(3rd Person P.O.V)
Selepas sesi makan malam bersama di dewan makan Citadel Fort Leo.
Di depan pintu masuk dewan makan itu. Leeya dan Lorelei sedang berkenal-kenalan dengan keluarga Sinclair, keluarga Sicily dan juga beberapa keluarga bangsawan yang lain. Minerva dan Athena juga ada bersama mereka.
"Lady Lorelei, Lady Leeya. Harap dapat sampaikan salam dan rasa terima kasih kami kepada Lord Parzivalz.", ucap Viscount Edward.
"Saya terhutang budi yang sangat besar kepada Lord Parzivalz sebab membantu kami semua. Dia lelaki yang baik. Dan kami rasa selamat dengan adanya dia disini. Saya berharap, satu hari nanti. Dia dapat beri saya peluang untuk balas jasa baiknya.", ucap Charlotte Sinclair, iaitu anak perempuan kedua Viscount Edward secara terus-terang kepada Leeya dan Lorelei.
"Ahem, Charlotte?", tegur abangnya, Baron Gerald dengan nada lembut tetapi tegas.
Akibat mendengar semua itu. Hati kecil Leeya tersentak dan gelisah. Leeya betul-betul faham maksud tersirat dari kata-kata Charlotte itu. Untuk perempuan sesama usia dengan dia mengatakan semua itu. Ianya tak ubah seperti cabaran langsung terhadap dirinya.
"Ish, Cik Charlotte tak terhutang apa-apa pun dekat kami. Saya pasti yang Lord Z saya ikhlas menolong kalian semua tanpa mengharapkan apa-apa imbalan pun.", jawab Leeya pula dengan senyuman palsu. Ianya bahasa halus Leeya untuk memberitahu dia. 'Jangan kau berani dekat dengan Lord Z aku lagi'.
Setelah mereka semua bersurai. Minerva dan Athena menemankan Leeya dan Lorelei berjalan menuju ke kuarters penginapan khas untuk mereka.
"Wow, tak sangka aku. Cepat betul Lord Z jadi popular dekat sini.", kata Minerva.
"Itulah itu. Popular dia itu lain macam. Korang tengoklah tadi. Berapa punya ramainya perempuan yang asyik tanya pasal dia.", sambung Lorelei pula.
"Ultra bahaya tahu. Leeya, kau kena jaga Lord Z kau elok-elok. Lagi-lagilah dari orang yang macam Charlotte itu.", pesan Athena pula.
"Aku tahulah. Kau tak payah sibuk hal aku.", balas Leeya.
"Hei Leeya, kau tak jealous ke? Manalah tahu, ada yang Lord Z...", tanya Minerva pula sambil tersengih kepada Leeya.
"Hei, kau jangan nak mula ya!", balas Leeya mengacukan penumbuknya.
"Ok, ok, aku bergurau sajalah Leeya.", jawab Minerva yang cuak kepada Leeya.
"Kau kan nenek kebayan. Ada mulut itu, jaga elok-elok.", jeling Lorelei pula.
"Hei, janganlah merajuk dengan aku.", Minerva cuba memujuk Leeya. selang beberapa ketika kemudian. Mereka berempat tiba di sebuah kawasan taman perumahan yang besar. Ianya terletak kurang dua kilometer dari Citadel Fort Leo. Ianya padat dengan deretan rumah-rumah kondo 5 tingkat. Setiap unit rumah mampu menempatkan sebuah keluarga bersaiz 6 orang.
Kerana status mereka sebagai tetamu VVIP disini. Leeya dan Lorelei, masing-masing diberikan sebuah rumah villa yang sangat mewah. Bersama beberapa orang gaji wanita. Rumah nombor 1 untuk Lorelei dan Rimyuel. Rumah nombor 2 pula untuk Leeya dan Z.
"Selamat petang milady.", tunduk hormat para orang gaji itu kepada mereka berempat.
"Wah, baik hati betul atuk korang ya.", puji Lorelei melihat keindahan villa penginapan sementara mereka itu.
"Hehehe, mestilah. Lord Avatar korang itu tetamu ultra penting dekat sini sekarang.", balas Athena pula.
"Leeya, Lorelei. Korang ada masa tak lepas ini? Jomlah sekali berlatih dekat lapangan memanah? Berlatih ramai-ramai barulah seronok.", pelawa Athena kepada mereka berdua.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...