(Z's P.O.V)
Kini, aku, Cyber, Freeman dan Rimyuel berkumpul bersama mereka semua.
Mereka semua segera melutut di hadapan Freeman dan Cyber.
"Selamat datang ke Empayar Mahawangsa, Yang Mulia, Tuanku Putera Raja, Lord Freeman.", ucap Duke Eisenhower, Komander Alex, Leeya, Lorelei, Athena, Johnny, Jason, Kapten Haas dan juga semua pegawai disini secara serentak kepada Freeman.
"Putera Raja? PUTERA RAJA!!!!??????", kata Minerva yang terkejut dan hampir pengsan di depan Freeman itu.
"Oh, korang sudah tahu lah aku siapa?", tanya Freeman kepada mereka.
"Benar Yang Mulia. Lord Z telah memberitahu kepada kami semua tentang jati diri Yang Mulia.", jawab Komander Alex.
"Betul itu Yang Mulia. Lord Z saya yang bagi tahu tadi. Tuanku ialah seorang Putera Raja dari sebuah kerajaan di dunia asal Yang Mulia.", kata Leeya pula.
"Perci yang bagi spoiler ke. Patutlah.", kata Cyber pula.
"Heh........ Z rupanya.", kata Freeman pula sambil menjeling tajam aku.
"Asal? Diorang yang nak tahu sangat.", jawab aku pula.
"Betul itu betul. Nama Yang Mulia, Lord Freeman kan, kan, kan?", kata Lorelei pula.
"Satu penghormatan dapat berjumpa Yang Mulia, Lord Arthur Freyman Sigurdson. Keturunan agung Raja Pahlawan Sigurd The Dragon-Slayer.", kata Athena pula.
"Wow, langsung terkenal ya kau Artie.", kata Cyber pula.
Betul itu, dekat Mahawangsa ini. Reputasi Lord Dragon-Slayer ini terkenal dan dipuja macam Pele ataupun Mozart itu. Pahlawan terhebat di dalam legenda mereka itu.
"Selamat berkenalan semuanya. Nama aku Arthur Freyman Sigurdson. Lord Dragon-Slayer. Korang panggil saja aku Freeman.", sambil memacakkan bilah pedangnya ke tanah, dengan bangga Freeman memperkenalkan dirinya
"Hei, hei! Tunggu sekejap! Kenapa aku seorang saja yang tak tahu apa-apa sekarang ini?!", marah Minerva pula.
"Lord Z, apa sebenarnya ini?!", marah Minerva kepada aku.
"Kenapa Lord Z sorokkan semua ini dari saya?!", marah Minerva lagi.
"Aik, jangan salahkan aku.", jawab aku pula.
"Entah? Siapa suruh kau buat hal tadi?", kata Lorelei pula.
Namun detik-detik itu terpaksa ditangguh.
"Alamak?!", kata Athena yang kepucatan kerana takut itu.
"Tuan Duke?", kata kami semua kehairanan. Tangan kanan Minerva itu segera ditarik dan dibawa pergi secara paksa oleh Duke Eisenhower.
"Tolong saya!!!!!!!!!", Minerva meminta tolong.
"Kamu ingat kamu boleh terlepas?!", marah atuknya itu kepada Minerva.
"Minta maaf semua.", kata Komander Alex sambil menahan malunya kepada kami.
Kami semua hanya mampu tercengang sambil melihat saja.
"Lepaskan saya! Atuk, ampun! Saya tak bersalah!", rayu Minerva sambil menangis dan cuba meronta-ronta itu. Lantas kedua-dua belah pegelangan tangannya digari sendiri oleh atuknya. Menggunakan sepasang gari magisteel Anti-Magic.
"Tak bersalah?! Kurang asam punya cucu! Kamu tahu apa kamu dah buat tadi hah?! Jangan pura-pura tak ingat?!", marah atuknya yang meluap-luap seperti gunung berapi itu.
"Ayah, tolonglah, tak perlu macam ini. Ampunkan anak saya?", rayu Kolonel Moran kepada Duke Eisenhower itu sambil menundukkan kepalanya.
"Kamu jangan nak melawan aku Moran! Semua ini jadi sebab kamu dengan Moira tak didik budak ini elok-elok!", marah Duke Eisenhower kepada ayah Minerva itu.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...