(Z's P.o.V)
37 Julai 1557, Kalendar Imperial.
Villa no. 2, Kuarters Kediaman Tetamu, Fort Leo. 6:45 pagi.
Aku mendengar satu bunyi siulan burung di dalam kepalaku. Ianya notifikasi apabila seorang Avatar lain telah mengirim satu mesej suara secara telepati kepadaku. Bunyi ini telah membuatkan aku terjaga dari tidur lenaku.
"Kacau betul lah!", rungut aku di dalam hati kecilku. Perlahan-lahan aku membukakan daun mataku. Untunglah perkara pertama yang aku lihat adalah wajah comel dan ayu seorang puteri bidadari yang sedang beradu. Aku dapat rasakan alunan nafasnya yang sangat tenang di wajahku. Kulit dan dua gunung kembarnya terasa sangat lembut di sentuhanku. Badan kami berdua juga diselimuti oleh selimut tebal dari bulu kambing. Tanpa seurat benang pun di badan pun, kami berdua tidur secara mengiring menghadap sesama-sendiri sambil berpelukkan. Aku lega bahawa semua ini bukan sekadar mimpi basah.
Teman sejiwa aku, Leeya masih lagi lena dibuai mimpi. Aku menatap saja wajah manis dia yang sedang nyenyak tidur disebelah aku ini. Selepas kami berdua puas berasmara sampai jam 2 pagi tadi, sudah tentulah dia merasa penat sangat. Takpe, ambilah masa kau untuk rehat. Untuk kau Leeya, apa saja. Apa saja untuk tuan puteri aku.
Sejak pertama kali aku menatap wajah dia pada malam itu, tanpa aku sedari pun, aku sudah mula jatuh hati dekat dia. Julung-julung kali, selama aku telah hidup ini, tak sangka pula kau adalah orang yang berjaya tambat hati aku. Saat kini dan selamanya, hati aku milik kau Leeya. Aku harap aku ada cukup keberanian nak bagi tahu dia semua ini satu hari nanti. Aku dengan jelas dapat merasakan degupan jantung, nadi dan aliran Mana dia. Ibarat ianya milikku sendiri setelah melengkapkan jalinan spiritual kami malam tadi. Lena betul kau tidur Leeya.
"Hmmm, sedapnya bau kau.", bisik aku kepada Leeya sebelum aku memberikan satu ciuman di atas dahi dia yang masih lagi terlena. Dengan berhati-hati, aku mengalihkan tangan kanannya yang sedang memeluk rusukku. Lalu dengan perlahan-lahan aku bergerak bangun dan turun daripada katil. Terasa ingin menguap panjang, lantas aku menutup mulut aku rapat-rapat supaya tak mengeluarkan bunyi. Aku tak mahu membuatkan dia terjaga. Aku menutupi badannya dengan selimut. Lalu, dengan senyap aku bergerak untuk memakai seluar dalam dan membantu mengemas pakaian kami berdua yang bertaburan di atas lantai.
Aku mengambil sehelai tuala mandi yang telah disediakan di atas sebuah troli lalu aku pun melangkah ke bilik mandi. Mirip seperti villa moden di Bumi, bilik mandi juga terletak di sebelah bilik tidur kami. Setelah aku masuk dan mengunci diriku di dalam bilik mandi ini. Aku memainkan mesej suara yang dihantar oleh Rimyuel tadi.
"Selamat pagi Z, maaf aku mengacau kau tidur. Tapi ini pasal Freeman. Kalau kau dah bangun. Kau call aku cepat.", kata mesej suara dari Rimyuel itu.
"Tak iya juga kan? Aku nyaris terlupa pasal Freeman itu?", bisik hatiku. Aku pun lantas menghubungi Rimyuel secara panggilan telepati. Ada sesuatu yang terjadi ke dengan dia?
"Huh Z, bangun pun kau.", ucap suara Rimyuel.
"Hello, selamat pagi kawan. Apa pasal dengan Freeman?", soal aku setelah membuka paip air singki untuk membasuh muka. Sambil membersihkan diri, aku berborak dengan dia.
"Huh, tak payah. Kalau kita sibuk nak pergi cari dia sekarang. Perkara akan jadi balak yang lagi besar adalah. Aku tak nak menyusahkan semua orang.", kata aku.
"Eh, habis itu? Kau nak biarkan dia macam itu saja? Kalau dia terlibat dengan apa-apa masalah? Kau macam tak kenal dia?", soal Rimyuel kembali untuk membangkang.
"Jadi, kau nak kita keluar cari dia sekarang? Masalahnya nak cari dia dekat ceruk mana sekarang?", soal aku kembali.
"Tak perlu kita. Biar aku seorang saja yang pergi.", cadang Rimyuel pula.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...