianya tak mustahil. Saya yakin dengan Lord Z.", Leeya bangun untuk membangkang mereka dan menunjukkan sokongannya terhadap usul Z.
"Leeya betul. Di dalam dunia magik. Tak ada apa yang mustahil. Langit dengan bumi pun boleh dibuat tunggang terbalik. Kita boleh bagi setiap perajurit yang ada disini peluang yang sama besar untuk kalahkan musuh-musuh sekuat itu.", kata Z pula.
"Cakap senanglah Lord Parzivalz. Masalahnya sekarang ini, di ceruk alam mana kami nak dapatkan Holy Weapon sekuat itu, untuk semua perajurit kita?", soal Baron Zizek pula.
"Heh, bagus soalan itu. Oleh sebab itulah, aku mengambil inisiatif aku sendiri dengan membuat..... sekejap ya........ huh, benda-benda ini.", kata Z sebelum meletakkan tiga batang anak panah sakti dengan tiga batang bolt sakti di atas meja. Semua mata tertumpu kepada Z sekarang.
"Huh, apakah?!", respon Duke Eisenhower terhadap Z.
"Semua itukan. Anak panah sakti dengan bolt sakti biasa? Apa yang istimewanya?", para hadirin kini dibuat semakin bingung.
<Bolt. Projektil mirip anak panah yang ditembakkan oleh busur silang.>
"Lord Parzivalz sedang bergurau ke? Itu ke semua Holy Weapon yang milord kata?", soal Baron Zizek pula.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...