9) Little Misunderstanding 2

19 4 6
                                    

(Z's P.o.V)

Hutan Pohon Kabus. Kurang dari sejam yang lalu.

Dimanakah aku berhenti tadi. Oh ya, setelah aku berjaya menghapuskan Ghoul Spider Queen bersama konco-konco labah-labahnya tersebut. Aku segera membebaskan perempuan yang tidak sedarkan diri ini daripada kain bungkusan bebenang suteranya.

Selepas itu, hanya dengan bercawatkan kain bungkusan sutera yang aku jumpa. Aku langsung membawa gadis ini pergi bersamaku dan berambus dari kawasan berbahaya ini. Sehinggalah aku tiba di sebuah aliran sungai besar yang agak deras.

"Aku rasa ini tempat yang selamat. Sabar ya Cik.", kata aku. Apa lagi, aku pun segera memasang beberapa medan sihir pengawasan yang halimunan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengawasi parameter seluruh kawasan ini.

"Huh Cik, tolonglah bertahan ya.", kataku sambil meletakkan dia dengan perlahan-lahan duduk bersandar di sebatang pokok yang ada di tepi sungai. Pedang magik yang aku jumpa semasa on the way ke sini tadi, yang aku pasti Cik ini punya aku letakkan bersandar di sebelah kiri dia.

Aku jelas dapat merasakan yang racun di dalam badan dia sedang mendidihkan dia, mengubah dia menjadi sup dari dalam tatkala aku menyentuh dahi dan pipinya dengan tangan kanan aku. Bukan itu saja, paru-parunya dia juga mengalami kesukaran untuk bernafas dan degupan jantungnya semakin dan semakin perlahan. Oh shit, aku perlu buat sesuatu sekarang.

Tanpa berkata apa-apa, lantas aku menggunakan satu sihir penyembuhan Tier-7 ke atas gadis ini.

Sambil juga tapak tangan kanan aku terus menyentuh dahinya bagi membekalkan dia sebahagian kecil Mana aku untuk memastikan badannya stabil supaya sihir penyembuhan aku dapat melakukan tugasnya dengan sempurna. Suhu badan dia yang panas mendidih sekarang mula surut perlahan-lahan, petanda baik.

"Hei, kau akan baik-baik saja. Aku janji.", kataku kepadanya. Entah kenapa, apabila melihat dia sekarang, hati aku yang dingin dan liar ini tiba-tiba bertukar menjadi hangat dan aman damai. Sejujurnya, inilah pertama kali hati aku merasa begini melihat perempuan.

Sudah tentu, kerana status aku pada masa lalu, aku telah melihat banyak perempuan dunia moden yang cantik di Bumi itu. Tetapi yelah, atas 1001 sebab yang tersendiri, aku tak berkenan 99% daripada mereka dan hanya menganggap mereka itu seperti kenalan yang lalu lalang saja. kebanyakkan mereka sekadar alas bedak mekap dan pembedahan plastik saja.

Tetapi, perempuan yang seorang ini, kecantikan dan kecomelannya berada di tahap yang lain. Ceh, nampaknya kematian telah pun mengubah persepsi aku tentang sesuatu. Huh, aku hanya berharap selepas ini, aku agak berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang dia. Mungkin, aku dan dia ini, kami boleh jadi kawan.

Setengah jam kemudian, Dia akhirnya mula terjaga. Sekarang aku pula boleh menarik nafas lega. Dia kelihatan sangat comel dan ayu.

"Aura ini, nyaman...", katanya dengan suara perlahan sambil cuba membuka matanya. Aku akan cuba menyapanya sebaik mungkin.

"Huh, baguslah Cik dah sedar. Tolong jangan...", kata aku kepadanya. Tetapi sebelum sempat aku menghabiskan ayat aku pun. Dia tiba-tiba menjerit macam orang kena histeria.

"Apa.....hei, bertenang...ouch (mengerang kesakitan).", sebelum aku sempat berkata apa-apa. Dengan nalurinya yang sepantas kilat, dan seperti guruh, dia menyerang aku dengan bukan hanya satu, tetapi dua kali serangan Low blow mengejut lagikan kuat.

Ah sial, aku jelas merasakan yang dua biji telur aku yang tak bersalah ini menjerit dan meraung kesakitan tatkala ditendang kasut besi berbucu tajamnya itu seperti sepak takraw.

"F*** aku....", kataku sebelum jatuh ke atas tanah. Kesakitan dan rasa malu yang aku rasa sekarang ini takkan dapat ditanggung oleh sebahagian besar lelaki. Aku rasa aku akan mati dekat sini untuk kali kedua dan kali ini, mati sebab mandul.

Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.Where stories live. Discover now