(Leeya's P.o.V)
Inderapura, Empayar Agung Mahawangsa.
Sabtu, 13 Julai 1557, Kalendar Imperial.
Ini adalah kota Inderapura. Ibu kota dan permata mahkota bagi empayar kami, iaitu Empayar Agung Mahawangsa. Di ibu kota inilah tempat aku dilahirkan dan menetap. Oh ya, sebelum itu, semua orang panggil aku Leeya sahaja.
Seperti pada malam minggu yang biasa. Setelah selesai makan malam awal bersama keluargaku. Aku telah memutuskan untuk keluar pergi berjalan-jalan di sekitar bandar dengan ditemani oleh seorang pembantu.
Dapat aku lihat, walaupun sudah masuk waktu malam hari. Kawasan jalanan bandar aku ini masih tetap hidup dipenuhi dengan cahaya dari kenderaan-kenderaan berkuda yang lalu-lalang. Dan juga para penduduk yang masih giat menjalankan aktiviti-aktiviti mereka di malam hari ini. Semuanya ada dan menunggu untuk dinikmati di pelusuk ibu kota yang sentiasa hidup dan sibuk ini.
Semasa berjalan-jalan, aku telah singgah di sebuah kedai barangan kemas kegemaranku yang terletak di tengah bandar. Kedai Barangan Kemas Baron Coway. Sebagai pelangan setia, tuan kedai ini, iaitu Baron Coway sendiri telah menyambut kedatangan aku. Sambil aku asyik melihat-lihat koleksi terbaru barangan kemas yang telah dipersembahkan oleh Baron Coway. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan suara riuh-rendah oleh orang ramai yang jelas kedengaran sehingga di dalam kedai ini.
"Um, apa yang kecoh-kecoh di luar sana itu?", tanya aku kepada Baron Coway dan juga pembantuku, Uncle Stefan.
"Entahlah Lady Leeya, mungkin berlaku kemalangan agaknya?", jawab Baron Coway pula. Dengan perasaan yang ingin tahu, kami bergegas keluar untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi. Mana tidaknya, suasana di halaman hadapan kedai menghadap jalan raya yang tenang barusan tadi. Kini telah menjadi riuh-rendah dengan kehadiran orang ramai.
"Tumpang tanya ya tuan. Apa yang sedang terjadi sebenarnya ini?", tanya seorang ibu yang sedang mendukung bayinya kepada seorang pengawal yang bertugas menjaga kedai ini.
"Hei semua orang, tengok atas langit itu!", aku mendengar suara jeritan seorang lelaki tua. Aku dan semua orang yang lain segera mendongak ke atas langit malam.
"Cantiknya. Cahaya apakah itu!?", kami semua tertanya-tanya.
Sebuah fenomena tarian cahaya yang indah lagikan berwarna-warni sedang menghiasi segenap pelusuk langit malam itu (Aurora).
"Tengok atas itu. Sesuatu sedang bergerak di langit sekarang!", kata seorang pengawal sambil menghalakan lembingnya ke atas langit.
"Apakah itu? Tahi bintang ke?", kata Baron Coway. Bukan saja fenomena tarian cahaya berwarna-warni. Namun, kami juga jelas menyaksikan kelibat enam objek yang terbang dengan sangat laju melintasi langit malam itu. Setiap daripada objek itu mempunyai ekor bersinar yang sangat panjang yang berwarna hijau, merah, kuning, biru, ungu dan putih.
Dan, pada masa yang sama juga. Sesuatu yang sejuk seperti salji mula turun laksana hujan yang lebat daripada langit.
"Salji?", kata aku. Kami semua dibuat semakin keliru. Sebab musim sejuk masih jauh lagi. Jadi kami semua bingung. Kenapa secara tiba-tiba salji boleh turun malam ini.
Tidak begitu lama, kami pun telah perasan. Bahawa ini bukanlah hujan salji yang biasa. Ini adalah hujan salji yang terdiri daripada enam jenis warna. Hijau, merah, kuning, biru, ungu dan putih. Sama seperti objek bersinar yang baru terbang melintas sebentar tadi.
Sedar saja, salji berwarna-warni telah pun mula menyelimuti jalan, tanah dan juga bumbung bangunan.
"Milady. Adalah lebih baik jika kita segera.......", kata pembantuku. Namun, sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya itu. Sesuatu yang ganjil turut berlaku terhadap diriku.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...