(Luna's P.o.V)
Rumah Agam Von Adelfeld. Jam 12:13 tengah hari.
Para pengawal mereka memintaku untuk menyerahkan semua senjataku sebelum aku dibenarkan masuk ke dalam. Aku hanya menurut saja. Sambil kekal berwaspada.
Syukurlah kepada Lord of The Light kerana aku tiba disini dengan selamat.
The Noble House of Von Adelfeld. Antara keluarga bangsawan penyihir yang sangat berkuasa dan berprestij di seluruh Empayar Mahawangsa sejak bergenerasi. Mereka juga adalah ahli dalam pelbagai bidang sihir, khususnya Witchcraft, Pyromancy dan Geomancy. Kemampuan spirit circuit keturunan mereka sangat hebat sampaikan dua orang anak mereka telah dipilih sebagai Lady Apostle. Dan Lady Theresia Von Adelfeld, orang yang mahu aku jumpa sekarang ini ialah Lady Apostle bagi Shitenshi Yang Agung, Lord Archmagus. Jelas menjadikan dia perempuan yang paling berkuasa di seluruh Empayar Mahawangsa. Orang yang aku takkan mahu cari masalah sama sekali. Jikalau aku mahu mendapatkan pertolongan dari Lord Archmagus nya.
Aku tak boleh lupa juga. Keluarga Von Adelfeld bermusuhan dengan keluarga aku.
Lama juga aku disuruh duduk menunggu dalam ruang tamu ini. Sepinggan biskut dan secawan teh yang telah dihidangkan di hadapan aku langsung tidak aku jamah. Sambil hatiku berdebar-debar untuk berjumpa dengan mereka. Aku mesti menyusun setiap kata sebaik yang mungkin. Jika perlu, aku bersedia untuk melutut merayu dekat tapak kaki mereka berdua.
Sambil seorang butler mereka yang bernama Stefan bersama 2 orang gaji wanita yang bertugas menemaniku sejak dari tadi juga hanya berdiri tegak menjaga pintu.
"Yakin Luna, kau boleh!", kata hati aku sambil aku menampar-nampar pipiku.
"Mengumumkan ketibaan Tuan Marquess Donatello dan isteri, Puan Marquise Flora Von Adelfeld.", Stefan membukakan pintu bagi mempersilakan mereka ke dalam.
Aku segera bangun dan memberi tunduk hormat kepada mereka berdua.
Seorang lelaki sebaya ayahku, berkumis tebal dengan segak berpakaian sut biru tua.
Isterinya pula berambut auburn panjang yang dipintal kemas.
"Ya ampun, panasnya bilik ini? Stefan, tolong rendahkan sikit suhu aircond dekat sini cepat?", minta Marquise Flora.
"Lady Lunaria kan?", Marquess Donatello mula bersuara kepadaku.
"Selamat tengah hari Tuan Marquess, Puan Marquese. Saya Lunaria Von Constantine, anak tunggal Marquess Gustiani. Terima kasih sudi menerima kehadiran saya.", ucapku bagi memperkenalkan diri kepada mereka.
"Hphm. Anak Gustiani rupanya. Tak sangka kita.", kata Marquess Donatello kepada isterinya dengan pandangan serong terhadapku.
Sebelum mereka duduk semeja dihadapanku. Seperti yang dijangkakanku. Aku jelas dapat merasai aura kesombongan mereka yang amat besar menatap aku.
"Jadi Lady Lunaria? Atas sebab apakah memungkinkan pertemuan yang sepatutnya mustahil ini? Sampai kamu bersusah payah datang ke sini?", tanya beliau lagi.
"Mohon maaf Tuan Marquess. Saya tahu hubungan keluarga kita macam mana. Tapi saya mohon. Tolong dengar dulu penjelasan saya. Saya dengan rendah hati datang kesini nak minta bantuan.", jawab aku sambil menundukkan kepalaku.
"Minta bantuan? Bantuan macam mana?", tanya isterinya. Manakala Tuan Marquess Donatello pula hanya mentertawakan aku.
"Maaf, maafkan saya. Apa semua ini lawak?", tanya Tuan Marquess Donatello. Aku hanya mendiamkan diri saja dan mencuba sebaik mungkin untuk kuatkan diriku.
"Aduhai Lady Lunaria. Kalau betullah. Gustiani sendiri yang sepatutnya datang kesini berbincang dengan kami. Bukannya hantar anak gadis dia yang masih mentah. Apa dia malu untuk bersemuka dengan kami?", kata Tuan Marquess Donatello.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...