(3rd Person P.o.V)
Semakin banyak Domrey yang mara menuju ke Gerbang Utama yang sedang dijaga oleh Rimyuel bersama Kapten Haas dan Division Keempat itu. Sambil masih terdapat banyak lagi Ogre yang tidak takut mati terus mara bagi merapatkan jarak mereka.
"Musnahkan Empayar! Musnahkan Empayar!", teriak semua Ogre itu tanpa ada satu titik rasa gentar pun. Walaupun ramai kawan mereka sudah menemui ajal dihujani tanpa henti peluru Holy Fire yang tak mengenal ampun itu. Mereka semua itu tak ubah seperti dibawah pengaruh dadah.
"Oh Tuhan, kita memang diperlukan dekat sini ke?", kata Sarjan Gael kepada Kapten Haas. Kata dia ada benarnya. Sebab sejak tadi, sumbangan mereka agak kecil di dalam bab mencatas bilangan musuh itu. Jika hendak dibandingkan dengan Rimyuel itu.
"Aku rasa dia seorang saja dah cukup dekat sini?", kata Kapten Haas pula. Mereka itu hanya memerhatikan saja dengan terpegun tatkala Rimyuel dan juga turet-turet senjatanya asyik melakukan semua kerja untuk mereka. Ada juga pemanah dan penyihir disitu sempat minum dan bersembang sesama mereka.
Sambil Rimyuel terus meletupkan musuh-musuh yang ada dengan Grenade Launcher nya tersebut. EXP dia terus bertambah dengan deras.
Jarak di antara mereka dengan musuh-musuh mereka juga semakin menyusut.
"Hei korang! Tengah tengok wayang ke?! Gerakkan tangan korang semua, cepat!", tegur dan arah Rimyuel kepada mereka dengan suara lantang.
"Baik, baik milord!", jawab mereka itu dengan takut. Lalu segera menyambung tugas mereka menyerang musuh yang berhampiran.
"Heh, amatur.", sindir Rimyuel kepada mereka itu.
"Gajah-gajah itu biar aku uruskan!", arah Rimyuel lagi.
"Dengar itu semua!? Serius, masa untuk serius!", arah Kapten Haas juga kepada ahli-ahli pasukannya tersebut. Dengan pantas Rimyuel mendaki ke atas bumbung sebuah bastion.
"Skill, Create Anti-Matereal Rifle.", Rimyuel menyimpan pistol Gungnir nya sebelum menyeru selaras senapang M107A1.
Sambil membongkok, dia mula membedil, khususnya di bahagian mata dan kepala satu demi satu Domrey yang terdekat. Dengan menggunakan peluru bermata perak.
Sementara itu juga.
"Tuan Komander, 200 meter!", lapor seorang kesatria kepada Komander Alex.
Musuh-musuh mereka itu, berpuluh-puluh ribu Gigant mara semakin hampir dengan mereka. Setiap ekor Gigant ini gergasi setinggi hampir 20 meter dan mirip dengan Armored Titan di dalam siri Attack on Titan.
Agak berbeza dengan Division Keempat itu. Situasi mereka disini lebih gawat.
"Tuan, kita mesti buat sesuatu sebelum semua Domrey itu rempuh kita semua!", lapor Viscount Ricardo kepadanya.
Dibelakang para Gigant itu. Lebih 10 ribu ekor Domrey juga ikut mara.
"Uruskan semua Gigant itu dulu!", arah Komander Alex.
"Mage, terus lancarkan sihir kamu! Pemanah, teruskan menembak!", arahnya lagi.
"Lord Z, Lord Z?", Komander Alex memanggil nama Z.
"Yup, perlukan bantuan?", jawab Z secara telepati kepada dia.
"Milord, kami perlukan serangan Ballista untuk menguruskan semua raksasa Domrey itu sekarang?", minta Komander Alex kepada Z.
"Aku faham Komander. Standby.", kata Z sambil dia mengerakkan tangan kanannya. Dari jauh itu, Z sedang mengawal beribu-ribu laras meriam tenaga Ballista yang terpacak di atas lantai sepanjang tembok Division Ketiga itu. Kesemuanya itu lantas mendongak keatas.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...